Ini bukan peperangan macam USA lawan Iraq ataupun macam yang terjadi kat negara-negara Asia dan Eropah yang lain tu. Ini "perang" di internet. beberapa hari ni sempat jengok-jengok web site beberapa company MLM di Malaysia dan juga web site yang diujudkan sendiri oleh pengedar-pengedar beberapa company direct selling. Macam biasa la, kalau kita nak "jual" perniagaan kita, mesti la kena cerita yang baik dan yang "unggul" sahaja. Dari products, Marketing Plan, Company, Support System dan semua segi lah asalkan dapat membantu orang lain membuat keputusan terbaik untuk join syarikat pilihan mereka.
Tak kurang juga yang siap buat perbandingan antara syarikat. Demi untuk menunjukkan yang syarikat yang dia join tu lebih baik dari yang lain. Kalau setakat perbandingan ilmiah tu tak pe la, jangan sampai burukkan syarikat orang lain dah la. Kecualilah syarikat tu syarikat piramid yang dah tentu menipu orang lain.
Tapi, kalau nak ikut ilmu logik, yang penting diri sendiri. Kalau kita join syarikat yang terbaik diduniapun, tapi tak buat apa-apa, kita tak kemana juga dalam industri ni. Kalau nak tahu pure business, yang boleh tahan lama, yang boleh jadi kaya dengan usaha sendiri (dan pastinya dengan izin Allah), buatlah business Direct Selling ni, particularly dalam Multi Level Marketing.
Ikut statistik KPDN HEP pada Oktober 2005 ada 333 syarikat MLM, 155 Single Level, 37 Pesanan Pos dan 32 Single Level & Pesanan Pos. Ada 557 syarikat semuanya, pilihlah mana-mana satu dan fokus pada company tu. Nak lagi "seronok", pilihlah mana-mana satu syarikat dari 333 syarikat MLM.
Banyak sangat company, sampai 333, mana nak pilih? Lagi sekali ikut ilmu logik, MLM ni business sendiri dan kita buat business ni ikut pase kita sendiri. Jadi, pilihlah syarikat yang kita ada kebebasan untuk bina perniagaan sendiri, tak perlu maintenance, tak kisah nak beli banyak mana, nak jul banyak mana, tak kisah bila nak mula atau bila nak stop, tak kisah berapa ramai nak taja, berapa level nak taja dan paling penting, etika perniagaan ni sangat kuat untuk pastikan kepentingan semua pihak terjaga. Kalau kena ada maintenance bulanan, cuma boleh ada dua line, dapat bonus cuma untuk 10 level dan semua restriction, dah tak seronok buat business dah.
Mungkin ramai yang tak setuju dengan pandangan ni, tapi cuba kita tengok balik, ini kan ke free enterprise. Selagi kita tak rosakkan business orang lain, kita sepatutnya diberi kebebasan untuk untuk bina business ikut kita, bukan ikut orang lain. Kalau betul nak buat duit, jual la banyak-banyak, taja lebih ramai frontline dan down the line. Upline tu cuma beri peluang, bukan majikan kita. Kalau dia tu dah berjaya dan kita nak berjaya juga macam dia, ikut la upline. Pilihan ditangan kita. Lagi satu, walau macam mana pun kita tak suka pada upline, dia yang bagi peluang ni pada kita, jadi sentiasa hormati upline. Kalau dia betul, ikut dia. Kalau dia tak betul, hormati dia dan jangan sesekali burukkan nama dia pada orang lain. Upline ni macam ibu bapa kita la. Kalau kita tahu macam mana nak hormat ibu bapa, macam tu la kita hormat upline. Dalam sembahyang tu, jangan lupa doakan untuk upline, insyaAllah, berkat business kita.
Lagi satu, company compensation tu diberi dalam bentuk wang tunai. Melancung tu cuma insentif, bukan satu dari marketing plan. Boleh lah kalau company nak bagi kereta dan rumah, tapi bukan semua orang nak kan rumah dan kereta yang company bagi tu. Kan ke lebih senang kalau cuma bagi duit dan kita pilih sendiri rumah dan kereta yang kita nak.
Banyak company tak dapat tahan lebih dari 5 tahun. Jadi, pilihlah company yang dah ada kat negara ni lebih dari 5 tahun atau lebih baik kalau dah lebih 10 tahun dan masih terus berkembang maju dan kalau listed tu, tengok-tengok la jugak berapa harga saham dan dividend yang dia bayar.
Tengok jugak product yang dia jual. Memang ramai yang kata, banyak company yang mula dengan satu product sekarang dah jadi billion dollar company. Itu dulu, tahun 40an dan 50an. Sekarang ni dah tahun 2006, buat apa-apa susah-susah pilih company yang belum tentu macam tu. Kan ke elok letak segala usaha dan tenaga kita untuk pilih company yang dah kukuh? Cari company yang ada product yang semua orang guna. Jadi, kalau tak de pelanggan pun, kita masih boleh gunakan product yang company ni ada. Kalau tak de downline dan kita nak buat duit, kita ada banyak pilihan barangan untuk dijual. Kan ke itu semua pilihan kita? Cari company yang jual product dari hujung rambut sampai hujung kaki, untuk cantik dan sihat, untuk rumah dan luar rumah. Whole range of daily used products.
Ikut WFDSA, pada tahun 2004 nilai volume Direct Selling di Malaysia USD1.4billion atau pun RM5.32 billion. Ini satu jumlah yang besar. Carilah syarikat yang dominant direct selling kat Malaysia ni. Rasanya tak sampai 10 yang besar kat Malaysia ni. Pilih satu dan fokus. Buat ikut etika dan jangan burukkan syarikat orang lain.
Setakat ni ramai yang datang approach untuk join pelbagai jenis direct selling kat Malaysia ni. Tapi yang sedihnya, tak ramai yang datang betul-betul prepare untuk bagi fakta yang betul. Ramai yang cuma excited tapi ilmu tak cukup. Bila nak cover segala data yang dia sendiri tak sure, mula la mereka cipta fakta sendiri. Ini satu penyakit yang amat bahaya dalam industri ni. Jadilah peniaga yang jujur. Kalau tak tahu, cakap je la tak tahu, apa yang susahnya? Balik, dapatkan fakta dan bagi tahu la lepas tu. Tak pun, apa salahnya telefon upline dan dapatkan informasi yang betul, handphone kan ada? Sebab, bila kita tipu prospek dan mereka dapat dapat tahu kita tak jujur, sampai bila-bila mereka tak percaya pada kita dan lebih teruk industri ni yang dapat nama busuk. Biar lah hilang prospek yang sorang tu tapi jangan hilang integrity diri kita. Memang la kita nak buat duit, tapi MLM ni untuk jangka masa panjang, dari generasi ke generasi.
Akhir sekali, orang boleh kata apa sahaja, pakar boleh tulis dan buat apa sahaja kajian, pokok pangkalnya diri kita. Buatlah pilihan yang tepat. Cari company yang sesuai dengan kita dan cari organisasi upline yang boleh kerja sama-sama. Bila kita join mana-mana organisasi, jangan hanya cari yang boleh tolong kita, cari juga yang kita boleh contribute dan kembangkan potensi diri kita.
Ini semua pilihan kita sendiri. Selamat berjaya. Kalau ada yang nak tukar-tukar fikiran, boleh la gunakan email kat bawah ni. Apa sahaja topik, yang termampu di ulas bersama.
najnina2003@yahoo.com.sg