Monday, February 28, 2005

Needs, Wants, Dreams

Keperluan (needs), kemahuan (wants) & impian (dreams).
Rasanya benda ni dah belajar masa sekolah menengah lagi dah. Tapi, makin tambah usia kita, fokus kita cuma pada keperluan, kita makin kurang memikirkan kemahuan dan makin lupakan impian kita. Patut lah orang kita tak ramai yang berjaya, macam kawan-kawan kita dari bangsa lain, terutamanya kawan-kawan Cina kita.
Ada jugak yang tanya, impian tu apa? Pelik betul. Masa kecik dulu, kita boleh berimpian, tak ada yang halang kita. Kawan-kawan pun suka berimpian, dan kita semua bercakap soal impian. Bila kita mula belajar dan sambung belajar, kita masih lagi cakap soal impian. Tapi impian kita makin kecil. Impian ramai dari kita untuk jadi kuli orang lain. Tak ramai yang ada impian untuk jadi Boss sendiri.
Habis belajar, kita semua sibuk cari kerja. Begitu kecil impian kita. sebelum ada ijazah, kita ada impian besar, bila dah graduate impian kita makin kecil. Nak salah siapa? Salah sendiri la..
Betul la kata orang-orang yang berjaya, pendidikan formal cuma untuk hidup, tapi pendidikan tak formal, untuk kehidupan.
Pelajaran tak penting ke? Siapa cakap pelajaran tak penting, pelajaran tu sangat penting. Tapi kita kena gunakan ilmu yang kita ada untuk create pekerjaan, bukan cuma untuk cari kerja. Kita kena gunakan ilmu yang ada untuk tambah pendapatan bukan sekadar cari pendapatan. Kalau nak ikut sistem lama, kita belajar, kerja, pencen dan jaga cucu. Itu zaman dulu, sekarang ni dah zaman baru. Belajar, kerja sekejap untuk cari network. Lepas tu buat kerja sendiri, kerja kuat untuk lima tahun, slow down dan nikmati segala keindahan kurniaan Tuhan hingga akhir hayat. Gunakan segala kurniaan Allah untuk buat kebajikan dan cari redha Allah, sebelum kita dijemput pulang ke alam barzakh. Ini lah baru dinamakan kehidupan.
Tapi, tak ramai yang nampak semua ni. Kita cuma nampak kerja, makan gaji dan pencen. Kalau tak cukup duit, sambung kerja lagi. Kita tetap nak cari rezeki yang 10% tu dan bagi peluang rezeki yang 90% tu pada orang lain. Bila tanya kenapa, bila mula la create macam-macam alasan. Alasan tu boleh buat kita berjaya ke? Fikir lah sendiri, sebab ini masa depan kita. Kalau kita tak ada agenda sendiri, kita akan jatuh dalam agenda orang lain.
Nak ke kita terus jadi kuli orang di bumi sendiri?

Tuesday, February 08, 2005

Ramainya yang menganggur...

Baca berita, baca cerita internet, sembang dengan kawan-kawan, cerita dengan orang politik dan orang akademik dan ceritalah dengan sesiapa sahaja, topik ini tak pernah padam dan tak pernah sejuk. Graduan Melayu yang keluar kolej dan pusat pengajian terus meningkat dan ini diikuti rapat dengan peningkatan jumlah graduan yang tidak bekerja.
Maka pelbagai pendapat diberikan. Kerajaan kata, pelbagai program disediakan untuk graduan ini. Pihak yang lagi satu kata, kerajaan tidak bersungguh dalam menangani masalah ini. Maka teruslah kedua pihak ini bertelagah. Yang terus tak ada kerja, para graduan inilah.

Sekarang ni, kita letak tepi masalah tak cukup kerja dinegara ini. Ini masalah global, bukan soal Malaysia saja. Nak salahkan pihak lain memang senang, tapi nak selesai masalah bukan itu caranya.
Kita lupakan soal politik, kita ambil kira kebajikan, masa depan dan sikap para graduan ini. Kita panggil mereka dan tanya mereka satu soalan, apa mereka cari dalam hidup mereka? Pergilah tanya mereka, apa mereka cari dalam hidup mereka. 97% tidak pasti apa mereka cari dalam hidup mereka. Kalau mereka pasti, tentunya mereka tidak akan menganggur.
Tanyalah mereka, sebelum mereka tamat pengajian apa persediaan yang mereka buat untuk masa depan mereka. Ingat, mereka tu graduan, lulusan universiti, kolej dan pusat pengajian tinggi. Kalau mereka tak pasti apa mereka mahu, kemana arah masa depan mereka, apa perancangan mereka untuk masa depan mereka sendiri, lebih baik tak payah sambung belajar di pusat pengajian tinggi.
Mungkin ramai graduan yang marah dengan kenyataan ini, yang asalnya datang dari seorang graduan juga, tapi cerminlah diri sendiri. Apa yang mereka buat untuk masa depan mereka? 97% tak tahu kemana nak pergi. Begitu sempit pemikiran mereka.
Kesian, nak salah kan siapa?
Nak kata kerajaan salah? Tak kan lah masa depan kita kerajaan yang tentukan.
Nak salahkan ibu bapa? Mereka dah hantar kita belajar tu, dah selesailah tugas mereka mereka.
Nak salahkan universiti? Pensyarah tu semua cuma makan gaji untuk habiskan sukatan matapelajaran, mereka bukan penentu masa depan kita.
Jadi, tanggungjawab kitalah untuk tentukan masa depan sendiri. Dalam hidup ini tak ada yang pasti, kecuali mati. Tak ada yang mudah, kecuali bernafas (itupun kalau masih sihat). Ini bukan masa untuk berdebat, salah siapa, tugas siapa. Ini soal maruah kita dan masa depan kita, kerana yang ramai tak kerja tu orang-orang kita. Teruk sangat ke orang-orang kita ni?
Nabi kata 9/10 dari rezeki tu datangnya dengan berniaga. Jadi, kita yang kononnya bijak ni masih mencari yang 1/10 tu kenapa?
Alasannya, nak berniaga tak ada modal, tak ada contact, tak ada pengalaman. Alasan tu semua boleh diterima, semua betul. Tapi alasan tak akan bawa kita kemana-mana. Dalam negara ni ada 480 syarikat jualan langsung, yang rata-ratanya tak perlu modal besar, tak perlu pengalaman, tak perlu contact yang bersar-besar. Kenapa tak cuba satu dari 480 tu? oooo... direct selling, aku ni graduate, mana ada standard. Dik oi, pegi kaji dulu, tengok siapa yang buat business ni, kemudian baru la komen.
Masalah ramai dari kita, cakap tanpa ilmu, buat komen tanpa ilmu, baru jatuh sekaki dah buat kesimpulan untuk 1000 batu didepan. Sebenarnya, bukan masalah kita tak cukup kerja untuk para graduan, tapi ramai yang terlalu sempit pemikiran mereka tu. Mereka dilatih untuk jadi pekerja, dari tadika lagi, malah dari baru lahir lagi. Jadinya, bila dah habis belajar, maka berebut-rebut lah mereka untuk jadi kuli orang lain. Nak jadi boss sendiri, mereka kata tak standard. Jadi, salah ke bila orang lain pandang hina pada kita?
Fikirkanlah (itu pun jika mereka ni mampu berfikir sendiri)..