Wednesday, September 12, 2012

bila mulut manusia lebih hina dari jubur babi...

Kadang-kadang, sesetengah manusia ni sangat pelik. Melihat sesuatu yang dia tak tahu, dari seseorang yang dia tak kenal, kerana rasa-rasa dan agak, maka bermulalah cerita sejengkal jadi sedepa.

Maka apa itu bukan fitnah namanya? Cerita pula pada manusia yang memang mulutnya tempayan yang boleh muat babi beberapa ekor. Maka cepat sekali simulut tempayan muat babi ini menyambung cerita, berjengkal-jengkal, untuk merosakkan lagi manusia lain disekelilingnya, buat memuas nafsu serta menempah tempat dilubang api kemudia hari....

Manusia ini, bila fikiranya sempit, maka suka dia menyempitkan orang lain juga. Bila kita saling tidak mengenali, eloklah bertanya supaya lebih tahu.

Fitnah itu, hukumnya haram, berdosa. Kalau dosa tak tertebus, sudah bersedia menghadapi api neraka?

Tuesday, September 11, 2012

Pemilihan rasa yang terpilih

Kadang-kadang, senang sangat untuk menghukum. Hukum pula dengan landasannya rasa dan kecewa, maka emosi landasan hukuman itu membuat hukuman menjadi tidak keruan.
Namun, itulah namanya manusia. Menghukum itu terlalu mudah jadinya. Menghukum itu dengan rasa dengan kecewa, umpama manusia lain tiada harga.

Mereka dicari untuk puas diri sendiri. Bila puas itu tidak dikecapi, maka hukum mereka hingga hujung jari, untuk puas diri sendiri. Hukumlah, buanglah, atau buatlah apa sahaja, kerena dunia ini hanya seketika.

Apakah ada hukum lebih mulia, lebih bertenaga dari hukum segala hukum oleh Raja segala raja?
Bersediakah untuk itu?

Thursday, September 06, 2012

Bila satu rumpun dua kasta.....

Macam-macam kisah sekarang ini. Paling menarik, kisah pijak dan tunjuk punggung. Terjadi pada malam Merdeka. Lantas pihak berkuasa dengan pantas mengambil tindakan. Mereka yang terlibat ditangkap dan disoal siasat.

Namun, ada sesuatu yang terlepas pandang. Sebelum ini ada kisah kencing dan bakar, juga ada kisah pijak memijak. Namun pihak berkuasa seolah terlepas pandang yang itu.

Maka sekarang, soalnya, apakah ada dua set peraturan dinegara merdeka ini?
Apakah kita sudah merdeka?