Masa berlalu, dan terus berlalu. Hari ni dah masuk hari kesepuloh bulan Ramadhan. Yang selalu lupa nak bergerak adalah manusia, dah masuk 10 Ramadhan pun masih lupa nak tambah ibadah pada Illahi. Tapi pada benda lain, tak lupa pulak. Pasar Ramadhan terus meriah setiap petang, dari hujung zohor bawa hingga ke awal isyak. Ada yang sembahyang, tapi kesian, ada jugak yang terlalu kejar duit, hingga lupa solat. Ada yang lebih teruk lagi, dah la buang duit beli benda yang tak perlu, dan solat pun tak buat jugak. Ada yang puasa, solat, jaga perbelanjaan, tapi hukum yang lain lupa pulak. Agaknya tak cantik kot kalau tutup aurat tu. Cerita bulan puasa ni tak pernah habis, sebab yang sentiasa puasa dan tak pernah tinggal adalah bulannya. Manusia belum tentu lagi.
Dulu kecoh gula tak cukup dalam pasaran. Lepas tu import gula dan harga pun naik jugak lah. Macam-macam retorik ada pasal gula ni. Dari yang nak boikot peniaga, nak lapur BPR dan lapor polis, nak jadikan isu politik, kempen jimatkan guna gula, kempen kesihatan dan pelbagai lagi lah. Dari cerita rakyat tepi jalan hinggalah cerita pak menetri kat parlimen. Dan orang politik macam biasa la, inilah masanya nak jadi hero, tapi akhirnya bila harga gula naik, rakyat juga lah yang tanggung semua tu. Orang politik? teruslah dngan cakap-cakap politik dia. Pi ampuih la ket hampa! Kalau gula dah tak cukup, pi la cari jalan macam mana nak tambah gula, bukan macam mana nak kurangkan penggunaan gula. Ni semua cerita politik ni satu je la tujuan dia, nak naikkan harga gula. Lepas tu mesti la ada yang buat untung besar, itu je la cerita dia. Semoga segal usaha "murni" orang yang terlibat tu dibalas Allah dengan setimpal dan sewajarnya.
Sekarang ni dah cerita harga ayam pulak dah naik. Elok la tu.. Bila tiba musim perayaan, pak menteri pun sibuk lah nak kawal harga barang dan dalam masa yang sama, peniaga pun sibuk tuntut untuk naikkan harga barang. Semua nak buat untung. Kira betullah tu, mana ada orang berniaga nak rugi. Dan masa paling baik bila nak buat untung bila permintaan lebih tinggi dari penawaran. Tak payah la nak boikot atau nak ambil tindakan, kalau kita sebagai rakyat ni tahu mana yang perlu dan mana yang tidak, termasuk lah orang politik mana yang perlu ada kat kerusi pemerintah tu dan mana yang tidak, maka kita tak perlua buang masa beretorik setiap masa. Yang tak perlu tu, letak tepi saja la.
PRU pun dah dekat ni.....
Tuesday, October 03, 2006
Subscribe to:
Comments (Atom)
