Tuesday, April 28, 2009

Salam Benua (Sajak SN Usman Awang, 1970)

Salam Benua ~ Usman Awang

I
MEREKA memisahkan kita
pasport visa wilayah segala tempoh nama
mereka merompak kita dengan undang-undangnya
peluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnya
kita dipaksa memilih salah satu
dan kita mesti memilihnya
tiada jalan lain

II
Telah saudara pilih senapang dan peluru
banyak pemimpin memilih dollarnya
untuk ini saudara membasahi baju
rumput-merah sungai-merah
tangis anak-anak
darah rakyat tertindas

III
Saudara memerah kaktus melumat batu
menjadikannya minuman makanan
gadis-gadis bekerja debu pasir dandanannya
anak-anak kecil menyandang senapang
saudara menghitamkan langit menyelubungi
saluran minyak
setengahnya menyanyi di penjara
untuk pembebasan Palestin

IV
Kami bertatih di sawah semakin kering
petani-petani mulai menebang hutan dara
permulaan kecil pada ketenangan segumpul awam
ketenangan yang di belakangnya memangkas kami
yang sedikit ini sedang belajar
dari tiap pengalaman saudara
dan pengalaman sendiri
kami memampatkan gerhana bulan mei
pada tujuan tempat
nusantara ini

V
Salam
tanpa visa
pasport
golf
warna
kemanusiaan rakyat
seluruh benua


Usman Awang
1970
Usman Awang1970

Bila tergelincir........

Ada kalanya, kenderaan yang dijaga sebainya, juga tergelincir dari jalanraya. Keretapi yang sentiasa di selia enjin, roda dan tracknya juga tergelincir. Begitu juga, manusia juga tergelincir dari landasan yang sepatutnya.

Yang pentingnya, bukan berapa kali manusia tergelincir, tapi setiap kali tergelincir, berapa cepat kembali semula kelandasan. Dan setiap kali kembali kelandasan, belum tentu manusia tak kan tergelincir lagi. Lalu, berapa kuat manusia untuk terus bertahan, dan naik semula kelandasan setiap kali tergelincir.

Manusia semuanya hebat, namun sifat manusia juga pelupa dan serba kekurangan. Sebab itu, jalan untuk kembali semula kelandasan tidak pernah tertutup, hinggalah manusia tiba kestesyen yang sepatutnya.

Kembalilah, setiap kali tergelincir.

Tuesday, April 21, 2009

Muncul lagi...

Selepas lebih 2 tahun, akhirnya balik ke "training room", insyaAllah. Excited, fun, purposeful, committed, honest, risking, etc etc.... Yang paling penting, it's all about the people. Bila dua-dua pihak mendapat faedah dan manfaat, tentu ada sesuatu yang "menghantui" ramai orang untuk terus kembali lagi. Bukan semua yang nampak pada ketika itu, tapi, "source" for it. Tuhan bagi apa yang hambaNya minta dan usahakan. Teruskan usaha dan teruslah meminta. InsyaAllah, tentu ada hati yang terbuka.

Lepas ini, go for a bigger game. Bawa apa yang ada dalam training room kedunia luar. Idealnya, satu dunia satu suara. Realitinya, mungkinkah begitu? Tapi, bukankah dunia ini luas, boleh saja bina dunia baru kalau dunia yang ada ini menolak satu dunia satu suara. Maka Agungnya Tuhan dengan segala kurniaan ini.

Team semakin hampir, namun yang kritikalnya masih dalam pencarian. Ada dimana-mana saja, cuma kena terus mencari, insyaAllah... :-)

Monday, April 13, 2009

Sedikit masa untuk keluarga...


Mungkin dah terlalu lama tak bercuti bersama keluarga. Mungkin ini masanya, mungkin.... Exam kakak dah dekat. Cuti sekolah jugak dah dekat. Tapi kalau nak tunggu semua tu, mungkin semuanya jadi lambat. Program saban minggu tak pernah habis. Hujung minggu ni ke Batu Pahat. Hujung minggu depan, ada training dengan Foo. Minggu kemudiannya, insyaAllah staffing Basic, yang dah lebih 2 tahun ta buat. Mungkin minggu selepas itu masa terbaik.



Hmmm.... nak ke pantai terlalu panas. Kalau hujan tak boleh mandi laut. Mungkin ke bukit & tanah tinggi lebih baik, lebih sejuk, insyaAllah. Keadaan macam ni, yang sejuk, yang tinggi, yang hijau, insyaAllah, pilihan yang lebih baik. Dah lama tak tengok anak-anak bergembira bersama. Ini mungkin masa terbaik untuk semua ini, insyaAllah.


















Thursday, April 09, 2009

Kabinet Dapur

Pada hari ini suami kak mah telah menyiapkan satu kabinet dapur. Kabinet dapur ini diperbuat dari kayu reput, kayu terpakai dan besi-besi buangan. Kak Mah suka kabinet dapur ini sebab nampak cantik. Tapi suami kak mah yang dikenali sangat suka menipu itu, telah membuat kabinet yang luarnya nampak kurang cantik, dalamnya lagilah buruk.

Soalan : Berapa lamakah kabinet dapur buatan suami Kak Mah ini dapat bertahan?

Jawapan : ________________

Wednesday, April 08, 2009

Biarlah nombor berbicara....

Dah puas dengar manusia berbicara, biarlah sekarang nombor berbicara.

PRK P059 Bukit Gantang.

Jumlah Undi
BN
2004 16,845
2008 18,449 - meningkat 1,604 (9.52%)
2009 19,071 - meningkat 622 (3.37%)

PAS
2004 10,144
2008 20,015 - meningkat 9,871 (97.31%)
2009 21,860 - meningkat 1,845 (9.22%)

Kesan dari persempadanan semula, jadi tak pasti sama ada undi meningkat kerana vote swing atau kerana sempadan pilihan raya. Apapun, yang pasti, pemenangnya telah ada. Pilihanraya dah habis. Jadinya, elok la hentikan semua "kempen-kempen" dan "gaduh-gaduh" pilihanraya dan tumpukan pada menyatukan yang dah terbelah sebab berlainan fahaman politik. Orang PAS dan orang UMNO, masih mengadap dan sujud pada Tuhan yang sama (tu pun kalau sujud la). Kawan-kawan yang berlainan agama, masih warga negara yang sama (kecuali hantu import yang tak tau asal usul).

Yang kalah tu, terima lah kekalahan dan cuba lagi dalam pilihan raya akan datang. Yang menang, alhamdulilah, dan amanah semakin bertambah. Dari faktor calon, rasanya, insyaAllah majoriti pengundi telah memilih calon yang betul untuk memimpin dan menjadi wakil mereka. Kepada bekas cikgu aku yang kalah tu, masanya untuk muhasabah diri. Tak perlu post mortem, cuma perlu sujud lama sikit pada Illahi dan mohon petunjuk apa seterusnya selepas ini.

Kepada yang suka-suka tabur fitnah masa tempuh berkempen hari tu, tak kisah lah dari pihak mana sekalipun, jumpa lah mereka yang telah difitnah dan mohon maaf pada mereka dan mohon ampun pada Allah, selagi Allah bagi sisa-sisa umur. Takut nanti mati dalam keadaan masih bersalah pada manusia, susah nak mohon maaf diakhirat kelak. Kita hidup ni sekejap saja, mungkin esok, mungkin lusa, habis lah masa kita.

Kadang-kadang terlalu asyik nak menang hingga lupa hukum Tuhan, lupa adat susila, lupa batas betul dan salah. Sekarang semua dah habis, baliklah keminda sedar dan jiwa yang tenang. Baliklah kepangkal jalan dan mohon petunjuk dari Allah. InsyaAllah, Allah itu maha pengampun dan Maha Pengasih.

Dunia ini adalah Universiti Terbuka.....

Belajarlah sesuatu dari episod ini. Ada banyak ilmu dan pelajaran dari apa yang berlaku disekitar kita. Kisah kepayahan, dugaan, perjuangan, air mata, darah, keberanian......

Tidak perlu menonton filem Hollywood atau Hong Kong atau Bollywood, semuanya ada didepan kita.

Jangan tengok dengan mata politik, jangan tengok dengan mata bangsa, jangan tengok dengan mata kepala. Tapi lihatlah dengan mata hati, yang jujur, yang ikhlas. Ini bukan soal politik, tapi ini soal manusia dan kemanusiaan.

Selamat belajar......

http://www.youtube.com/watch?v=LHFKYVDhpO0&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=00bg7xe-Ur8&feature=channel

http://www.youtube.com/watch?v=C1POW2-_G4M&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=DU3YfEemLfY&feature=channel

Tuesday, April 07, 2009

Monday, April 06, 2009

Pilihan untuk memilih...


Dalam dok kalut orang Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai nak pi mengundi esok, elok la tengok sikit apa yang kita dah buat untuk mencari hidup yang lebih baik dan mencari pemimpin yang lebih baik. Kalau tak buat lagi, buat la sembahyang sunat 2 rakaat malam ni, mintak petunjuk dan pertolongan Allah. Mudah-mudahan kita tak buat pilihan silap yang nanti susah payah tu baik kat kita.
Ni bukan nak cerita politik, tapi cerita pilihan masa ni yang nanti ada kena mengena dengan masa depan anak-anak dan generasi akan datang. Jangan sampai satu masa nanti, generasi akan datang dok mai kencin atas kuboq kita dah la, pasai kita salah buat keputusan, sebab kita tak mau ikut apa Nabi dah bagi tau, tapi dok ikut apa yang musuh Nabi bagi tau. Ada sorang tu, ilmu tinggi, tapi pasai takut sooru miss, dia pun dok ikut puak-puak yang lawan Nabi. Tak pa lah, hang buat hang jawap lah.
Ada yang lebih penting dari memilih di tiga pilihanraya ni. Ini adalah pilihan setiap detik dalam hidup manusia. Setiap detik manusia perlu memilih. Jalan mana nak ikut, makanan apa nak masuk perut, bila nak minum, baju apa nak pakai, macam-macam kena pilih. Dari benda kecik nak kentut ka tak kentut, hingga lah kepada pilihan untuk masa depan.
Dari bulan lepas, lebih 26,000 pekerja dibuang kerja. Mereka perlu pilih kemana selepas ini. Pilih untuk masa depan terus ditentukan oleh orang lain, atau memilih untuk menentukan masa depan sendiri. Pilih untuk cari kerja, atau pilih untuk sediakan kerja. Pilih untuk mengadu dan mengaharap pada manusia atau terus saja pada Allah SWT.
Setiap detik ada saja dugan hidup. Maka, perlu pilih sama ada nak mengeluh dan menyerah atau mencari jalan untuk mengatasi dugaan ini. Boleh saja undur dan jangan temouh dugaan dan halangan, atau jadikan dugaan ini jalan terbaik untuk terus maju dan laju kehadapan. Boleh saja cari alasan atau cari saja penyelesaian. Kata orang bila berhadapan keadaan sebegini, manusia perlukan telinga untuk mendengar. Telinga itu boleh saja dari orang lain, atau guna saja telinga sendiri.
Setiap hari bila kita membuka mata, pelbagai pilihan tersedia didepan mata. Pilihlah apa yang lebih baik mengikut pilihan pertimbangan yang lebih baik. Pilihan ditangan sendiri. Tuhan akan mengubah nasib kita kalau kita memilih untuk berubah. Tuhan itu Maha Adil dan Maha Pengasih. Pilihlah apa yang baik mengikut pilihan yang ada.

Wednesday, April 01, 2009

Faham ke?


Nampaknya, ramai yang masih termangu-mangu tak faham bila di tembak dengan soalan-soalan sakit kepala dan sakit hati, lantas bagi jawapan yang meraban dan ada jugak yang terkesan dengan jawapan orang lain. Ni baru cerita bab LRC, belum lagi LEC. Agaknya ni lah kesannya bila jiwa tak bersedia, tapi nak jugak tengok apa yang ada dalam rumah orang lain, ha ha ha.... Nak marah pun tak elok, sebab semua kawan-kawan. Jadi seeloknya, lepas ni jangan jemput lagi. Cukuplah dengan apa yang terjadi. Buatlah kerja cara masing-masing.


Ni bukan soal berapa ramai, tapi soal apa yang ada untuk yang ramai-ramai tu. Bila dah jelas, barulah bercakap soal yang ramai-ramai ni. Pentingnya bagi yang terbaik untuk mereka, tapi kalau mereka belum bersedia, makanya eloklah dielakkan dari menyelitkan mereka bersama, takut nanti ada yang tersepit dan terselit. Ni buakn soal PV & BV, ni soal hidup manusia seterusnya.
Lepas ni masih banyak kerja yang perlu dijalankan. Masih ramai yang perlu dijumpa, dicerita dan diterangakan. Banyak lagi nak kena buat, tapi kena tanya diri sendiri, sanggup atau tidak. Walaupun belum jumpa yang sanggup pada standard minima yang dah tetap dulu, sekurang-kurangnya ada yang dapat manfaat dari semua ni. Tak pe lah. Mereka dapat apa yang mereka dapat, insyaAllah. Bila dah ramai dapat kebaikan, yang baik tu akan kembali, insyaAllah.


Bukan susah pun nak cari team ni, cuma mereka kena jelas nak kemana dan kenapa nak kesana. Dan kena lah kerja yang belum disuruh dan tekun buat untuk diri dan dunia. Kalau sekadar buat ukup makan, tak pe lah. Mungkin kemudian. Kalau sekadar nak cerita yang sama untuk sekian kalinya, tak pe lah. Mungkin masanya belum lagi. Ni bukan masa nak cerita pasal hati yang gundah gulana, tapi nak cerita gambar besar dan laut dalam, gunung tinggi dan padang besar. Kalau tak bersedia, tak pe lah. Bila dah bersedia nanti, boleh datang semula, insyaAllah.


Kita ni semua bergerak, cuma arah kita mungkin tak sama. Bila arah kita sama, bila tujuan kita sama, bila gunung ganag dan laut tu dah boleh temluh sama-sama, nanti kita naik bahtera yang sama. Kalau tak, tak pe lah. Kita doakan sama-sama supaya kita sama-sama berjaya dengan tujuan kita yang tak sama tu, insyaAllah....


Setakat ni, kasut tu masih lagi saiz lain-lain.