Ada kaitan semua tu dengan manusia zaman sekarang ni, heh he.... Tapi tak payah komen lah, semua orang dah tau dah.
Mahathir keluar UMNO jadi berita besar. Ezam masuk UMNO pun jadi berita besar. Kalau orang UMNO keluar UMNO masuk PR, ha, yang tu tak jadi berita besar. Ada rakyat marhaen kat Perlis kena bunuh sebab silap sangka, yang tu jadi berita sikit je, lepas tu hilang. Bila "pemimpin" punya hal, jadi berita besar, tapi kalau rakyat, tak pentinglah. Rakyat penting bila nak undi je, yang lain tak nampak pun pentingnya. Hari2 dok sibuk dengan golongan elit je, golongan "biasa-biasa" ni tak penting.
Patut la ramai yang sanggup "berjuang" nak jadi pemimpin. Hmmm... sampai lupa pemimpin tu apa dan siapa, sampai lupa kat akhirat nanti banyak nak kena jawap, sampai lupa tanggungjawap bukan sekadar pada rakyat dan manusia.
Tapi, apa peduli, hidup hanya sekali, lantak la apa orang kata, janji masyukkkk, kwang3....
Tu, tembuk kat cheras tu, dah lama tu, tak selesai jugak. MB janji nak selesai dalam 2 minggu. Kenapa 2 minggu? Kenapa tak 2 hari? Banyak peraturan nak kena ikut? oo... bila bab rakyat, kena la ikut peraturan? ICcccccccc, ok lah... buatlah apa pun, asalkan buat, jangan tak buat dah la... Mana menteri kerjaraya? Mana PM? Mana orang politik lain? MB selangor ada la jugak turun jumpa penduduk. Yang lain mana? Ooooooo..... tu kawasan DAP? Sebab tu BN tak nak tolong? itu macam ka? atau itu antara lebuhraya dan pemaju? Yang bagi lesen dan permit tu sapa?
Tu kat kampung baru tu, apa hal pulak? Peniaga dah jadi setinggan? Ke sebab kampung baru ni MP dia dari PAS? Pertama kali PAS jadi tok wakil untuk kawasan melayu tengah bandaraya. Jadi, sebab tu dah tukar taraf dari peniaga kecil ke setinggan? Sapa nak bela rakyat macam ni? heh he.... "pembela kebenaran" dah masuk UMNO, mana boleh sentuh benda2 macam ni lagi, kwang3...
Masuk la parti apa pun, masuk la politik cara mana pun, Pulau Batu Putih hilang jugak. Inflasi makin meningkat. Harga barang makin naik. Dah lebih 2 bulan politik malaysia berubah, tak de pun dengar mana2 "penyelewangan" kerajaan dulu dibongkar dan dihadap ke "muka pengadilan". Dulu macam2 cakap, sekarang ni, macam ok je. Ada yg selalu kena belasah dulu, yg sekarang ni dah jadi ketua pembangkang, relax je... tak de kes pun. Kalau macam ni, takut apa buat salah, bukan ada kesan pun.
Hmmm... bukan nak cari salah sesiapa, sekadar coretan untuk mengingatkan diri sendiri. Hidup ni tanggungjawap sendiri, masa depan tanggungjawap sendiri. Jangan harap pada sesiapa,. jangan harap pada tok-tok wakil, tok2 menteri, jauh sekali orang politik. Setiap hari, tanya orang dalam cermin tu, apa kau nak. Tanya dia, dah buat tindakan ke belum. Tanya dia, apa yang penting hari ni.
Kalau kita berharap pada manusia, manusia tak pernah cukup. Hari ni dia kawan, belum tentu esok dia boleh bantu kita, bela kita. Hari ni dia mungkin musuh, tapi esok, mungkin dia kawan paling karib. Sebab apa? mungkin sebab kita pun dah jadi macam dia, tak de siapa yang tahu. Nak harap orang politik? Tengak la sendiri cerita2 politik malaysia ni, nak percaya pada siapa?
Jadi? Kerja kuat, jangan jemu, jangan ambik tahu pasal politik sangat, baca boleh, percaya kena hati2. Kalau perut kosong, nak kena isi jugak, kalau poket kosong, nak kena isi jugak, kalau tak de duit, nak ke Mekah pun tak boleh, kalau bergaduh dengan orang lain, tak bertegur sapa, nanti apa nak jawap depan Allah bila Allah tanya "siapa saudara kamu?" Nak kata orang Islam? Habis yang dok bergaduh sesama sendiri, berbalah sesama sendiri tu bukan orang Islam? Ezam hentm Anwar tadi, dua2 tu bukan Islam? Anwar hentam Mahathir, bukan islam dua2 tu?
Sekang ni nak dengar cakap mufti pun susah dah. Dulu lawan Islam Hadhari, sekarang ni sokong pulak. Apa dah jadi ni tok mufti, konpius aku. Dulu ni la rasanya mufti yg aku paling percaya, sekarang ni? uh uh uh.... Tak kan mufti cakap tak selidik ulu kot? Ke pasal dua parti tak nak bergabung lepas 8 march dulu utk tubuh kerajaan yg buatkan tok mufti jadi lagu ni? ntah la tok mufti, aku tak de ilmu macam tok mufti. nanti tok mufti jawap lah depan Allah.
Lepas ni, tepuk dada tanya iman, mana kaki melangkah, kesitu la pergi. Jangan gaduh2, sebab orang politik sesama dia gaduh depan TV je, sesama dia belakang kita ok je. Tak percaya? Pegi parlimen. Tengok la kelaku orang politik dalam dan luar dewan bersidang tu. Cakap pun tak guna lah. Kadang2 yang kat bawah ni je yang bahalol al tolo yg dok bergaduh. Yg kat atas tu, relax je. Apa pun, cukup bulan, elaun masyukkk...... KIta yg miskin ni? kwah kwah kwah... pegi kerja la.... tak de kerja? pi mintak penyapu kat KT, huahuahua.... oppsss dia dah jadi pembangkang, tak de allocation penyapu dah.
Nati aku sambung cerita HIDUP KITA TANGGUNG JAWAP KITA. Bila? Bila aku suka la.... ha ha ha haha..... Hidup ni hidup kita, jadi kita la yang kena ambik tanggung jawa untuk hidup kita, untuk masa depan kita, untuk kemajuan kita. Orang politik tu buat semua tu, sebab dia pilih untuk buat semua tu, ganjaran dia pun besar. Jadi kalau kita pun nak merasa dapat macam yang orang politik tu dapat, kita pun ada pilihan. Satu, pegi la masuk politik, takl payah belajar tinggi2, asal popular dah la. Lagi satu, kita buat la apa yang kita boleh buat, mula dari apa yang kita ada, dan kembang kan dari situ. Jangan la harap sangat pada bantuan orang lain. Kerja kuat dan minta tolong dari Yang Maha Esa, sebab DIA je yang boleh tolong semua orang.
Cuba tengok orang yg kaya dan berjaya, ada dia harap subsidi, harap bantuan orang lain? Memamg la kita tak boleh hidup sorang2, tapi apa salahnya kita usaha lebih sikit, kuat sikit, jangan malas, jangan dok harap tok2 wakil, tok2 menteri, orang politik, ketua kampung, JKKK, senang cerita jangan harappada sesapa lah. Pegi la cari peluang kat luar tu, jangan dok malas sangat. Kat mesia ni, pendatang haram pun boleh kaya. Da dia harap sesapa ke? Heh he... kalau mau apa pun boleh, kalau malas, hah!! jangan la dok komplain... uh uh uh....... sadis....
Berkawan dengan semua orang, nak percaya kena hati2, nak kaya kena kerja sepenuh hati, nak masuk syurga, ikutlah Islam ajaran Rasullullah....
Thursday, May 29, 2008
Thursday, May 22, 2008
Tiba-tiba, aku menyampah denga kisah2 org politik
Baru hantar komen kat blog MSO. Tak tau la keluar ke tak. Aklu bukan penulis blog politik, aku tulis apa yang aku nak tulis, tak de undang2, tak de skop khas. Apa aku nak tulis, aku tulis lah.
Cuma hari ni, sebab terlalu banyak kisah politik disogokkan, aku dah jadi muak, macam nak termuntah, menyampah tahap cipan. Hari-hari fokus media cuma pada kisah politik, kisah orang besar, orang kaya, orang senang, kisah politik anak beranak, rebut kuasa, hentam sana sini, dan macam2 lah.
Kisah rakyat cuma gula2 pilihanraya. Sekarang ni aku pun tak tau sapa lagi boleh percaya. Belum pun dapat kuasa, Anwar dah kata, kalau PR ambik alih kuasa, Azizah jadi PM. Pak Lah kata nak serah kuasa pada Najib. Ni apa cerita ni? Boleh serah kuasa macam tu je ke? Kalaulah ada 30 atau 50 tok wakil BN masuk PR tapi join PAS, bukan PKR, apa Azizah jugak ke yang jadi PM? Atau 60 masuk DAP, macam mana? Atau 100 orang BN buat parti baru dan mohon masuk PR, amacam? Sesenang tu nak serah kuasa? Hmmmm... orang politik, macam ni lah.
Baru je aku ingat mereka ni akan berubah, berkhidmat untuk rakyat, fokus pada rakyat, sebab elaun mereka rakyat yang bayar, tapi nampaknya sangkaan aku meleset jugak lah kali ni. Tak nampak lagi keikhlasan mereka berjuang untuk rakyat berbanding mereka berjuang untuk parti dan untuk diri. Komen lebih banyak pasal Mahathir berhenti, dari kisah orang miskin yang bersepah dalam negara ni. Selangor nak bagi air free pun macam ada pihak2 yg tak puas hati, ni apa barang ni?
Aku tak la teruja sangat bila tengok KM Penang naik flight kelas ekonomi, sebab Khalifah zaman Islam dulu nak sentuh khazanah negara pun takut sangat2, bila dengar orang susah tak makan, dia yang tanggung gandum pi bagi, malam2 keluar jalan keliling kota dan desa tengok sendiri masalah masyarakat. Ni setakat duduk rumah sendiri, duduk hotel bilik kecik, naik flight kelas ekonomi, bla bla bla... hek eleh... kecoh je lebih. Yang UMNO tu tok sah cerita la. Malas aku nak komen, semua dah tau.
Kalau betul2 nak selamatkan duit negara, yang pi buat baju istiadat Ahli Parlimen sampai RM 1,500 tu buat apa? (rujuk blog Zulkifli Nordin). aku bukan kata MP tak boleh dapat elaun, tak boleh dapat keistimewaan, tapi jangan la melampau sangat. Kalau nak jadi MP sebab elaun, baik tak payah. Kalau kata nak ambik alih kuasa sebab rakyat, kurang la sikit politiking kepartian tu, fokus la lebih sikit pada rakyat. Aku bab bangsa ni, tak la minat sangat. Apa pun bangsa kita, tetap hamba Tuhan. Akhirat nanti Allah tak tanya bangsa apa, Allah nak soal pasal iman dan amal. Kalau dalam Parlimen dok berbalah macam budak kecik, contoh apa nak tunjuk pada rakyat? Sebab 5 negeri bukan bawah BN, Menteri pelancungan batal MOU. Ni ke cara nak tolong rakyat? Haprak betul.
Terlalu banyak la kalau nak tulis, pasal semua parti, semua "pemimpin", tapi aku bukan nak sangat cari salah orang lain, bukan nak cakap orang ni salah, org tu tak betul, aku cuma tengok sejak lepas pilihanraya 8 March dulu, para "PEMIMPIN" ni lebih banyak fokus pada "perjuangan" parti dari perjuangan rakyat. Tak kisah la apa dia orang nak cakap, aku cuma nak cakap, aku pun pembayar cukai. Aku pun rakyat Malaysia, aku pun pegi mengundi, boleh check dengan SPR kalau tak percaya, kat kertas tu ada nombor siri, pegi la check.
Tak payah la PAS/DAP/PKR boikot Utusan, boikot media perdana, dan tak payah la BN boikot media alternatif, pokok pangkalnya, ada beza ke media kedua-dua aliran ni? Pernah ke media perdana kata PR betul, atau media alternatif kata BN betul? heh he... pi la baca sendiri.
Kalau aku boleh rasa macam ni tentu ada lagi "rakyat biasa", orang kecil, orang "kebanyakan" macam aku yang rasa dan fikir macam ni. PRU 13 nanti, kalau semua oarng biasa ni malas nak keluar mengundi macam mana? Kalau dari 7 juta lebih yang mengundi dalam PRU 12 ni, tingga 1,700 orang je yang pegi undi dalam PRU 13 amacam? Aku masih nak pegi mengundi, tapi kalau orang politik dok asyik cerita pasal parti dan pasal kuasa lebih dari pasal rakyat, perlu ke aku nak bersubahat nak bagi kuasa pada manusia2 jenis ni?
Hmmm... entah lah orang2 besar dan orang2 elit.... Korang buat la apa yang korang rasa betul. Undi sapa pun, aku kena bayar tol jugak, harga minya naik jugak, harga beras naik jugak, harga barang naik jugak, gaji macam tu jugak, mengeluh la macam mana pun, bil talipon korang rakyat yang bayar, rakyat bayar sendiri, orang besar masuk penjara, kena tahan, kena lokap, heboh satu dunia, orang kecik hilang, kena bunuh macam kat perlis tu, bising la sehari dua, lepas tu senyap la. Karpal kena ugut, semua orang bising, orang kecik kalau kena macam tu, korang kisah ke? Hehe... salah ke kalau aku kata korang ni boleh menang award kalau jadi pelakon? Tok guru berlakon dah jadi senator, boleh la belajar dari dia. Besar sungguh sumbangan dia pada negara, berbanding sumbangan tok-tok guru agama yang mengajar manusia mencari jalan keredhaan Allah.
Pada kawan2 yang baca blog aku ni, nampaknya kita macam tu la jugak. Kalau mengharap pada manusia, manusia pun tak pernah cukup. Jadi, berharaplah pada Allah, minta pada Allah dan teruslah berusaha. Kalau nak tau nasib kita, tengok la macam mana usaha kita, kerja kuat kita dan sejauh mana parcayanya kita pada potensi diri kita dan kekuatan ketahanan diri kita pada dugaan yang Allah turunkan pada kita........... Semoga Allah memelihara kita, insyaAllah. Pada yang Allah pinjamkan kuasa tu, ingatlah, semua yang Allah bagi, nak kena jawap diakhirat nanti.

Friday, May 16, 2008
Aziz & Dina accident...
Aziz & Dina - LRC 1 / LEC 1 / LN(L)
Yang berdua ni, 1st LRC couple, hari ni accident. Tak la teruk. Aziz ok je. Dina kena masuk wad emergency, sebab pinggang tak boleh nak gerak. Tu la.... lain kali naik kereta tu, pakai la tali pinggang keselamatan tu. Dah jadi macam ni sapa yang susah? Tak jadi boleh la cerita, dah jadi apa lagi nak cerita?
Lagi satu, lepas ni makan calcium banyak sikit. Dah la tulang tu dah repxx, tak nak jaga pulak tu... haaiiii yaaaaaa......
Take care friends....
Kesian sebab accident tu, sebab orang langgar dari belakang, tapi malas nak kesian sebab tak pakai tali pinggang keledar. Yang tu, sendiri tanggung.
Tuesday, May 06, 2008
Bila tekanan terlalu banyak - maka ia melantun.....
Masihkah Kerajaan ditakuti dan digeruni seperti dulu? Masih adakan rasa gerun pada PM, pak-pak menteri dan mak-mak menteri? Masih ada kah rasa "terlalu" seronok dapat bersalam dengan orang-orang politik ini?
Hmmm.. rasanya makin pudar, makin suram, makin kelam. Bila terlalu banyak tekanannya, maka yang ditekan terasa selesa dengan tekanan. Hasilnya, hilang takut, hilang hormat, hilang sabar.. ah.. ini pasti, hilang sabar, hahahaha....
Lihat saja blog-blog hari ini. Menghentam kerajaan, pemimpin kerajaan, hatta PM, TPM, Menteri, orang-orang besar, siapa saja. Semuanya dilakukan dengan terbuka. Macam ada pesta menghentam mereka yang dipinjamkan sekejap kuasa pada mereka.
Dakwa saja mereka, heret saja mereka, namun muka mereka tetap senyum, mereka kata, mereka akan lawan sampai menang. Yang tidak senyumnya, yang masamnya, yang cukanya, mereka yang sedang membilang hari dengan kuasa sekejap mereka itu.
Hari ini, RPK memilih penjara sebagai tempat istirehat, bukan dia tak punya RM 5,000, tapi dia punya sebab sendiri. Dia kepenjara dengan senyum. Tapi bagaimana pihak yang lagi satu yang "bebas" diluar sana? RPK mungkin terpenjara jasadnya, tapi bebas suara dan mindanya, samalah seperti Anwar sebelum ini. Tapi PM, TPM, Menteri, orang yang punya kuasa bagaimana? Apakah minda dan emosi mereka sebebas RPK?
Tunggulah nanti, pasti menarik bicara dibulan Oktober nanti, jika sesuatu tidak dilakukan. Atau, apa mungkin tuduhan ini gugur sebelum itu? Ia lah, ikut kata Anwar, tahta Putrajaya mungkin beralih warna dibulan sambutan penubuhan Malaysia nanti. Hari ini mantan MB Selangor juga mengingatkan UMNO tentang hal yang sama. Ku Li telah awal lagi bercerita yang sama, sejak berbicara panjang dalam kapal terbang sebelum ini dengan mantan TPM.
Dikala negara diseru berjimat, belum nampak orang yang terus memimpin atas mandat dacing membuat sesuatu, tapi PR bijak terus membeli jiwa rakyat. Ikhlasnya kita serah pada Tuhan, apa yang rakyat nampak, itu yang rakyat tahu. KM Pulau Pinag senang terbang dengan kelas ekonomi tanpa pengawal peribadi, MB Kedah tolak kerajaan bayar untuk buat pagar rumah, MB Selangor senang dengan kenderaan sendiri, MB Perak bibaca banyak bahasa, bukan ustaz tapi lancar khutbah Jumaatnya, tazkirahnya, MB Kelantan tak perlu cerita lagi. Ini segelintir cerita, banyak lagi boleh dibaca.
UMNO terus dengan perjuangan bangsa dan partinya, PR terus dengan semangan Malaysia dan membeli jiwa rakyat marhaennya, UMNO terus prejudis dengan orang lain, PR sedia ambil siapa saja untuk kepentingan rakyat. BN bercakaran sesama sendiri, PR boleh duduk semeja berbincang kerangka besar untuk negara dan penghuninya. PM sibuknya dengan hal UMNO, dengan hal BN, hingga kadang-kadang lupa dia PM untuk Malaysia, Anwar Ibrahim terus terbang seluruh dunia dipanggil sebagai pembicara utama, seolah dia yang jadi PM Malaysia, bukan Dollah Badawi yang berkuasa. PM makin layu, Anwar terus memacu 100 paling berpengaruh dalam majalah Time.
Memang PR bukan calang-calang parti politik. Ada saja ceritanya untuk rakyat setiap detik, bijaknya mengambil cerita apa saja, asalkan jiwa rakyat terus dijaga, terus dibeli. Bukankah itu kerja orang politik? Mau jumpa PM, TPM, Menteri dari BN, tidak semudah mau jumpa orang-orang besar PR. Exco Agama negeri selangor, ah... pergi saja Gombak setiap Jumaat. MB Perak dan EXCOnya? setiap selasa pegilah Ipoh. Yang lainnya juga begitu, amat kurang protokolnya. MB boleh datang surau, EXCO boleh baca khutbah, yang berlain agama boleh masuk rumah ibadah yang lainnya. Ahh... hebat mereka berpolitik. Rakyat bukan nak lihat apa dalam hati, tapi apa yang dibuat, sebab yang terserlah dalam tindakan dan air muka itu, biasanya datang dari hati.
Jika hal ini berterusan, mungkin BN boleh mula membilang hari, untuk mereka masuk dalam buku sejarah, sebagai "bekas" pemerintah Malaysia. Rakyat ramainya amat mudah dalam fikiran mereka. Aku dah undi kau, kau dah dapat kuasa, apa yang kau bawa untuk aku hidup selesa? Aku tak punya cukup ilmu macam kau, sebab tu aku pilih kau, aku tak nak dengar alasan, tapi aku nak tengok apa kau buat untuk aku dan tanah tumpah darah aku.

Subscribe to:
Comments (Atom)