Monday, April 30, 2007

And the winner is................

Habis dah pilihanraya kecil Ijok. Sekali lagi kemenangan yang diduga. Kalau BN kalah, mungkin keputusannya dikeluarkan oleh pihak media selepas 24 jam. Tapi kali ni, BN menang lagi. Bukan mustahilpun BN menang. Kalau satu "negara" turun kempen untuk BN, dari media swasta milik parti politik pemerintah, hinggalah media milik rakyatyang dikudakan untuk parti politik pemerintah, hinggalah kepada TPM dan menteri-menteri yang 10 hari ni lupa dia dipilih rakyat untuk berkhidmat untuk rakyat, hinggalah kepada anggota kerajaan yang dibayar gaji dengan duit rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat, semuanya berkempen untuk BN.
Yang sokong pembangkang, semuanya disekat, media keluarkan berita yang buruk-buruk dan berita-berita yang boleh buat orang tak sokong. Akhirnya, satu rekod baru keluar mengundi dan akhirnya BN menang lagi. Hanya Tuhan yang tahu kesahihannya.
Kalau menang cara betul, kesianlah orang Ijok yang pilih calon tu untuk menang. Nanti bolehlah JKKK jemput dia datang kenduri doa selamat. Kalau menang cara tak betul, tunggulah azab Tuhan. Kalaupun tak diakhirat, didunia ni pasti akan datang. Setiap sen duit rakyat yang digunakan untuk kepentingan parti dan individu, yang bukan untuk kepentingan rakyat keseluruhannya, sampai mati aku tak halalkan dan sampai mati aku tak redha, kecuali dengan taubat dan dedahkan semuanya pada rakyat.

Lepas ni pegilah jengok-jengok Ijok lagi. Segala projek yang tengah buat tu, bila nak siap agaknya. Mungkin tunggu pilihanraya umum pulak la kot. Atau mungkin tiba-tiba saja peruntukan tak cukup. Atau mungkin peruntukan dipindahkan ketempat lain. Dan ada pelbagai kemungkinan yang lain.

Yang pasti, kalau nak pembangunan segera, kelulusan segera, mintalah pilihanraya kecil diadakan selalu. Bukan nak minta orang mati, cuma inilah caranya dinegara ni. Bila ada pilihanraya kecil, cepatlah pembangunan datang. Cepatlah permohonan tanah diluluskan. Cepatlah dapat bantuan. Dan mudahlah nak tengok menteri-menteri dan wakil-wakil rakyat. Kalau tak, kenalah tunggu 5 tahun sekali untuk tengok wakil rakyat datang kampung, wakil rakyat singgah rumah, wakil rakyat yang mesra rakyat.

Tak kisahlah apa parti wakil rakyat tu, apa parti oramg politik tu, menang kalah dia tetap senang. Yang dok sokong, gntung poster, jadi "gangster", "pengawal keselamatan" dan semua penyokong fanatik orang-orang politik tu, dapat apa? Sebelum ni heboh penyokong dan peminat fanatik artis-artis, sekarang ni orang politik pun macam artis jugak agaknya. Bezanya, artis dapat duit dari show yang dia buat, orang politik dapat duit walaupun "no show" kecuali bila dekat pilihanraya.

Inilah akibatnya, bila diri sendiri tak ada agenda untuk hidup dan masa depan sendiri, maka jatuhlah mereka dalam agenda orang lain. Bila masa depan sendiri tak boleh nak atur, maka orang lain yang akan atur masa depan mereka. Kalau dah "bangang" tahap maksima dan tahap kritikal, maka elok la jadi balaci orang lain sampai mati. Faham ke? kalau tak faham, memang elok la jadi maca tu.......

Saturday, April 28, 2007

Bila manusia-manusia bangang berpolitik....

Setiap kali pilihanraya berlaku, terutamanya pilihanraya kecil, pelbagai insiden pergaduhan, pukul-memukul, tahan-menahan, herdik-mengherdik, lawan-melawan pasti berlaku. Dalam akhbar disiarkan, dalam radio & telivisyen disiarkan, dalam internet disiarkan. Berita yang disiarkan pastilah mengikut meida tu milikparti mana. Kalau TV & Radio Malaysia, TV3 & meda prima, internet milik UMNO & BN, yang betul semuanya BN lah. Kalau milik pembangkang, maka yang betunya milik pembangkang lah.

Tak terfikir di minda, betapa bodoh dan bangangnya para penyokongyang bertindak diluar batas undang-undang ni. Untuk apa? Untuk RM 20 atau RM 200? Untuk sehelai t-shirt bitu yang harga RM7.50 tu? Untuk sebungkus nasi lauk ayam? Untuk apa? Bodoh dan bangang yang amat dahshat. Kalau kena tahan? Ada pak menteri nak jamin? Bodoh!! Kalau cedera, siapa yang susah? Kalau mati, boleh mati shahid? Kenapa lah bodoh sangat manusia-manusia ni?

Itu lah, disuruh belajar, tak nak. Nam merempit tk tentu pasal. Bila otak tu kosong, tak tau apa nak buat untuk diri sendiri, tak ada perancangan dan agenda untuk diri sendiri, maka jatuh la mereka dalam agenda orang lain. Siapa pun yang menang, dah tentu jadi YB, dapat elaun, kau dapat apa? Lepas pilihanraya ni, pak menetri dan YB baru tu ingat kau lagi ke?

Kalau calon tu kalah, dia tetap hidup senang. Macam-macam dia boleh dapat, kau dapat apa? BODOH!

Dah tu, calon yang disokong tu pulak, dah nak jadi gangster. Elok la tu. tengok berita kat bawah, dari tranungkite.net

"Seorang wartawan telah membuat laporan polis terhadap calon Barisan Nasional (BN), K Parthiban berhubung satu kejadian yang berlaku lebih setahun yang lalu. Dalam laporannya semalam, M Yohalinggam, 39, mendakwa, dalam kejadian tersebut, Parthiban pernah mengugut untuk ‘menghabiskan kariernya sebagai seorang wartawan"

Harakahdaily pulak lapor petugas BA dihalang dari merayu undi oleh petugas BN. Ni sebab BN halang, sebab tupolis cuma leraikan. Kalau yang halang tu petugas BA & petugas BN yang dihalang, dah tentu kena angkut naik trak. Ni apa punya kepala bapak punya demokrasi ni? Hang ikut sapa ni? Siapa ajar dan siapa bagi kuasa nak halang orang pegi rayu undi? Tu lah, dah la bodoh, tak nak belajar pulak tu. Dah tentu petugas yang halang orang rayu undi ni, entah mamat bangang tah, tak tau undang-undang. Mungkin perkataan pelembagaan pun dia tak tau.

Macam ni lah tahap kebodohan melampau penyokong fanatik parti yang selama ini diberi kuasa oleh Allah untuk memerintah, tapi gunakan kuasa tu untuk kepentingan sendiri, bukan untuk rakyat. Semoga Allah melaknat dan menghancurkan seluruh jentera dan kepimpinan parti samseng ini dan semoga Allah menegakkan yang benar dibumi Malaysia ini.

Thursday, April 26, 2007

better than politicians....



Undi Lagi...........

Di negara bertuah ni, senang je nak dapat "pembangunan segera" - bila ada pilihanraya kecil. Kalau tempat tu sebelum ni tak maju, bila ada je pilihanraya kecil, cepat la dia maju.
Sekarang ni heboh pasal Ijok. Dulu tak pernah dengar pun nama tempat ni. Sekarang ni, semua "bala" tentera politik, semua kat situ. Sampai TPM pun kat situ. Cepat la orang Ijok dapat pembangunan, macam orang Machap sebelum ni la. Tapi, kalau jalan raya tak sempat siap sebelum 28 April ni, kena la tunggu pilihan raya akan datang pulak nak siapkan.
Kalau macam ni la kisah politik Malaysia, perlu ke jadi pengundi berdaftar? Tengok perangai menteri pelajaran masa hari penamaan calon, macam tu ke menteri yang nak jaga anak-anak kita yang belajar kat sekolah? Tengok ucapan lucah TPM masa kempen, macam tu ke orang yang nak pimpin Malaysia lepas ni?
Ni belum kira lagi MB selangor yang tak percaya kat calon yang dia sendiri umum tu. Kalau percaya, kenapa nak letak wakil peribadi dia kat situ kalau BN nanti?
Politik Malaysia ni macam ni la. Apa yang KERAjaan buat, semua betul, apa saja yang sokong KERAjaan, semua betul. Lawan KERAjaan je, semua tak betul. Kempen pilihanraya pun nak kena permit. Pegi check tengok, UMNO & BN buat kempen tu, ada permit ke? TV & Radia kerajaan tu milik kerajaan, bukan milik parti politik. Yang di lapor semua yang baik untuk parti politik pemerintah dan yang hentam pembangkang je. Kalau macam ni la namanya demokrasi, tak payah pegi undi la. Tak payah susah-susah beratur dalam panas, tak payah susah-susah kempen, tak payah susah-susah berpolitik. Lantak kau orang la apa kau orang nak buat.
Siapa pun orang politik tu, asal namanya wakil rakyat, pegi Parlimen, pegi DUN, dapat elaun. Yang susahnya, rakyat jugak. Masa kempen janji macam-macam, lepas pilihanraya, hilang tah kemana. Tunggu pilihanraya lagi satu, baru la datang.
Bila ada pilihanraya kecil, semua berkampung kat situ. Nampaknya, dalam 10 hari ni, orang politik cuma menunjukkan kegilaan kuasa mereka. Parlimen ada pegi ka? Rakyat kat Pekan yang bukan semua senang tu, ada pi melawat ka?
Politik Malaysia? Kononnya nak jadi negara maju, tapi pemikiran masih dunia ketiga.