Bermula dengan Malam Tautan Kasih MRSM Taiping 82 hingga 86, sambung ke teh tarik hingga 2 pagi. Semalam, group ex-MRSM T 83-87 diujudkan dalam FB. Tak sampai 24 jam, ahlinya telah mencecah 93 orang. Komennya, ratusan. Kisahnya, pelbagai.
Ada kalanya, Tuhan menurunkan kepayahan dan kerunsingan, hanya kerana Dia punya perancangan yang jauh lebih besar untuk hambanya. Alhamdulillah, Terima Kasih Allah, kerana memberi aku kesempatan untuk bersama hamba-hamba Mu yang hebat itu. Maha Agung Tuhan ku, aku mendapat kesempatan berkenalan serta bersahabat dengan mereka ini.
Tuesday, November 30, 2010
Wednesday, November 03, 2010
Mencapai Impian
Ramai manusia mempunya impian, matlamat hidup, sesuatu yang mereka inginkan sebelum mereka mati. Manusia boleh bercerita pelbagai perkara atas apa yang mereka inginkan. Sebabnya, cakap tu tak perlu bayar, percuma, murah. Hanya perlu bercakap, itu sahaja. Di kedai kopi, manusia boleh bercakap soal dunia, soal negara. mengubah nasib masa depan, pelbagai perkara.
Namun begitu, sangat sedikit manusia yang benar-benar dapat apa yang mereka inginkan, selebihnya mereka sekadar membina mahligai didalam impian mereka mereka.
Perkara penting yang membezakan antara dapat atau tidak apa yang diinginkan adalah kemampuan untuk mengambil sepenih tanggunjawab atas apa yang diinginkan. Mengambil 100% tanggung jawab dan mengawal sepenuhnya kehidupan dan masa depan sendiri, bukan atas orang lain dan tidak sekali-kali menunding jari kepada sesiapa sahaja, termsuk diri sendiri jika belum mendapat apa yang diinginkan.
Seterusnya, tetapkan dan pastikan apa yang diinginkan. Ramai manusia suka berkata mereka inginkan semuanya, dan inginkan apa sahaja, tanpa menjelaskan apa sebenarnya yang mereka inginkan. Cakap itu mudah, dan murah, tapi bercakap tanpa tahu hujung pangkal hanya membuang masa. Ramai yang inginkan duit yang banyak untuk membeli apa yang mereka inginkan, tapi tidak tahu apa yang ingin dibeli. Bila tidak tahu apa yang ingin dibeli, kemahuan untuk duit yang banyak tidak cukup kuat.
2 perkara ini, penting untuk bermula. Jika tak sanggup bertanggungjawab atas apa yang diinginkan, serta tidak tahu dengan jelas apa yang diinginkan, langkah seterusnya hanya seperti membaca buku cerita.
Pastikan dulu 2 perkara diatas.

Tuesday, July 27, 2010
My Dreams - one of it
I'm a dreamer, not day dreamer, but I always have dreams, some big dreams, some small dreams, and mostly wild imaginative sensations dream, ha ha ha.... Well, its my dreams anyway, not anybodyelse.
One of my dreams is to have property oversea and to stay oversea with my family. Not to work there, not to migrate there, not because I hate my lovely country, but its another life experience that I really want to have it, to experience it and to move from it. To know people in another part of the world, to experience their life, to love the culture, to acknowledge and appreciate the differences, to be with the life of another human beings and to see the actual and real journey, which currently show on TV, movie and books.
Looking at TV show on Malaysian make their life oversea, always excite me, not because they already make it, but go deeper on the journey they took, to make it happen. Nothing easy, but nothing impossible. Look at people who were putting their life at "no choice and no turning back" need to continue, to face, to handle and to do what ever it takes to make it happen. To appreciate their never die and never give up attitude.
Most of this people are people like you and me, who have dreams, who work for it, who go for it and most important, who make it happen. Get out from comfort and illusion of comfort, and keep moving, down and up again, and they make it, and they never stop and they keep moving and climbing.
I belief, very soon, I be one of them :)
Monday, July 19, 2010
Saturday, July 17, 2010
Lelaki - mulutnya dihati
Kata ustaz, lelaki mulutnya dihati, wanita hatinya dimulut. Lelaki akalnya 9, malunya 1. Wanita nafsunya 9, malunya juga 9. Lantaran bila lelaki meletakkan hatinya dimulut, maka hilanglah warasnya bila berbicara. Bila nafsunya yang satu juga dijadikan 9, maka dia terus berkata-kata, hingga kadangnya, hilang waras, terus bicara lantas cerita menjadi fitnah dan ditabur merata-rata.
Manusia jenis ini banyak didunia ini. Mereka lupa untuk menjadi waras, maka mulut terus berbaur cerita duka dan celaka, tak tahu mana noktahnya, bersangka buruk atas segalanya, hingga kisah orang lain disangka kisah mereka, menembak tak tentu hala, maka jadilah mereka golongan pembohong, pemfitnah dan munafik yang tak sedar mereka sedang menuju jalan terlaknat.
Apabila golongan munafik datang kepada kamu, maka berhati-hatilah dan periksalah segala kata-katanya. Itu pesan ribuan tahun dulu, relevannya hingga akhir dunia hayat dunia ini. Manusia jenis laknat ini, tidak sedar dia termasuk golongan munafik, sebab munafik itu gaya hidupnya. Niatnya untuk menjadi hero, niatnya untuk membela dan niatnya unutk sentiasa nampak baik, akhirnya memerangkapnya dengan mainan syaitan dan tipu daya iblis, maka akhirnya jadilah dia hamba syaitan tanpa sedar. Dan bila sedar, dia tak mahu kembali kepada yang benar, kerana kotor hatinya gagal diputihkan lagi.
Bila lelaki hatinya dimulut, maka dia zalim pada dirinya, maka laknatlah menantinya. Rasa boleh menang dengan cara itu? Tuhan saja yang maha tahu.

Monday, June 28, 2010
Hargailah mereka semasa masih ada....
Keluarga, walau apapun kisah dan perjalanan hidupnya, tetap manusia paling penting dalam hidup. Biarpun berjuta manusia disekeliling, keluarga tetap ada tempat penting dalam hidup, dalam hati, dalam jiwa dan dalam doa.
Hargailah mereka, sayangi mereka, doakkan mereka, dan ziarah mereka semasa mereka masih bersama.
Suatu masa nanti, bila mereka telah tiada, teruskan mendoakan kesejahteraan mereka.
Wednesday, June 23, 2010
Bila ruang sempit ini turut di terjah.....
Kata orang, blog adalah ruang peribadi, untuk catatan peribadi, untuk melerai kekusutan hati supaya tidak terlekat terlalu lama, bila tiada yang boleh mendengar secara dengar dan dengar, maka ruang sempait blog inilah tempat untuk meluahkan, apa jua untuk diluahkan.
Orang lain, hak mereka untuk membaca, atas sifat blog ini terbuka. Hak membaca, bukan hak untuk memanjangkan, lebih lagi jika mereka tak tahu hujung pangkal. Bila tertulis sakitnya lebih, apa mereka faham sakit apa? Atau mereka hanya fikir sakit fizikal, atau sakit emosi? Apakah itu sahaja sakit didunia ini?
Bila tulisan itu untuk orang lain, kenapa perlu mereka panjangkan pada orang lain yang tidak ada kena mengena dengan subjeknya?
Namun begitu, walau blog ini sifatnya peribadi, ada juga pelacur dan jalang, yang hatinya lebih hitam dari hitamnya arang batu, yang sifatnya lebih dajjal dari dajjal, yang lebih haram jadah dari yang haramnya, yang suka sangat memanjangkan apa yang tidak pasti dan tidak tahu. Menyalin tanpa izin, menghantar tanpa tahu diawalnya, lantas niatnya untuk membina lebih banyak kekeliruan, seolahnya, dalam dunia ini hanya sekitar 3 orang penghuninya, maka segala tulisan ini hanya sekitar 3 orang dan tidak ada lebihnya.
Bila agaknya manusia yang hati tidak manusia tapi seperti haram jadah bangkai bernyawa ini ingin belajar? Nampaknya seperti orang baik-baik, mulia hatinya ambil tahu semua pasl dunia ini, ingin menjadi hero membela yang lemah dan tertindas, namun jauh disudut hati, mahu setiap orang hanya ikut telunjuknya, dan tidak mahu orang lain berbaik dengan yang lain.
Bukankah ini sifat syaitan? Atau sifat yahudi laknat, atau juga sifat jalang-jalang lacuran masyarakat yang hinanya lebih dari pelacur yang menjual tubuh. Setidaknya, pelacur itu bebrbuat begitu kerana tiada pilihan, dan mereka yang masih punya iman, akhirnya kembali kepangkal jalan, atau juga hidayah dalam perjalanan.
Namun, pelacur haram jadah jenis "copy paste" ini, hati busuknya tidak ada tandingan, celakanya lebih hebat dari serangan yahudi pada kapal bantuan kemanusiaan untuk Gaza, sifatnya lebih celaka dari Abdullah bin Ubai, manusia yang solatnya hanya fizikal dibelakang NAbi, dan menikam juga sebegitu.
Lantas pada manusia jenis haram jadah ini, buat lah pilihan sekarang, sama ada untuk hidup dalam dunia sendiri dan jangan ganggu ruang sempit milik peribadi orang lain, atau pergi mampus dan pergi berambus dari hidup orang lain. Apa tidak cukup dengan orang sekeliling untuk dijaga, maka kisah orang lain yang sendiri tak tahu hujung pangkal juga ingin dijaja?
ha ha ha..... manusia munafik, kau cuma kenal angka satu, dua pun belum tentu, maka jangan diduga angka seterusnya. Takut nanti, yang dikejar larinya makin jauh, yang dikendung, jatuhnya bertabur tak terkutip !
Balik pada hukum Pembuat Hukum, sebelum hukum itu menghukum!

Thursday, June 17, 2010
Bila manusia bercerita soal memahami......
Semenjak beberapa ketika, beberapa bulan dan mungkin tahun, ada yang sibuk bercerita soal memahami, soal sokongan dan soal hati serta perasaan orang lain. Bercerita soal kasih sayang tanpa syarat, memberi tanpa mengharap balasan, pemberian ikhlas dan soal ambil tahu dan ambil kisah tentang orang lain.
Ini semua adalah kata-kata manis yang mudah terucap, sebab kita mahukan orang lain melakukan tanpa kita melakukan apa-apa. Kita mudah menyalahkan orang lain atas gangguan yang berlaka pada orang yang kita ambil berat, sedangkan kita tak pernah tengokpun apa yang telah kita lakukan hinggakan perkara itu berlaku. Ambil tahu, ambil berat tanpa melakukan apa-apa? Mungkin alasannya, setidak-tidaknya saya ambil tahu dan ambil berat, lantas saya mau dia hidup seperti ini dan seperti itu dan ini caranya awak perlu memahami dan melayani dirinya.....
wah!! begitu mudah manusia berbicara, kerana berbicara itu percuma, tanpa perlu melakukan apa-apa. Jika ada yang tidak kena, mudah saja - apa dah jadi ni? kenapa makin teruk ni? kenapa tidak berjumpa saja dia? kenapa tidak diubati sakitnya? kenapa itu dan kenapa ini?
Soalnya, apa mereka tahu sepenuhnya apa yang berlaku? Apa mereka tahu kisah dari mulanya hingga akhirnya terjadi begitu? dan paling penting, apakah yang mereka tahu itu mereka lantas lakukan sesuatu yang "konkrit" maka akhirnya nanti perkara ini tidak akan berlaku lagi?
Banyak soalan yang tidak berjawap. Banyak perkara yang tidak terungkai. Terlalu banyak yang perlukan kepastian, sebelum jari itu boleh ditunding pada orang lain. Bukan terlalu sukar untuk melihat sepenuhnya kisah seperti ini, yang berlaku saban hari dan waktu, pada yang jauh dan dekat, jika mahu melihat bukan saja dengan mata kepala, tapi juga dengan mata hati.
Manusia bila didesak terlalu hebat, ada banyak kemungkinan boleh berlaku. Dan dalam banyak kemungkinan ini, ada yang baik, ada yang sebaliknya. Jadinya, bila kita mahu yang baik pada diri kita dan baik pada diri orang yang kita ambil peduli, kita juga perlu pastikan baik juga pada orang lain, terutamanya pada orang yang kita rasa kita kenal tapi belum cukup kenal.
Dalam kita memahami dan menyelami hati dan perasaan orang yang kita ambil peduli, jenguk juga kisah perjalanan hidup orang lain yang kita mungkin rasa kita kenal, tapi kita tidak ambil peduli. Dalam kita mahu orang lain buat itu dan ini, ambil peduli juga pada apa yang kita buat itu dan ini, atau mungkin juga pada apa yang kita tak buat itu dan ini.
Dalam kita melihat pada orang yang kita ambil peduli, dan mula menyalahkan orang yang kita tak ambil peduli, kena juga tengok dalam-dalam, kenalkah aku dengan orang ini? Bertanyakah kita, kenapa dia begini? Soalkan kita, siapa kah dia ini?
Terlalu banyak bercakap, kadang-kadang kita terlupa mendengar - dengar dengan telinga, mata, dan paling penting, dengan jiwa dan dengan hati.
Kalau detik aku terhenti disini, aku telah menyatakan apa yang aku ingin nyatakan kepada dunia ini. Aku telah tinggalkan apa yang aku tinggalkan pada dunia ini. Dalam manusia sibuk mencari apa yang aku tiada, mereka terlupa melihat, apa yang aku ada dan apa yang aku ada mungkin lebih menyakitkan dari sakit yang mereka tanggung :). Wallahuakhlam.....
Ya Allah, aku mohon diringankan apa yang berat yang aku tanggung, dan dipermudahkan apa yang sukar dalam perjalanan ini. Aku mohon dipermudahkan segala urusan mereka dan diringankan segala bebanan mereka dan dicantikkan perjalanan hidup mereka. Aku mohon supaya dikurniakan kebijak sanaan kepada mereka dan kewarasan kepada mereka.... Amin.....

Wednesday, June 09, 2010
Bila sampah mula berharga....
Dulu-dulu, sampah cuma untuk dibakar, dan di buang. Tak de faedahnya pada manusia. Sampah masuk tong sampah, buang di tempat pembuangan sampah dan semua tu akan dibakar, atau ditanam. Sebab tu juga, bila ada manusia yang masyarakat rasakan dia tak berguna, maka dia akan di panggil sampah masyarakat.
Sekarang ni, sampah dah mula ada harga. Kadang-kadang, harga sampah sangat mahal dan boleh mendatangkan keuntungan yang sangat besar. Sampah boleh di tukar kepada tenaga, atau setidak-tidaknya, dijual untuk barang-barang kitar semula. Sampah telah mempunyai harga yang tinggi!
Dan mungkin sebab itu, manusia sekarang ini suka menjadi sampah, sebab mereka fikir mereka ada harga yang tinggi. Tapi, apakah mereka ini jenis sampah yang boleh dikitar semula, atau sampah yang hanya boleh dibakar untuk memberi tenaga kepada orang lain?
ha ha ha... biar lah mereka dengan hidup dan angan-angan mereka!

Wednesday, June 02, 2010
bila manusia dah jadi tak tentu hala.....
Pernah berhadapan dengan manusia gila bayang? Manusia jenis termasuk dalam kategori manusia tak tentu hala, ha ha ha... Setiap hari dan setiap waktu, topik perbualannya hanya menjurus kepada satu topik saja. Kalau satu hari tak bercakap pasal topik tu, pasal orang tu, mau betul2 jadi gila agaknya dia ni.
Mamat sorang ni, kalau satu hari dia tak cerita topik yang sama, dia mungkin sasau, sewel, gila, atau mungkin jugak nak kena rejam kepala dalam lubang toilet. Tu la tahap kegabanan gila bayang mamat sasau ni. Kesiannnnnn kat dia, nak buat macam mana, dia sesorang je gila bayang. Bayang yang dia gila tu, tak pulak gila kat dia. ish ish ish.... kritikal tahap kronik gaban mamat ni.
Tu la, lain kali, fikir dulu sebelum buat apa-apa keputusan. Ni buat ikut nafsu, ikut nasihat pensasau macam dia jugak, bukan nak ikut nasihat ustaz2. Dah tu, terpaksa la cari orang yang mendengar cerita2 sasau dan sewel serta gaban tahap cipan tu. Bila orang malas nak layan, dia pulak jadi tak keruan. Jangan lepas ni pi mandi bunga dalam kolam ikan haruan dah la. Nanti dengan dia2 sekali masuk lubang ikan, kan susah.
Cukup2 la tu. Sekali mungkin orang nak jugak dengar. Tapi kalau hari2 macam tu, orang pun naik menyampah. Bila dah menyampah, maka kena la "sumpah". Nasib baik kau tak cerita dengan mamat sesumpah tu, kalau tak, mungkin dah jadi batu kot mamat sewel ni.
Ada lagi sorang ni, lebih kurang sama jugak. Mula2 cerita macam hero, maki sana sini, salah sana sini, tapi macam anjing menyalak bukit lah. Macam orang nak toreh getah, nak cari susu getah, tapi pi menoreh pokok kelapa. Getah apa nak dapat? Lu sewel ke sasau mamat?
Aiii yaaaa... ini macam punya olang pun ada meh?

Thursday, May 13, 2010
Yesterday, 14 Years ago....
It was a pretty bumpy,ups and downs, wonderful, sweet and sour 14 years. And I bless with the people I have around me, from my parents, wife, kids, brothers and sister, in laws, family, friends etc etc...
Looking forward for many more years to come, the next generations, and of course, next life.

Thursday, May 06, 2010
Kata orang dan kata-kata orang....
"A Good man can be stupid and still be good. But a Bad man must have brains" - Maxim Gorky.
"The only thing that ever consoles man for the stupid things he does is the praise he always gives himself for doing them" - Oscar Wilde.
Kadang-kadang manusia ni rasa dia terlebih pandai, "dont ever you under estimate me", "they dont know they are dealing with who" bla bla bla.... :) selalu dengar orang-orang macam ni bersuara? ha ha ha....
Manusia akan sentiasa nak tunjuk dia lebih pandai, lebih tahu, lebih "superior" semuanya lebih, lebih baik, berbeza... dan akhirnya yang ditonjolkan hanyalah kebodohan (dengan izin, ha ha ha...) dan kekurangan yang makin terserlah.
Apa salahnya diam jika tak tahu dan tak perlu nak bagi tahu satu dunia apa yang dia tahu. Bila orang diam, kita tak tahu dia pandai atau bodoh, bila mula bersuara, maka terserlahlah kebangangan yang amat nyata.
Tapi, itu lah hebatnya makhluk yang bernama manusia, sebab manusia akan melakukan kesilapan. Yang hebat belajar dari kesilapan, lebih hebat jika dapat membantu orang lain belajar dari kesilapan mereka (mungkin?), dan yang selalu ternampak, buat silap tapi tak mengaku silap dan tak mahu belajar dari kesilapan :). Lantak pi lahh....

Monday, April 26, 2010
Kadang-kadang, diam itu lebih baik....
Seorang ninja, bila berhadapan dengan cabaran yang bukan fizikal, bila melihat dia tidak boleh menang bukan kerana kepakarannya dalam seni mempertahankan diri, ada kalanya dia perlu berundur, bukan sebab dia kalah, tapi untuk menenangkan dirinya, supaya bila dia bertarung, bukan kerana emosinya, tapi kerana mencari kemenangan yang sebenar. Berundur bukan tewas, tapi ada kalanya berundur itu lebih baik, dari terus mara, menang dengan emosi, tapi tewas kepada diri sendiri.
Kebelakangan ini, pelbagai serangan menimpa. Dari macam-macam jenis manusia, yang ingin menang dalam pertarungan mereka. Manusia yang jenis tak tahu hujung pangkal, tapi ingin tunjuk mereka tahu semua. Biarlah, jika mereka nak menang, ambiklah, menanglah. Nak bergaduh pun tak guna, sebab bukan semua mereka otaknya letak dikepala.
Nak berdebat lagi tak guna, tak ada langsung nilai debat dalam "perdebatan" mereka. Gunakan emosi, forward message yang tak ada kena mengena, buat orang lain salah faham, itu sahaja yang mereka tahu dan itu sahaja yang mereka mampu. Kemudian, mulalah buat cerita sedih, buat rumusan yang langsung tak ada kena mengena.
Mereka ingin sangat nak jadi betul atas apa yang mereka fikirkan betul. Tak mengapa, itu semua perkara biasa. Dah takdirnya mereka begitu, nak buat macam mana. Nak jumpa, nampaknya telur mereka belum cukup kuat, ha ha ha..... Mereka hanya boleh jadi hero dialam maya, nak buat macam mana :).
Akhirnya, lebih baik diam, jual sabun lagi baik. Sekurang-kurangnya, ada jugak yang dapat faedah dari sabun mahal ni.

Monday, April 12, 2010
bila tiba waktu itu.........
Bila sampai masa tu, tiba-tiba hati terdetik, dan tersentuh. Boleh saja tersenyum sendiri, atau termenung sendiri. Boleh saja terasa sendiri, atau terfikir sendiri.
Hebat sekali, bila tiba-tiba rasa seperti itu terpaut dihati dan tersentuh diminda. Inilah namanya kehidupan, tidak ada formula untuk apa sahaja, tapi bukan tidak ada formula untuk apa jua.
Yang penting apa nili yang boleh diperolehi, bukan sekadar nilai yang boleh diberi, tapi juga yang boleh disumbangkan.
Biarlah mereka tak faham, sebab mereka ada hidup mereka, manusia dengan hidup masing-masing. Berasa pandai belum tentu pandai, berasa cukup, belum tentu cukup, tapi kalau memilih untuk telah ada dan telah cukup, maka tiada apa lagi yang boleh masuk.
Selamat malam & selamat berjaya :)

Tuesday, March 23, 2010
Badut badut sarkis .........
Perhimpunan badut-badut sarkis telah bermula! Mereka lebih banyak bercakap soal mereka dari soal orang lain yang memilih dan membayar gaji mereka. Semoga mereka mendapat balasan setimpal atas apa yang mereka lakukan (dan tidak lakukan).
Satu lagi badut, yang setiap hari memainkan lawak bodoh yang sama, naik jelik dan nak termuntah dengan badut sekor ni. Dah macam tak de benda lain nak cakap. Dan otak dia hanya ada satu topik nak cakap. Dari pagi hingga petang, mungkin juga dalam jaga dan tidurnya, dan mungkin juga masa bersama isterinya, dalam kepala otak hingga kepala lututnya, hanya ada satu topik. Mungkin sebab itu ada baiknya juga dia belum punya anak, jika tidak mungkin wajah anak itu juga diplastic surgerykan supaya menyerupai watak mimpinya itu.
Tak salah nak cakap pasal sesiapa, atyau pasal apa jua topik, tapi agak-agak la. Bila jawapannya entah, maka entah la jawapannya. Nak kata muda, dah tua, nak kata tak pandai fikir, dah bekeluarga, nak kata mentah, belum kahwin yang sah, dah pandai kahwin yang haram. Jadinya, apakah semua ini yang membuatkan otak terus bebal dan tak mampu nak fikir seperti orang dewasa? Hanya sedikit saja perlu fikir, bukan perlu jadi pakar atau ilmuan, hanya perlu jadi manusia biasa yang boleh fikir seperti orang biasa, itu saja.
Tapi kalau terus nak jadi badut, jadilah. Itu kan pilihan sendiri.

Monday, January 11, 2010
2010 - what's new?
hmmm its already 2010. last update was about 3 months ago! this is what fb had done to others web, ha ha ha.... anyway, nothing new to update. almost all in fb.
But today, I fell like walking on air!! :-). Janice just ended staffing basic today. Look at this lady! fantastic! Looking at her on Wednesday of her basic, then the whole week, then advanced, then 3 months in LP. WOW! I proud of this woman!
She create her own result. She create from nothing and she keep giving and keep moving. Whats more can I ask? hmmm.... next question, not just what's next, but who's next? Qill start last month, both basic and advanced, now Janice and who's next? Its exciting!

Subscribe to:
Comments (Atom)