Friday, March 27, 2009

Kenapa sibuk sangat nak cari duit? :-)


Ada yang bertanya, kenapa asyik sibuk dengan duit? Dengan business? Kejar dunia, hingga tak de masa nak cari akhirat? Tak de masa nak pegi surau, nak pegi masjid. Tak de masa nak kenal jiran-jiran. Sibuk hal dunia, hal benda, hal duit, hingga tak de masa nak ambik tahu soal hati dan perasaan orang lain.

Ahh... berat tuduhan tu. Tapi, tak mengapalah, kadang-kadang manusia ni cakap terlebih suara dari fakta. Cakap memang senang, tapi nak buat, tak semudah itu.
Baru dalam minggu ini, satu keluarga di Kuantan nekad untuk murtad sebab kesempitan ekonomi keluarga, kena ejek, air dari surau kena potong. Apa telah buta mata hati kita dengan masalah masyarakat yang macam ini? Pegi lah pusing keliling negara bertuah ini, berapa kerat sangat yang bertuah untuk menikmati segala hasil bumi yang Allah kurniakan pada negara ini?
Orang di PWTC memang tak nampak perkara ini, sebab tu yang rasuah pun bioleh menang bertanding. Orang yang kerja ada aircond, mana nampak air mata nelayn dan penoreh getah. Orang yang hidup nikmat diselubungi maksiat, mana nampak anak-anak berbekal pelita minyak tanah study waktu malam, apatah lagi munajat sebelum masuk subuh. Waktu mereka sibuk diulit kekasih, menikmati maksiat dan noda, mana mereka nampak susah payah orang lain mencari sedikit rezeki untuk makan, bukan untuk berseronok. Sewaktu mereka terbang sana sini bergembira, enjoy sesuka hati ikut nafsu syaitan, mana mereka nampak susah orang tua mencari duit barang seringgit dua untuk esok anak kesekolah.
Mana nak nampak semua ini, kalau mana hanya melihat duit senang, harta haram, makanan haram, semua tu senang, mana nak nampak susah orang lain.
Kalau kemasjid sebab nak cari pengaruh, sebab nak menang undi, mana nak nampak ahli khariah yang susah tapi tersendiri dihujung-hujung kampung dan disisi sisih bandar. Kalau kesurau masih bercerita polityik, mana nak nampak susah orang mencari besi buruk buat dijual menampung belanja makan dan susu anak.
Cakap memang senang, tapi kenapa tak buat? Bila orang lain buat, lebih kritik dari sokong. Kalau dah hebat sangat kenapa tak dibela saja manusia miskin dan susah yang berjumlah juta-juta disekeliling kita? Apa susah sangat, bela lah mereka, bagi makan setiap hari, bagi kerja, bagi rumah. Kenapa? Tak cukup duit? Kalau tak cukup, kenapa perlu kritik kerja orang lain yang ingin membawa kebaikan? Kenapa tidak ditegur secara baik? Kritik tak tentu hala ini, kerja dajjal dan iblis. Apa begitu sudah jadi hati hitam itu?
Manusia yang tak sempurna tapi berbakti pada manusia dan pada Tuhan itu, lebih mulia dari mereka yang kononnya baik, pembela bangsa dan negara, penegak agama, tapi hatinya hitam umpama munafik. Sewaktu masih ada waktu untuk bernafas ini, eloklah tengok diri didepan cermin. Jangan hanya tengok gambar difacebook, tapi tengok diri sendiri dicermin besa. Berbogellah jika perlu, agar nampak semuanya, termasuk benda sulit yang dah tak sulit lagi itu. Cukuplah dengan drama selama ini, takut nanti, dijemput Tuhan kembali diwaktu shahadah belum betul kekiblat akidah yang sepatutnya. Sewaktu kita menghembus nafas, belum tentu mampu menariknya lagi........................

Nafas dan langkah ini bukan milik mereka :-)





Hidup ini tidak terhenti dengan benci mereka, dan tidak juga jauh kedepan dengan kasih mereka. Hidup ini tiada basahnya hanya kerana kutukan sedikit itu, dan tidak pula panas dengan sedikit puji-puji. Hidup ini bukan kaki mereka yang langkahkan, bukan juga tangan mereka yang tahan-tahan.




Yang diberi itu, buat bekal sendiri dikemudian hari, bukan buat makan untuk hari ini. Yang diberi itu, bukan harapnya untuk dapat ganti dari yang menerima, tapi buat bekal kala berjumpa yang Maha Pencipta. Hak kita apa yang telah digunakan, bukan apa yang disimpan sendiri, itu mungkin bertukar tangan dikemudian hari, atau mungkin juga diambil semula oleh Yang Maha Pemberi dan Maha Pengasih.



Kisah mereka yang suka mencari mana silapnya, mana kurangnya, bukan perkara baru, hingga mereka lupa nak berkata, apa yang baru dan apa yang perlu. Itu kan suara mereka, maka hak mereka untuk terus berbicara. Cakap lah apa sahaja, tapi sekali cakapnya mula berbalik terbalik, maka itulah yang terakhir dia menerima "I trust you" dari aku. Tidak pernah aku tidak percaya sesama manusia, tapi belum pernah juga dapat percaya semula sekali percaya itu telah hilang.


Boleh saja kita berbicara seperti dulu, tapi pokoknya, buluh yang enggan membongkok dari mulanya, mampukah dibengkokkan bila dah selesa dengan buluh dan miangnya? Buluh ini masih boleh dibengkok, tapi perlu ditebang dan direbus dengan air panas. Bukan kerja aku membengkok buloh, bukan juga kerja aku melentur rebung, tugas aku menyiram baja. Kalau tanahnya dah mati, tak subur, pokok apa yang boleh tumbuh? Maka itu, lebih suka aku pada pokok kaktus, atas batu pun boleh tumbuh.


Bukan tak simpati pada manusia seperti ini. Bukan tak mampu nak berdoa untuk mereka. Tapi, itulah lorong gelap dan kelam yang mereka pilih. Cakapnya berbeda antara mulut dan yang didalam dada. Hidupnya banyak dikawal oleh perut dan yang dibawah perut. Depan nampaknya seri yang manis, belakang seolah pokok yang akhirnya nanti bakal reput menjadi tanah. Hujan pada insan lain, rahmat dari Illahi. Pada mereka ini, hujannya peluh sebab beraksi umpama Tuhan tidak pernah melihat hamburan air itu pada longkang baru yang kian tersumbat tak terjaga lalu busuknya sebelum tiba masa.


Bukan tak simpati, bukan juga tak pernah diberi tahu, bukan sekali, bukan juga selindung-selindung. Tapi, ada kalanya, perlu juga menyerah bila hidayah Allah belum kunjung tiba. Mungkin masanya belum ada atau mungkin juga masa itu masih dalam perjalanan. Bak kata ibu suatu ketika dulu, senyumlah, sebab senyum itu boleh merawat luka dan cedera yang paling parah, jika senyum itu ikhlas dari jiwa dan iman. Tapi, jangan senyum sebab yang lainnya, sebab senyum itu lebih tajam dari pedang, lebih besar cederanya dari dihempap gunung dan ombak tsunami. Hebat ibu, walau sekolah nya setakat darjah rendah-rendah.


Dinding kalau dipaku setiap hari, lama-lama, kesannya besar dan kotornya sukar hilang. Bila daki dah mula menghitam, sukar sekali nak dicuci, walaupun guna sabun sekuat SA8 atau LOC. Kalau ditutup dgn cat putih sekalipun, yang putih serinya hanya diluar, yang didalam masih begitu juga. Akhirnya, tak mengapalah. Serahkan kembali kepada Yang Menghantar. Maka kerja Dialah yang mengatasi segalanya. Untuk percaya kembali, mungkin yang lain boleh, tapi aku perlu jalan yang lain.


Kini, tugas ini juga belum selesai. Indah sekali pelajaran ini. Mungkin yang akan datang itu telah makin hampir, insyaAllah. Mungkin ada tersangkut dimana-mana, sebab arah jalan yang diberi tersilap simpang atau mungkin juga terlepas pusingan dan bulatan. Ada yang nampaknya telah makin hampir, rupanya bukan simpang ini yang dipilih. Agaknya lorong ini terlalu berliku, gelap pulak tu, manakan mereka yang selalu bayar toll, mahu mengikut jalankampung yang kecil dan lecak ini. Terlalu remeh agaknya lorong ini, hingga lupa bertanya, apa sebenarnya dihujung lorong itu.


Tiada emas dan permata, tiada juga permaidani merah, tiada gadis manis maupun jejaka tampan, tiada tilam empuk, tiada wang berjuta, tiada kemewahan, tiada bilik berhawa dingin buat melelap mata dan bercanda, tiada semua keseronokan itu. Yang ada cuma jiwa-jiwa kosong yang perlu diisi, yang ada cuma jiwa-jiwa sakit yang perlu diubati, yang ada cuma insan-insan kerdil yang tiada kepentingan untuk dunia metropolitan dan dunia bangsawan. Yang ada kepuasan yang melebihi jangkauan material dan kebendaan.


Sebab itu lah agaknya, belum ada yang sanggup menyinggah dipondok menanti ini. Tapi tak mengapalah, bukan tugas aku membuat orang berhenti dan mengikuti lorong ini. Tugas aku mencari mereka yang ingin mengikut lorong ini, dan membimbing tangan-tangan layu dan longlai itu, untuk sama-sama bejalan, dan berlari, selaju dan sejauh yang mereka inginkan, insyaAllah. Kabulkanlah permohonan hambamu ini, wahai Yang Maha Agung. Aku yakin, pasti akan ada mereka yang berjiwa intan dan emas yang bakal kesini, untuk bersama dengan perjalanan ini. Pasti ada yang faham mengapa lorong ini terlalu banyak likunya. Pasti ada yang akan menyapa, bertanya apa boleh ikut sama merantau ikut lorong ini. Mereka belum nampak pondok ini, sebab itu lorong ini terlalu sukar buat mereka. Mungkin begitu...........

Thursday, March 26, 2009

Panas, sejuk dan mereka yang terus bercakap...



Panas kat dunia dan negara ni nampaknya masih berlangsung, belum nampak tanda-tanda akan sejuk dalam tempuh terdekat ni. Dalam negara, makin menjadi-jadi panasnya. Dua bukit dan satu batang akan bertambah panas mulai ahad nanti. Di ibu kota telah mula panas sejak selasa lepas. Dan banyak lagi kepanasan-kepanasan local dan global yang terus tanpa nampak hujan dan gerimisnya.


Dalam dok panas tu, apa kata kalau sejukkan sikit dengan beberapa pekara mudah. Malam nanti, bangun pukul 3 pagi dan mengadaplah Yang Maha Agung dan mohonlah jalan yang lurus untuk diikuti. Tak susah sebenarnya nak turunkan suhu dunia ni. Tak perlu bergelap sejam hujung minggu ni. Cuma perlu cerahkan hati dan jiwa dimalam yang gelap untuk sejukkan dunia.
Ada yang masih tenggelam dengan kisah rumah tangga yang belum siap tangganya tapi telah masuk rumah secara suka-suka yang tak ikut tangga yang betul. Kalau lah jatuh, dan cedera, susah nanti. Tapi, itulah hebatnya manusia. Suka bila kisah sangsi dan sangkut ini, berjalan dan terus berjalan tanpa jatuh. Hingga lupa, untuk manusia akhir zaman ni, Tuhan lambatkan hukumanNya dikemudian hari, dan Tuhan tak nampakkan marahNya secara nyata. Tapi, bukankah ada hati, ada jiwa dan ada akal, kalaupun tak tebal Imannya, untuk melihat sendiri bila lampu hijau dan bila lampu merah. Apakah telah buta warna kita ini?
Ada juga yang bersemangat nak membela nasib anak bangsa. Ada juga yang bersemangat nak buat program untuk manusia. Ada yang bersemangat nak buat macam-macam. Aku suka orang yang bersemangat ini. Tapi bila di uji sikit saja, dah terkehel. Nak capai bulan dan bintang, nak bina gunung dan bukit, tapi soalnya, bila diminta angkat seketul pasir pun tak mampu, macam mana nak buat tembuk besar menahan ombak dan badai? Cakap memang senang, tapi bila nak buat, mula lah terkebil-kebil. Hidup ni bukan sekadar bercakap, tapi bak kata CheGu Bard, perlaksanaan kata-kata.

Tak guna kalau sekadar cakapnya berdegar-degar, cadangannya hebat-hebat, programnya putih bersih, semuanya nampak ideal diatas kertas, tapi perlaksanaan apa pun tak dak. Apa guna sekadar cadang, datang, tapi yang lainnya masih macam yang dulu-dulu jugak. Apa gunanya bercakap soal tangga orang lain kalau tangga sendiri masih belum siap sepenuhnya? Manusia jenis ini, otaknya bijak, cakapnya hebat, tapi dalamnya masih kosong macam yang selebihnya diluar tin itu.
Ada kalanya, peluang terbentang didepan mata untuk melihat sesuatu yang lebih jauh dan indah, penuh liku tapi juga penuh ilmu, namun peluang itu dibuang begitu sahaja, hanya semata-mata kerana "mereka tidak menyokong saya"... Kesian dengan mereka ini. Kesian kerana mereka bercakap, mereka berfikir, mereka ada ilham dan idea, tapi mereka berhenti disitu, tanpa mengotakan cakap mereka, tanpa memilih untuk menghasilkan hasil yang mereka perlu hasilkan, tapi mereka terus mereka cipta alasan untuk justifikasi hasil yang tak berhasil itu...
Tak mengapalah, ada ramai lagi selepas ini. Pasukan ini perlu juga disiapkan, walau pun mereka ini menolak, mereka yang lain, pasti menerima, insyaAllah. Ya Allah, mohon diperkenankan doaku, untuk mencukupkan pasukan ini pada masa sebaiknya untuk hambaMu ini dan untuk hamba-hambaMu yang menginginkan yang baik. Amin.

Tuesday, March 24, 2009

Memohon dan Berjanji.... ikhlaskah kita?

Setiap hari, ramai yang bersolat. Mereka yang menerima hukum Allah bersolat, dan mereka yang menentang hukum Allah juga bersolat. Mereka yang mecari takwa bersolat, mereka yang bangga dengan maksiat juga bersolat. Mereka yang ikhlas bersolat, mereka yang menunjuk-nunjuk juga bersolat.

Namun berapa ramai yang faham erti solat serta faham apa yang diungkapkan ketika bersolat? Berapa ramai yang faham solat itu mencegah kemungkaran? Berapa ramai yang mendapat manfaat dari hikmah pencegahan kemungkaran melalui solat ini? Berapa ramai pula yang bersolat hanya ketika solat itu dimajliskan?


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Al-Fatihah
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Penghormatan dan kesejahteraan (Tahiyat)

ﺃﻟﺘﺤﻴﺎﺕ ﺍﻟﻤﺒﺎﺭﻛﺎﺕ ﺍﻟﺼﻠﻮﺍﺕ ﺍﻟﻄﻴﺒﺎﺕ ﷲ
At-tahiyyatul mubarakatus solawatut toyyibatu lulillah
Segala kehormatan, keberkahan, shalawat, dan kebaikan adalah milik Allah

ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻚ ﺃﻳﻬﺎ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﻭﺭﺣﻤﺔ ﷲ ﻭﺑﺮﻛﺎﺗﻪ
As-salamu 'alaika ayyuhannabiyu warahmatullahi wabarakatuh
Semoga keselamatan bersama engkau wahai Nabi, dan juga rahmat Allah dan barakahnya

ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻨﺎ ﻭﻋﻠﻰ ﻋﺒﺎﺩ ﺍﷲ ﺍﻟﺼﺎﻟﺤﻴﻦ
As-salamu 'alaina wa 'ala 'ibadillahis solihin
Semoga keselamatan menyertai kami dan sekalian hamba-hamba Allah yang saleh.
Penyaksian (Syahadah)

ﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ
Asyhadu anl laa ilaaha ilallah
Aku bersumpah/bersaksi bahawa tiada tuhan (atau sembahan) selain Allah

ﻭﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻣﺤﻤﺪﺍ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ
Wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah
Dan aku bersumpah/bersaksi bahawa Muhammad pesuruh Allah

Selawat kepada nabiMuhammad dan keluarga

ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻞ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ
Allahumma salli 'ala Muhammad
Ya Allah, berikanlah selawat kepada Muhammad

ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﻣﺤﻤﺪ
Wa'ala aali Muhammad
Dan kepada keluarga Muhammad

ﻛﻤﺎ ﺻﻠﻴﺖ ﻋﻠﻰ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ
Kama solaita 'ala Ibrahim
Sebagaimana Engkau memberikan selawat kepada Ibrahim

ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ
Wa'ala aali Ibrahim
Dan kepada keluarga Ibrahim
Keberkatan kepada nabiMuhammad dan keluarga

ﻭﺑﺎﺭﻙ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ
Wa baarik 'ala Muhammad
Ya Dan Engkau berikanlah keberkatan kepada Muhammad

ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﻣﺤﻤﺪ
Wa'ala aali Muhammad
Dan kepada keluarga Muhammad

ﻛﻤﺎ ﺑﺎﺭﻛﺘﺎ ﻋﻠﻰ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ
Kama barakta 'ala Ibrahim
Sebagaimana Engkau memberikan keberkatan kepada Ibrahim

ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ ﻓﻲ ﺍﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ
Wa'ala aali Ibrahim fil 'alamin
Dan kepada keluarga Ibrahim dalam dunia ini
Penutup(Pujian bagi Allah)

ﺇﻧﻚ ﺣﻤﻴﺪ ﻣﺠﻴﺪ
Innaka hamiidum majiid
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi

Tuesday, March 17, 2009

Fahamkah manusia yang mengaku beriman?

Al- Faatihah
[1]Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Al-Baqarah

[254]Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.

[255]Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

[256]Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[257]Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

[258]Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.

[259]Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

[260]Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[261]Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

[262]Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

[263](Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.

[264]Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

[265]Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

[284]Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[285]Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

[286]Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".


Al-Kaafiruun
[1]Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
[2]"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3]"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4]"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5]"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6]"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

Thursday, March 12, 2009

Malam tadi di CA Jalan Ipoh...

Malam tadi di CA, ada banyak benda baik. Antaranya dari SY Hew, "When we love people, we use money. But when we love money, we use people"

Benda baik, peringatan yang baik dari Hew. Katanya, dia dapat dari "one old wise man". Banyak sangat benda ni jadi. Dalam business yang "bersih" macam ni pun, benda ni banyak yang terjadi. Macam mana pun, bendanya sama. Nak naik, kena tolong orang lain naik. Tapi, boleh nampak dengan jelas, sama ada yang "tolong" tu sebab dia sayang sesama manusia, atau dia sayang "poket" manusia.

Ramai "so called" leaders pun, lebih sayang duit dari sayang manusia. Jadinya, strategi business semuanya sebab duit, sebab untung, hingga kadang-kadang lupa yang business ni nak kena berhubung dengan manusia. Manusia ni ada hati, ada perasaan, ada kepentingan, ada keperluan dan kemahuan. Sebolehnya nak orang masuk business sebab dia nak naik, hingga ada yang lupa siapa yang bagi rezeki pada dia.

Tak salah buat lebih banyak duit, tak salah nak naik cepat, tapi buat la dengan cara yang betul, yang beretika dan beradab. Jangan suruh orang lain buat untuk kita, kita nak, kita yang buat. Jangan tunggu pandai, sebab ilmu manusia ni tak pernah habis. Jangan tunggu dah confident, sebab keyakinan datang dengan tindakan, bukan dengan masa.

Buatlah kerana Allah, ikhlaskan hati, jujurlah dalam mencari rezeki dan berserah pada Allah. Terlalu luas bumi Allah ini dan terlalu ramai manusia dalam dunia ni yang kita boleh jumpa. Tak perlu berebut-rebut. Yang sudah tu, sudah lah. Yang lepas, biarkan berlalu. Dari saat ini, mula hidup baru. Hidup kita dengan setiap naik dan turunya nafas, dari setiap langkah dan dari setiap kerdip mata. Teruskanlah, yang dah berlalu jadikan guru untuk masa depan.

Friday, March 06, 2009

Untuk generasi akan datang..........

kisah lalu untuk masa depan.

http://kerajaanrakyat.com/?p=5172

Altantuya Shaaribuu: Bagaimana dan Mengapa dia dibunuh?
Posted by: Kerajaan rakyat // Category: Altantuya, Najib

Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan semuanya.

“Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.

Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan.

Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.

Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaimana perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.

“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”

Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis *Liberation* adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni dan dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia dan politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.

Dengan kecantikan dan keanggunannya yang memukau, Altantuya mengingatkan pada imej kacau seorang perempuan dari Timur Jauh bernama Mata Hari. Altantuya membesar di Saint Petersburg (Russia), kemudian belajar di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Di samping bertutur di dalam bahasa Inggeris, dia juga fasih di dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Sebagaimana yang telah ditakdirkan, semasa di Hong Kong dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda pada tahun 2004. Baginda adalah seorang pakar keselamatan dan pengarah Malaysian Strategic Reseach Centre, sebuah badan pemikir yang pro-kerajaan. Tidak berapa lama kemudian hubungan mereka menjadi percintaan. Altantuya, atau dipanggil Tuya oleh teman-temannya, membuktikan bahawa dia adalah seorang pembantu yang berguna, menolong Baginda menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.

Jika Altantuya muda dan cantik, Baginda yang kaya dan menarik adalah seorang yang terkenal di kalangan elit Kuala Lumpur, terutama sekali kerana dia rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan menteri Pertahanan, Najib Razak (baginda juga penasihat urusan keselamatannya). Baginda selalu bertemu dengan lingkungan-lingkungan yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala ditemani oleh isterinya yang sah.
Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Baginda berangkat ke Eropah, mengelilingi Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan Ferrari merah Baginda, menginap di hotel-hotel mewah dan menjamu selera di restoran-restoran terbaik di benua itu. Bagaimanapun, lawatan itu bukan sekadar lawatan biasa: kontrak untuk menjual dua kapal selam itu telah ditandatangani pada tahun 2002, tetapi beberapa hal-hal penting yang berkaitan masih belum diselesaikan.

“Kami mengetahui bahawa Baginda digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengantara dalam urusan system persenjataan, terutama sekali di peringkat tertinggi,” kata seorang pakar urusan keselamatan serantau.

Pada hujung bulan Mac Altantuya dan Baginda berada di Paris, di mana mereka bertemu dengan Najib Razak. Sekeping gambar yang diambil pada akhir Mac 2005, menunjukkan bahawa ketiga mereka berada di sebuah kelab persendirian di Paris.
“Tuya menunjukkan gambar itu. Katanya salah seorang lelaki itu, Abdul Razak Baginda adalah teman lelakinya, dan seorang lagi, Najib Razak, adalah “big boss”. Saya bertanya kepadanya adakah mereka bersaudara kerana nama mereka, tetapi katanya tidak, dan Najib Razak adalah “perdana menteri”, cerita Amy, teman rapat Altantuya (Najib Razak telah bersumpah dengan Quran mengatakan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya). Menurut seorang detektif persendirian, sekarang bersembunyi di India, si Tuya yang cantik itu juga adalah perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri, yang dikenalkan oleh Baginda kepadanya pada akhir tahun 2004.

Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500, 000 dolar. Baginda dan Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi. Rosmah Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni dan isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan dua orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar. Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.

Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadridan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.

Tidak ada jenayah yang sempurna. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak dapat menerima kenyataan bagaimana penumpangnya yang masih belum membayar tambang diculik di depan matanya. Dia mencatit nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat repot di sebuah balai polis. Dalam beberapa hari, polis mendapat tahu indentiti kereta itu dan mendapati ia adalah kereta kerajaan. Beberapa peristiwa berlaku sehingga Najib Razak sendiri tidak dapat menghalangnya. Dia cuba untuk menutup kes ini. Beberapa jam sebelum penahanan Baginda, dia menghantar satu SMS: “Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah”. Beberapa jam kemudian, Baginda ditahan, begitu juga dengan dua orang pegawai dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.

Selepas perbicaraan yang dianggap meragukan oleh ramai pemerhati, Baginda dilepaskan dari tuduhan telah memerintahkan pembunuhan itu dilakukan dan dibebaskan pada bulan November 2008. Azilah dan Sirul yang dituduh melakukan jenayah tersebut, tampil di hadapan Mahkamah bulan lepas. Jika disabit kesalahan, mereka akan dihukum mati. Mahkamah akan memutuskan pada 9 haribulan April.

Beribu batu dari Kuala Lumpur, di ibu Negara Mongolia, Ulaan Baataar, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya berusaha mengawal perasaan marahnya. Untuk dia dan keluarganya, pembebasan Baginda adalah simbol kepada ketidakadilan di dalam proses perundangan Malaysia.
“Kerajaan Malaysia langsung tidak membals surat-surat yang dihantar oleh Kementeria Luar Mongolia,” katanya. Ketika Shaaribu datang ke parlimen Malaysia untuk bertemu dengan Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa keluar mengikut pintu belakang untuk mengelakkan pertembungan yang memalukan. Kes Altantuya telah menjadi elemen penting di dalam permainan politik Malaysia di antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac ini) dan Anwar Ibrahim. Sehingga kini, Najib Razak Berjaya menghadapi rintangan ini, tetapi pembunuhan perempuan Mongolia itu akan menjadi pedang yang tergantung di atas kepalanya.

Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar. Dia menegaskan bahawa bayaran itu bulan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan koordinasi.” Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan. ‘Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu,” jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris. Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya dan syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah Negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d’Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas. Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik dan FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini.

Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun dan terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi. “Dia selalu bertanya tentang ibunya dan dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya. Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula dan mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya”, ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada dua dua orang budak lelaki itu. Tentang baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama dua tahun.

Arnaud Dubus (di Kuala Lumpur, Ulaan Baataar dan Paris)

Thursday, March 05, 2009

Hero atau badut?


Ramai yang cuba menjadi hero dalam dunia ni. Dari soal politik, hinggalah soal kecil-kecil dalam kumpulan-kumpulan terpencil. Ada yang cuba nak jadi orang tengah, nak mengatakan dia lah hero yang boleh menjernihkan keadaan, tapi akhirnya dia lah yang lebih mengeruhkan suasana.


Sebelum ni ada hero kangkong nun jauh dihujung. Sekarang ni timbul pulak hero longkang yang lebih dekat. Soalnya, kenapa manusia-manusia ni tak mahu kenal dan faham sebelum bercakap lebih lanjut?


Itu lah, kalau dah budak tu, budak juga lah. Manakan budak boleh jadi dewasa.

Wednesday, March 04, 2009

Doa & Ingatan Rasulullah untuk pemimpin..... (berat oooo...)

Daripada Aisyah r.a. katanya, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda dalam rumahku demikian:
"Ya Allah, barang siapa yang menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan ummatku, kemudian ia membuat kesengsaraan pada mereka, maka berilah kesengsaraan kepada orang itu sendiri, sedang barang siapa yang menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan ummatku, kemudian ia menunjukkan kasih-sayang kepada mereka, baik ucapan atau pun perbuatannya, maka kasih sayangilah orang itu" (Riwayat Muslim)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]

-------------------------------------------------------------------------------------------------



Tuesday, March 03, 2009

Menghadapi kegawatan

Sebagai menyokong tuntutan pejuang Bahasa, maka untuk kali ini, tulisan ni pun dalam bahasa melayu.

Sekarang ni macam-macam gawat yang berlaku. Paling menonjol, kegawatan politik, sosial, bahasa, dan ekonomi. Yang lain-lain pun gawat, tapi mungkin tersorok disebalik pelbagai perkara dan pelaku.

Cerita pasal gawat ekonomi, pelbagai cadangan dan panduan dari pakar telah diutarakan. Paling terkesan dan paling banyak diperkatakan, antaranya:

1 - Kawal perbelanjaan. - Soalnya, jika pendapatan hanya cukup-cukup, tak boleh nak "perah lagi dah", dah kena tolak kedinding, kerja pun dah tak de, apa lagi nak kawal? Ini perkara biasa yang selalu didengar. Menteri Kewangan kata, ubah gaya hidup (harap-harap dia pun sama lah macam yang dia nasihat). Kalau terlalu kawal perbelanjan, penjanaan ekonomi akan lebih lembab. Dalam jangka masa panjang, tidak elok untuk ekonomi negara, apa bila pengguna makin kurang berbelanja (bab ni kena belajar ekonomi).

2 - Bayar semua hutang. - Ini bab yang menarik. Bila dah gawat, duit makin kurang, manusia akan berbelanja untuk apa yang penting dan bayar hutang mungkin dah jadi kurang penting. Manusia lebih rela dikenakan tindakan mahkamah, diistiharkan muflis, dari melihat anak tak makan. Mereka yang ada duit, tak terkesan dengan soal bayar hutang cepat ni, tapi yang tak cukup duit macam mana? Yang kena buang kerja, tak dapat kerja, kena potong gaji, perniagaan merudum jatuh? Nasihat yang baik, tapi praktikalnya mungkin bukan untuk semua.

3 - Mulakan tabiat menabung. - Ini juga sesuatu yang baik. Soalnya, kita boleh menyimpan jika ada lebihan. Kalau semua dah perah, tapi tak de lagi yang menitis, apa yang nak disimpan?

Tga saranan diatas tu, memang sesuatu yang baik, tapi itu untuk mereka yang betul-betul ada sedikit lebihan. Ada yang kata dia tak de lebihan, tapi sebenarnya ada. Yang merokok, kena la berhenti merokok dan gunakan duit rokok tu untuk menyimpan atau bayar hutang. Kalau sehari beli rokok RM 5, sebulan dah RM 150. Banyak lebihan tu. Jadi kepada perokok, tak de alasan tak cukup duit. Pada yang suka shopping tak tentu pasal, kena tukar tbiat tu (ikut la nasihat Menteri kewangan dalam hal ni, ha ha ha....). Tapi, kepada yang betul-betul tak cukup duit, mereka ini yang perlu dibantu dan disokong, supaya mereka juga dapat hidup macam orang lain.

Soalnya, bagaimana? Saranan seterunya dari pakar:

4 - Melabur.
5 - Beli Aset.

Dua saranan diatas sangat baik, jika kita mampu melihatnya dari perspektif yang berbeza. Membantu manusia bukan setakat memberi kasih sayang, membel;ai, memeluk, mendakap, mengasihi. Membantu manusia tu luas dan setiap kita punya kekuatan masing-masing untuk membantu manusia. Bila manusia dahaga, kena bagi air, kalau lapar kebna bagi makanan, kalau murung, kena bagi kasih sayang. Beri lampu suluh pada yang kegelapan.

Penyelesaian ada dalam diri masing-masing. Tapi, soal membantu untuk mereka melihat penyelesaian, fokus pada penyelesaian, ada lah tanggung jawap bersama. Kalau nak melihat alternatif yang ada untuk penyelesaian ini, kita boleh duduk berbincang. Tapi kena datang dengan minda yang terbuka. Ada banyak cara, yang penting, tujuannya apa?

Minggu lepas di Jalan Ipoh, antara caranya telah dihuraikan. Kalau nak tau caranya, mungkin bukan melalui blog, sebab blog ini boleh dibaca, tapi tak mampu bersuara :-).

Selamat berjaya!!