Wednesday, November 30, 2005

MA94 Gradution


MA94 Gradutions - macam biasa la, mana ada family aku kat situ. Tapi tak pe, sebab 'new family members' ramai yang datang.

Monday, November 07, 2005

Kalaulah masa dapat diputar semula kebelakang...

Kalaulah masa dapat diputar semula kebelakang.... Panjang sekali nafas yang dia lepaskan. Nampak seperti ada kekecewaan dalam hidup dia. Seperti dia menyimpan rasa yang amat pedih, hati yang amat pilu, jiwa yang amat tertekan, senyumnya dah tak semanis dulu, tawanya dah tak sekuat dan sejujur dulu, matanya dah hilang cahaya, hilang seri dimuka rakan ini. Dia bukan sepert yang aku kenal dulu.
Mencungkil kisah hidupnya tidak semudah yang disangka. Dia mula menjadi manusia yang lebih suka berdiam diri, lebih banyak berahsia, lebih banyak mengeluhnya dari memberi jawapan yang pasti. Tapi, mujurlah masih ada sisa-sisa percayanya pada aku, yang dia dah kenal lebih dua dekat dulu.
Akhirnya dapat juga kami bercerita panjang tentang kisah hidupnya. Liku dan luka hidupnya, tawa dan tangisnya, manis dan masamnya. Kesian dia, tapi itulah warna kehidupan. Kalaulah masa dapat diputar semula kebelakang, kemana agaknya dia nak pergi? Jawapannya telah aku duga, 'entah lah... aku sendiri pun tak pasti...' Aku cuba untuk berdiri didalam kasutnya, berfikir dalam kotak fikiranya... Aku masih aku dan dia tetap dia.
Lama aku menanti jawapan, dan akhirnya jawapan itu muncul juga. Ini kisah cinta pertamanya. Aku tak sangka begitu kronik jadinya jika cinta pertama tak ditangani dengan baik. Apa yang aku dapat bantu? Dia sendiri tak tahu dan dia sendiri tak pasti. Aku cuma boleh menjadi pendengar - diam dan dengar segala keluhan hatinya.
Setiap patah perkataannya ada kisah disebalik duka dan lukanya. Dan diakhir kisahnya, aku lihat air matanya bergenang dan berlinang dipipinya yang dah hilang seri. Aku biarkan dia menangis selama mana yang dia suka, aku tak ada tisu nak diberi untuk kesat air matanya. Lama dia menangis, tapi tak ada esaknya. Kata kawan aku ni, dah lama dia tak menangis, dan ini yang pertama untuk waktu yang dah agak lama. Apa yang aku boleh cakapkan? Aku juga dah tak menangis untuk lebih 20 tahun. Pelik, tapi itulah hakikatnya.
Kemudian, aku lihat matanya, senyum dan aku lihat dia juga tersenyum dan minta maaf sebab 'paksa' aku dengar ceritanya. Aku terus tersenyum dan cakap aku suka tengok dia senyum, baru aku nampak manisnya kawan aku ni, macam dulu-dulu. Kemudian, dia cakap macam mana aku boleh buat dia cerita semua ni pada aku? Jawapan aku padanya, kalau kita nakkan kejujuran, berilah kejujuran, kalau kita nak orang lain bercerita kisah mereka, berilah telinga kita dan simpan mulut kita. Kalau kita nak letak senyum pada bibir kawan kita, letaklah dulu senyum dibibir kita.
Masa yang berlalu tak mungkin datang semula. Cinta pertama tu cuma mainan jiwa, dan kisah hidup kita hanyalah sebahagian dari proses kita belajar untuk terus mengenali diri sendiri. Memang senang cakap dari nak buat, tapi kalau terus cakap dan tak buat apa-apa kita tak kan kemana. Ini kisah benar yang berlakui disekeliling kita. Tak perlu kepanggung wayang atau mengadap TV tengok cerita bollywood untuk "tengok dan hayati" kisah ni. Pergilah jumpa kawan-kawan, selalulah berhubung dengan kawan-kawan lama, kisah-kisah begini, kita akan jumpa. Disebalik senyum tawa kawan-kawan ada tangis di hati mereka. Dengar suara hati mereka, manalah tahu kalau kita ada penawarnya. Manalah tahu, kalau air mata yang mengalir dari kawan kita tu, menantikan kita untuk mengesatnya.
Kasih sayang tu terlalu luas. Kasih pada kekasih hanyalah sebahagian kecil darinya. Kasih sesama insan jauh lebih luas dan jauh lebih dalam. Kasih pada rakan, tak mungkin padam kalau kita sentiasa ikhlas. Biarkan masa terus berlalu, tak perlu mesin untuk memutarnya semula. Kita hanya perlukan iman untuk terus kehadapan dan perlukan teman yang kuat bahunya, buat penawar dan pelepas lelah dikala kita keletihan dan telinganya buat kita berkongsi kisah hidup dan hatinya buat kita berkongsi 'kehidupan'. Kita cuma ada satu hati, pasangan abadinya ada pada teman hidup kita, dan pasangan sejatinya ada pada seorang sahabat. Carilah mereka...
Berhati-hatilah dengan cinta pertama.

Sunday, November 06, 2005

Cerita Hari Raya ...

Bila tiba je hari raya, maka pelbagai lah program kat TV. Bagus ke tak bagus, lain orang lain la komennya. Masa cuti baru ni, or to be lebih spesifik, tengah malam tadi sempat la tengok cerita Sepet kat Astro Ria. Bila habis cerita ni, aku cuma ada satu komen, memang patut la cerita ni menang anugerah filem terbaik Malaysia. Kalau nak banding dengan cerita lain yang juga ditayangkan kat TV Malaysia masa cuti raya baru-baru ni, memang cerita ni yang lebih baik dari yang lain tu, termasuk la cerita yang boleh buat 570 unit rumah kos rendah tu.
Cerita yang bercerita soal masyarakat ni jauh lebih baik dari cerita 'Sejarah' yang lagi satu tu. Cerita ni lebih masuk dalam jiwa, jika nak dibandingkan dengan cerita yang lagi satu tu. Sebelum tu, masa awal malam, ada cerita Gol dan Gincu, tengok sikit je, so malas la aku nak komen, sebab tak tahu apa cerita ni sebenarnya. Tengok sikit ni ada dua sebab, sebab pertama nak pegi KL, nak jalan Raya la tu (lebih penting dari tengok TV) dan sebab kedua, permulaan dia tu tak masuk 'jiwa' macam cerita Sepet.
Komen lain-lain, lantak la. Aku bukan minat pun cerita-cerita filem ni. Tak masuk panggung wayang pun dah lebih 10 tahun. Kekadang tu baca sinopsis kat surat kabar dah cukup untuk tau pasal filem ni. Lagi pun, tunggu je la Raya tahun depan, semua filem kat panggung wayang sekarang ni sure masuk TV punya. Nak lagi cepat, langgan je channel 20 & 21, so apa susah-susah buang duit masuk panggung wayang? Heh he... Wayang siapa kalau bukan wayang kita... duit siapa kalau bukan duit kita... selera siapa kalau bukan selera kita...
So, sendiri punya duit, sendiri punya minat, sendiri punya selera, sendiri la buat keputusan. Pada aku, masih sama macam keputusan yang aku buat 10 tahun dulu, tengok wayang kat panggung wayang cuma buang masa dan buang duit aku je. Lebih-lebih lagi kalau tengok wayang cerita Melayu. Dan aku pulak kalau wayang Melayu aku tak tengok, wayang dari Hollywood, Bollywood, Hong Kong, Indonesia dan apa negara sajalah, lagi la... aku tak tengoknya...
Ini kalau si 'mamat sorang' tu baca ni, sure panas la tu... allo kawan, lu punya minat lu punya suka, lu punya sendiri punya keputusan la... aku punya duit, aku punya masa, aku punya suka la... - heh heh....
Sempena cuti raya ni sempat la beborak lama sikit dengan kawan-kawan lama. Ramai yang bagus-bagus, banyak benda yang boleh belajar dari mereka ni. Yang paling utama, tak kisah la apa pun background kita, apa kelulusan kita, apa kerja kita, siapa kita sekalipun, yang pentingnya attitude kita. Hebat mana pun kita ni, kalau attitude tak betul, satu hari nanti terlangkup lah kita ni. Depan mata aku tengok benda ni, bukan sorang dua tapi ramai. Kesian mereka ni sebab mereka ni orang yang aku kenal dah lama. Dulu kerja kuat untuk dapat apa yang mereka hendak, bila dh dapat tak tahu jaga, lepas tu hilang semua. Kerja kuat lagi, dapat lagi dan hilang lagi. Bila sembang-sembang semuanya back tu attitude. Memang la attitude ni senang cakap susah buat, tapi yang buat susah tu kita sendiri, bukan orang lain.
Masa hari raya tu jugak, kat kampung aku ada kes orang meninggal dunia dah 3 hari baru satu kampung dapat tahu. Kesian kat dia, tapi macam tu la risiko bila tinggal berseorangan. Masa nak raya agaknya semua orang sibuk, jadi yang selalu pegi jengok dia tu tak pegi kot, sebab ramai anak cucu kat rumah. Bila pagi raya nak pegi hantar kuih, baru la dapat tahu ia dah tak ada lagi. Satu kampung gempar. Nak salah siapa bila jadi macam ni? Aku tak salah kan sesiapa. Dia ni tak kahwin, waris yang ada cuma anak-anak saudara. Itu pun semua tinggal berjauhan. Jiran pun tak de la dekat sangat dengan rumah dia. Sebelum ni, setiap hari ada je jiran yang datang menjengok, cuma dua tiga hari sebelum raya tu, tak de orang datang. Ini lah agaknya yang dikatakan 'dah nak jadi macam tu...'
Cuma bila menung balik kes ni, bila aku dah tua nanti, mungkinkah aku akan jadi macam ni? Entah la, tapi harapnya tak la macam tu. Kes Pak cik ni mungkin ada peringatan yang Allah nak bagi kat orang lain, sebab tu dia jadi macam tu. Pak cik ni orang baik, dan tak pernah susahkan orang lain. Aku doakan dia selamat dalam perjalanan dia menemui Yang Maha Pencipta. Kita yang masih hidup ni, kena la siapkan diri dari sekarang. Bila semua persiapan dah buat, tapi akhirnya jadi jugak macam tu, ha... baru lah boleh cakap ' dah takdirnya nak jadi cam tu...'