Baru-baru ni heboh pasal siatan pasal keatas seorang 'pakar motivasi" yang dikatakan menghina agama lain. Macam biasa, pihak yang disiasat ni, yang dipanggil "master" menafikan. Katanya, ini soal business, ada orang nak kacau business dia. Macam-macam la orang kata. Yang suka mestilah sokong. Yang tak suka, mestilah tentang. Lantak kau la.
Tapi, mastery tu apa? Entah la. Kalau ikut buku, mastery ni ada step to mastery atau key to mastery dan ada "mastery". Yang penting, mana-mana buku pun cakap, 1st, being present. Nak master anything, kena hidup dalam masa ini, masa sekarang, bukan tadi, bukan kejap lagi. Itu yang paling utama dalam mastery. Fikiran kita fikir sekarang dan tindakan kita juga sekarang. Yang dah lepas tu, sebagai panduan je, dan masa depan tu, matlamat je. Yang penting, apa kita buat sekarang.
Mastery ni kena practice. Tak boleh main teori je. Bukan sangat apa yang kita dah dapat atau apa ita akan dapat. Tapi kita kena practice setiap masa. Orang yang hebat dalam bidang dia, apa sajalah, sebab dia practice lebih dari orang lain. "lagenda" dalam bidang masing-masing, sukan, falsafah, profession apa saja, sebab dia practice lebihdari orang lain. tengok la ahli sukan yang terbaik didunia, yang lebihnya dia dari orang lain sebab dia practice lebih dari yang lain. Pakar dalam apa bidng pun, sebab dia practice lebih dari yang lain.
Mastery nak kena ada cikgu, bukan guru. Cikgu ni boleh jadi siapa saja atau apa saja. Tapi paling elok kena ada cikgu yang kita oleh berkomunikasi. Kena ada cikgu yang boleh tegur kesilapan kita. Walau macam mana handal pun ahli sukan terbaik dunia, pakar, atau apa saja, dia tetap ada cikgu. Cikgu dia pulak manusia. Setakat baca buku, tengok VCD, dengar CD, tak cukup. Sebab yang tu satu hala. Kena dua hala. Ada blank spot yang kita tak nampak. Kena la ada orang lain yang kena bagi tau kita blank spot tu. Kalau nak pilih cikgu, tengok la anak murid dia. Cikgu yang baik, bila anak murid dia hebat. Kalau cikgu tu asyik cakap je, anak murid tak jadi apa, hormat dia, tapi tak perlu ikut dia. Kalau silap pilih cikgu yang syok sendiri, alamat tak kemana la kita nanti.
Kena "serah diri" kita pada cikgu kita. Jangan silap faham pulak. Ramai orang "serah diri" pada "cikgu" sekarang ni. Sampai benda yang bukan-bukan pun depa bagi. Tubuh badan pun depa bagi. Ni bangang namanya. Tu bukan mastery, tu *******. Serah diri ni, kita ikut apa yang cikgu tu cakap, tak payah bantah, tak payah lawan. Kalau ada yang kita rasa tak sesuai, bermuzakarah. Bukan ikut membabi buta. Tu sebab kena pilih cikgu yang betul. Tengok dulu anak murid dia macam mana, lepas tu kita ikut la dia. Kalau pilih cikgu yang sembahyang pun seminggu sekali, kalau tak pun setahun sekali, boleh ka dia nak bawa kita "kejalan yang benar"? Kalau cikgu syok sendiri, lebih baik angkat kaki. Kalau cikgu asyik cakap, tapi dia sendiri tak buat, lebih baik angkat kaki. Tapi jangan silap faham, sebab kadang-kadang, bila bab practis, cikgu tak semestinya lebih baik dari anak murid. Yang paing penting, cikgu ni boleh melahirkn anak murid yang hebat. Tu la cikgu yang kita nak pilih. Kalau cikgu ni asyik "bunuh" anak murid, tak kisah la semangat ka, masa depan ka, labih baik angkat kaki cepat-cepat.
Apa yang kita hendak tu sangat penting. Kita nak master dalam bidang tu sebab apa? Clear dulu apa tujuan kita. Jangan sebab ikut-ikut. Ramai yang nak master dalam sesuatu bidang tu, sebab ikut-ikut. Dia jarang tanya diri sendiri apa yang dia nak. Kesian jugak orang macam ni. Bila dah jadi macam ni, bila something happen, mula la dia give up. Mastery mana boleh senang-senang give up. kalau kita rasa kita betul-betul nak benda tu, intention very clear, baru la kita boleh buat. Ni bukan soal benda ni senang atau susah, excited atau tidak, boleh buat atau tidak. Ni soal kita clear atau tidak apa yang kita nak sebenarnya. Dah tu, kita kena bertanggung jawab atas segalanya. Tak boleh nak salah kan sesiapa. Hidup kita ni tanggung jawap kita. Masa depan kita tanggung jawap kita. Tak payah la nak salah kan orang lain. sebab tu juga, pilihan yang kita buat tu sangat penting.
Apa prinsip hidup kita? Mastery ni kena hidup ikut prinsip. tak boleh jadi lalang. Sebab tu dalam banyak hal, susah jugak nak jadi "master" ni. Banyak dugaan. Bukan senang. Tapi itu la nikmatnya. Bila kita hidup atas dasar prinsip kita, so, boleh la kita mulakan perjalanan kita untuk master bidang yang kita suka, yang kita pilih, yang kita ada passion.
mastery ni bukan destinasi, tapi satu perjalanan yang tidak ada hujungnya. Teangok saja orang-orang yang "hebat" dalam dunia ni, dalam bidang mereka. Mereka tak ada istilah "bersara". Bila penat mereka rehat, lepas tu sambung semula. Ahli sukan yang hebat, yang buat kan dia "enjoy' bukan bila dah menang, tapi sepanjang perjalanan dalam "pertandingan" dia. Final result not really important. Yang penting, yang seronok, yang nikmat, perjalanan tu. Untuk pemian bola misalnya, bukan jaringan yang seronok, tapi larian untuk buat jaringan tu yang seronoknya. Untuk pemain bola keranjang, pun, bukan jaringan yang seronoknya. Bila dah buat jaringan, habis la. Yang seronoknya sewaktu badan melayang nak buat jariangan tu. Bila dah buat jaringan, enjoy, celebrate untuk 2 second, lepas tu back to present moment. Lari lagi, melayang lagi, jaring lagi. Itu la mastery, sebahagiannya la.
Ramai yang belum master lagi, sebab m,asih hidup dalam masa lampau. Masih merayaka kemenangan semalam. Masih menangisi kekalahan semalam. Masih seronok dengan impian baru, atau takut dengan masa depan. satu-satunya masa yang kita ada, adalah sekarang. Bukan tadi, bukan kejap lagi. Macam mana nak master kalau tak boleh hidup, "bernafas", take action untuk masa sekarang?
Macam mana nak master kalau tak boleh cakap aku ni tak de apa-apa, aku ni "nothing"? Macam mana nak master kalau tak boleh terima apa saja result yang kita ada dan keep moving. Apa yang kita dapat, ok, iu yang kita dapat. Dah la tu, move on, create another result. Yang dah lepas, dah, tak boleh ubanh lagi dah. Keep moving. Macam mana nak master kalau tak de komitmen nak berubah, komitmen nak buat benda bau yang boleh perbaiki diri sendiri?
Sebab tu nak master ni, tujuan kena jelas, kena ada cikgu yang boleh tolong kita maju, kena practice, kena dengar cakap cikgu, kena komited, kena ada prinsip hidup. Bukan senang, tapi nikmatnya hanya kita yang tahu. Kalau sekadar pandai cakap, lebih baik duduk rumah je la. Tak pun setiap hari pergi kerja, balik kerja. Terima je la apa yang orang nak bagi kat kita.
Cumanya dalam hidup ni, "KALAU KITA TAK ADA AGENDA SENDIRI, KITA AKAN JATUH DALAM AGENDA ORANG LAIN".