Thursday, March 31, 2011

Perlu jawab ke semua soalan?

Kadang-kadang, letih bila nak melayan soalan-soalan yang sepatutnya tak perlu dijawab. Macam2 soalan datang hari ni. Ada soalan dari seorang manusia (manusia la kot), yang suatu ketika tak lama dulu yang kata dah tak nak tanya lagi, tapi iman tak cukup kuat, maka bertanya juga lah.

Ada soalan dari sorang lagi manusia, yang kesian melihatnya kerana dikurangkan matangnya dia berbanding usia, bertanya soalan yang sama pada setiap masa, dan walau dah tahu jawabnya, masih bertanya juga, "for the sake of asking question".

Ada juga soalan yang tak pasti itu soalan, arahan, kenyataan atau apa, sebab bertanya hanya sekadar untuk memperlihat dia lebih tahu maka dia lebih hebat dari yang lain, soalan kononnya hanya untuk memerangkap, lantas dialah yang lebih hebat, maka apa perlu juga dijawab soalan separuh masak sebegini?

Kadang2, tak guna masa dihabiskan dengan melayan kerenah2 seperti ini. Bukan sebab mereka tu tak perlu dilayan, tapi sebab mereka sudah begitu, maka elok dibiarkan saja mereka begitu, sebab mereka memilih untuk tidak mahu berubah dan mereka senang dengan hidup begitu. Biarkanlah.

Malam ini, satu lagi kisah ambil berat. Kononnya, orang dewasa perlu dilayan seperti dewasa, yang lepas perlu dibiarka lepas, kononnya hati dan minda telah dilatih supaya merdeka, supaya positif. Namun sayangnya, baru saja dapat sedikit berita yang hanya berita tepi longkang, maka terlupa dialah manusia paling positif di atas dunia ini terlebih lagi di tempat orang2 yang kekononnya positif itu bertemu saban minggu.

Niat baik tu, Alhamdulillah. Tapi masih bercerita kisah lama itu, apakah itu perkara baik juga? Mana mungkin manusia boleh berubah hanya dengan baca buku, tapi lupa buku segala buku, kitab Allah yang maha mulia itu? Apa mungkin buku yang ditulis tanpa iman itu, mampu menandingi kitab segala kitab yang melakar jalan akidah itu?

Maka dengan itu, apa susah sangat untuk dibiar manusia lain berkelana dengan jalan mereka dan dibiar kan saja manusia lain tempuh duri dan onak untuk mereka dapat jalan hidup mereka sendiri? Apa sukar sangat untuk melayan manusia lain seperti orang dewasa? Apa sukar sangat kalau teus positif dan bersangka baik pada manusia lain? :) Ini tandanya manusia tak berubah. Buku tak mampu mengubah manusia kejalan yang lebih baik, jika buku itu tiada roh iman didalamnya.

Maka, mungkin lebih baik, InsyaAllah, untuk mencari jalan keluar yang lebih jauh. Bukan untuk lari dari semua ini, tapi sekurang2nya, mungkin angin luar itu, kurang habuknya, walau untuk seketika. Terlepas segala habu dan debu ini untuk seketika, maka mungkin boleh balik semula selepas itu, InsyaAllah.............

Wednesday, March 30, 2011

Memimpin kebaikan atau mencari keruntuhan?

Kata seorang ahli Parlimen yang ada dalam dirinya sifat perjuangan menegakkan keadilan, "Dalam orang lain sibuk membina negara, kita sibuk meruntuhkan negara dengan fitnah". Semakin hari, negara ini dihidangkan dengan terlalu banyak perkara memualkan. Mereka yang diatas, yang kononnya menjadi pemimpin, belum nampak sifatnya sebagai pemimpin. Mereka lebih suka membawa politik kotor melondeh orang lain, dari membawa masuk pembangunan insan dan pembangunan fizikal kepada rakyat.

Mereka lebih suka bercakap soal negatif dan soal keburukan dari mengajak rakyat untuk mencari kebaikan sesama manusia. Mereka mahu seluruh negara menyokong mereka tapi dalam masa yang sama mereka menyerang pihak lain dengan serangan-serangan tanpa moral.

Mereka mahu rakyat bersatu, tapi mereka sesama mereka yang kononya pemimpin itu, berpecah belah, bersengketa, serang menyerang sesama mereka. Apa lagi yang mereka tidak lakukan, bila kerosakan yang menjadi buah bicaranya.

Maka, makin ramailah rakyat yang makin cerdik dan pintar itu berkata, lantak pi la kat depa. Sampai masa nanti, bila depa dah tak boleh bercakap lagi, diam la depa tu. Lagi pun, depa ni bukan pandai sangat pun. Orang yang pilih depa tu pun, macam depa jugak la. Nanti, tak lama lagi, bila makin ramai yang bijak pandai, hilang la depa ni..... Malas la aku nak ambik tau... Masa ni, mungkin spesis ni akan hilang dari arus perdana, agaknya la......

Ada juga manusia yang spesis macam ni, ingin sesuatu untuk diri sendiri, tanpa fikir apa orang lain akan rasa dan apa orang lain akan dapat. Mereka ini mungkin lupa, hidup di dunia ni, tak lama, hidup lepas dunia ni, itu yang tersangat lama........

Monday, March 28, 2011

Bersyukurkah jika caranya dengan mungkar?

Bersykur belum tentu Allah terima jika hanya mulut cakap syukur, tapi hati tidak ikhlas. Bersyukur atas perbuatan mungkar, juga belum tentu dapat redha ALlah. Begitu juga bersyukur atas rezeki yang diperolehi, jika jalannya memijak orang lain dan melupakan jalan yang benar.

Ramai yang senang sangat mengucap syukur, ucap Alhamdulillah, tapi hasil rezekinya atas mungkar dan maksiat. Ada juga yang mengucap syukur, namun hasilnya dari sifat tamak haloba hingga lupa pada yang bekerja kuat untuk dirinya capai apa yang dicapai sekarang.

Manusia sekarang, ramai yang panduannya akal dan akal semata-mata, hingga lupa untuk melihat apa yang Allah suruh buat dan apa yang Allah larang. Senang untuk berkata-kata, tapi bukan mudah untuk melaksana.

Wednesday, March 23, 2011

Media kita.... berita? fitnah? propaganda?

Dulu-dulu, orang selalu baca surat khabar, tengok berita, dengar berita sebab nak dapat berita. Bila masa berubah, media dah jadi pusat kaut untung - bukan saja untung berniaga, tapi untung career, kerjaya, perniagaan, politik, macam-macam.

Makin hari, berita2 dimedia, cetak, eloktronik etc, dah makin memualkan dan makin termuntah nak baca. Setiap hari, media "arus perdana" terlalu banyak kisah negatif, kisah liwat, bunuh, rogol, jenayah, terbaru jadi medan mempromosi video lucah.

Kebanyakan media (walaupun mungkin bukan semuanya) dikawal dan dimiliki oleh kumpulan berkempentingan politik. Mungkin mereka ingin media kawalan mereka mengeluarkan cerita yang boleh menguntungkan mereka. Maka terserlahlah apa didalam kepala otak mereka.

Manusia nampak apa yang ada dalam mereka. Bila banyak fitnah, maka dalam mereka ada fitnah, bila suka sangat kisah lucah, maka mereka juga manusia pencinta lucah, begitulah kisah mereka ini.

Maka, untuk terus positif, JANGAN BACA SURAT KHABAR, JANGAN TENGOK BERITA TV, JANGAN DENGAR BERITA RADIO.

Ada orang kata, kalau tak baca surat khabar, macam mana nak tahu apa yang jadi? hahahaha... soalan tak cukup bijak. Dalam dunia sekarang ini, jika berita itu "terlalu penting" tak perlu baca surat khabar pun boleh tahu juga. Dan mereka yang suka baca surat khabar, semuanya tahu ke berita yang sebenar? Semunya berjaya dalam hidup? Semuanya positif? huh! tanya soalan bangang!

Sebangang seorang manusia yang kata "saya tak akan hubungi lagi" lepas tu datang satu pesanan "ini yang terakhir" lepas tu datang lagi, "tolonglah....." hahahaha.... tu selingan, sekadar nak bagi tahu bukan semua manusia ni kata-kata mereka boleh dipegang, jauh lagi untuk dipercayai....

Maka, tak perlu bazirkan duit nak beli suratkhabar, nak langgan TV kena bayar, atau nak habis duit bayar letrik sebab nak tengok TV dari jam 8 malam sampai 9 malam. Lebih baik masa perdana tu duduk kat surau dan masjid dengar kuliah maghrib. Duit harga suratkhabar tu lebih baik bagi kat tabung masjid, surat khabar free buat la lapik kereta lepas kena vacuum.

Tapi, bila senang sangat nak percaya berita2 tu, apa mereka ni buat? Sembang kat kedai kopi, lepas tu apa?

Senang sangat percaya kat berita2 surat khabar dan TV dan radio, apa mereka buat bila ada berita 80% kakitangan kerajaan dibelenggu hutang? Kes muflis meningkat, hutang PTPTN berbilion tak bayar, perancangan kewangan sangat lemah dan sebagainya. Mereka ni baca ke berita2 ekonomi? Berita2 perniagaan? berita2 yang ada kena mengena terus dengan mereka?

Yang tak penting tu mereka suka, sebab mereka memang suka gosip, suka fitnah, suka sensasi, tapi mereka tak suka yang mereka kena buat kerja, sebab mereka ni memang manusia PEMALAS! betul? tak percaya tengok la apa tindakan mereka. Cakap berdegar2, tindakan hampeh! ;)

Thursday, March 17, 2011

biarlah kalaupun mereka tak faham :)

Ada kalanya tak buat sesuatu tu, mungkin lebih baik dari buat sesuatu dan akhirnya menikan diri sendiri :).

Tapi tak mengapalah, manusia biasanya lebih menyesal atas apa yang tidak dilakukan, berbanding dengan apa yang dilakukan. Yang lebih penting, bukan apa yang manusia kata, tapi sejauh mana ALlah terima segala tindakan dan perbuatan tu sebagai sebahagian dari amalan.

Bukan tak boleh nak buat apa yang orang lain nak kita buat, tapi orang lain dengan matlamat mereka, kita dengan matlamat kita sendiri. Kalau tindakan itu tidak menjurus kepada apa yang kita mahukan, mungkin perkara itu perlu diserahkan kepada orang lain yang lebih faham dengan apa yang mereka mahu.

Kadang-kadang manusia terlupa nak tengok kisah dalam buku, sebab terlalu asyik baca tajuk buku. Tengok kulit memang cantik, isi belum tentu. Tak mengapalah, satu hari nanti, bila semua selesai, boleh mula berangkat pergi. Harap-harapnya dah tak lama lagi dah. Dapat lagi satu atau dua yang boleh bekerja sama, yang punya matlamat yang sama, yang duduk tempatnya jauh sikit dari kota ini, mungkin bolehlah mula berhijrah sedikit demi sedikit, sebelum berhijrah mencari tempat yang lebih jauh, buat melihat luasnya keindahan alam ciptaan Allah ini :)

Bila dendam mengatasi Iman.....

Sejak kebelakangan ini, YM, HP dan e-mail sering dikunjungi oleh pesanan-pesanan dari manusia yang tak pernah terjumpa sebelum ini. Manusia ni ada perkenalkan diri dia, namun sebab tak pernah jumpa, maka perlulah berhati-hati.

Malangnya, manusia ni hanya berminat untuk cerita keburukan orang lain, berminat untuk bercerita betapa hebatnya diri dia, betapa dia seorang wanita dan isteri yang suaminya cuba digoda oleh orang lain, lantas terbitlah dendam dan marahnya pada orang lain itu.

Ini kisah peribadi, dendam peribadi dan sikap negatif peribadi. Maka eloknya dia tengok dulu betapa "berimannya" suaminya sebelum terus menyerang orang lain. Maka, untuk tidak memihak kepada sesiapa, eloklah semua pesanan orang ini dibakulsampahkan saja. Itu masalah mereka kenapa perlu disampaikan kepada orang lain?

Itu kisah dendam kesumat dia, kenapa nak ajak orang lain buat dosa sama? Mana lah agaknya suami beriman itu? Kenapa perkara mudah ini tak mampu ditangani? Kenapa cakap-cakap sebelum ini yang dia seorang saja yang ambil berat kisah yang seorang lagi itu tidak dikotakan? Apakah anunya telah dipulas oleh si isteri? hahahaha.... kesian ye... Itulah, lain kali jangan sombong, bila tiba masa, Allah boleh bayar cash!

Kita ni manusia biasa, jangan terlebih bila berdendam, jangan juga terlajak jika pun terlalu suka. Apa sahaja boleh terjadi. Selagi nyawa Allah masih pinjamkan untuk jasad dunia ini, bertaubatlah, mudah-mudahan bila mati nanti, jasad akhirat tidak terseksa.

Kalau pun nak berdendam, tak perlulah nak libatkan orang lain. Nanti bila orang dah menyampah, satu sen puntak guna. Konon nak tunjuk betapa dia menjadi mangsa, suami digoda, kebahaguaan cuba diragut. Namun, kisah sebenar dia tak tahu. Atau dia mahu kisah semua itu terpampang didalam alam maya ini?

Cukup-cukup lah tu. Aku dah muak dengan cerita-cerita dendam itu. Aku nak lihat manusia berbaik antara mereka, bukan bercakaran sesama sendiri. Kalau dah ada teman hidup, jagalah baik-baik. Jaga dengan iman, bukan dengan nafsu. Iman itu anugerah, peliharalah selagi masih ada. Takut nanti jika direntap terus, apa guna lagi hidup ini?