Monday, June 28, 2010

Hargailah mereka semasa masih ada....


Keluarga, walau apapun kisah dan perjalanan hidupnya, tetap manusia paling penting dalam hidup. Biarpun berjuta manusia disekeliling, keluarga tetap ada tempat penting dalam hidup, dalam hati, dalam jiwa dan dalam doa.
Hargailah mereka, sayangi mereka, doakkan mereka, dan ziarah mereka semasa mereka masih bersama.
Suatu masa nanti, bila mereka telah tiada, teruskan mendoakan kesejahteraan mereka.

Wednesday, June 23, 2010

Bila ruang sempit ini turut di terjah.....

Kata orang, blog adalah ruang peribadi, untuk catatan peribadi, untuk melerai kekusutan hati supaya tidak terlekat terlalu lama, bila tiada yang boleh mendengar secara dengar dan dengar, maka ruang sempait blog inilah tempat untuk meluahkan, apa jua untuk diluahkan.

Orang lain, hak mereka untuk membaca, atas sifat blog ini terbuka. Hak membaca, bukan hak untuk memanjangkan, lebih lagi jika mereka tak tahu hujung pangkal. Bila tertulis sakitnya lebih, apa mereka faham sakit apa? Atau mereka hanya fikir sakit fizikal, atau sakit emosi? Apakah itu sahaja sakit didunia ini?

Bila tulisan itu untuk orang lain, kenapa perlu mereka panjangkan pada orang lain yang tidak ada kena mengena dengan subjeknya?

Namun begitu, walau blog ini sifatnya peribadi, ada juga pelacur dan jalang, yang hatinya lebih hitam dari hitamnya arang batu, yang sifatnya lebih dajjal dari dajjal, yang lebih haram jadah dari yang haramnya, yang suka sangat memanjangkan apa yang tidak pasti dan tidak tahu. Menyalin tanpa izin, menghantar tanpa tahu diawalnya, lantas niatnya untuk membina lebih banyak kekeliruan, seolahnya, dalam dunia ini hanya sekitar 3 orang penghuninya, maka segala tulisan ini hanya sekitar 3 orang dan tidak ada lebihnya.

Bila agaknya manusia yang hati tidak manusia tapi seperti haram jadah bangkai bernyawa ini ingin belajar? Nampaknya seperti orang baik-baik, mulia hatinya ambil tahu semua pasl dunia ini, ingin menjadi hero membela yang lemah dan tertindas, namun jauh disudut hati, mahu setiap orang hanya ikut telunjuknya, dan tidak mahu orang lain berbaik dengan yang lain.

Bukankah ini sifat syaitan? Atau sifat yahudi laknat, atau juga sifat jalang-jalang lacuran masyarakat yang hinanya lebih dari pelacur yang menjual tubuh. Setidaknya, pelacur itu bebrbuat begitu kerana tiada pilihan, dan mereka yang masih punya iman, akhirnya kembali kepangkal jalan, atau juga hidayah dalam perjalanan.

Namun, pelacur haram jadah jenis "copy paste" ini, hati busuknya tidak ada tandingan, celakanya lebih hebat dari serangan yahudi pada kapal bantuan kemanusiaan untuk Gaza, sifatnya lebih celaka dari Abdullah bin Ubai, manusia yang solatnya hanya fizikal dibelakang NAbi, dan menikam juga sebegitu.

Lantas pada manusia jenis haram jadah ini, buat lah pilihan sekarang, sama ada untuk hidup dalam dunia sendiri dan jangan ganggu ruang sempit milik peribadi orang lain, atau pergi mampus dan pergi berambus dari hidup orang lain. Apa tidak cukup dengan orang sekeliling untuk dijaga, maka kisah orang lain yang sendiri tak tahu hujung pangkal juga ingin dijaja?

ha ha ha..... manusia munafik, kau cuma kenal angka satu, dua pun belum tentu, maka jangan diduga angka seterusnya. Takut nanti, yang dikejar larinya makin jauh, yang dikendung, jatuhnya bertabur tak terkutip !

Balik pada hukum Pembuat Hukum, sebelum hukum itu menghukum!

Thursday, June 17, 2010

Bila manusia bercerita soal memahami......

Semenjak beberapa ketika, beberapa bulan dan mungkin tahun, ada yang sibuk bercerita soal memahami, soal sokongan dan soal hati serta perasaan orang lain. Bercerita soal kasih sayang tanpa syarat, memberi tanpa mengharap balasan, pemberian ikhlas dan soal ambil tahu dan ambil kisah tentang orang lain.

Ini semua adalah kata-kata manis yang mudah terucap, sebab kita mahukan orang lain melakukan tanpa kita melakukan apa-apa. Kita mudah menyalahkan orang lain atas gangguan yang berlaka pada orang yang kita ambil berat, sedangkan kita tak pernah tengokpun apa yang telah kita lakukan hinggakan perkara itu berlaku. Ambil tahu, ambil berat tanpa melakukan apa-apa? Mungkin alasannya, setidak-tidaknya saya ambil tahu dan ambil berat, lantas saya mau dia hidup seperti ini dan seperti itu dan ini caranya awak perlu memahami dan melayani dirinya.....

wah!! begitu mudah manusia berbicara, kerana berbicara itu percuma, tanpa perlu melakukan apa-apa. Jika ada yang tidak kena, mudah saja - apa dah jadi ni? kenapa makin teruk ni? kenapa tidak berjumpa saja dia? kenapa tidak diubati sakitnya? kenapa itu dan kenapa ini?

Soalnya, apa mereka tahu sepenuhnya apa yang berlaku? Apa mereka tahu kisah dari mulanya hingga akhirnya terjadi begitu? dan paling penting, apakah yang mereka tahu itu mereka lantas lakukan sesuatu yang "konkrit" maka akhirnya nanti perkara ini tidak akan berlaku lagi?

Banyak soalan yang tidak berjawap. Banyak perkara yang tidak terungkai. Terlalu banyak yang perlukan kepastian, sebelum jari itu boleh ditunding pada orang lain. Bukan terlalu sukar untuk melihat sepenuhnya kisah seperti ini, yang berlaku saban hari dan waktu, pada yang jauh dan dekat, jika mahu melihat bukan saja dengan mata kepala, tapi juga dengan mata hati.

Manusia bila didesak terlalu hebat, ada banyak kemungkinan boleh berlaku. Dan dalam banyak kemungkinan ini, ada yang baik, ada yang sebaliknya. Jadinya, bila kita mahu yang baik pada diri kita dan baik pada diri orang yang kita ambil peduli, kita juga perlu pastikan baik juga pada orang lain, terutamanya pada orang yang kita rasa kita kenal tapi belum cukup kenal.

Dalam kita memahami dan menyelami hati dan perasaan orang yang kita ambil peduli, jenguk juga kisah perjalanan hidup orang lain yang kita mungkin rasa kita kenal, tapi kita tidak ambil peduli. Dalam kita mahu orang lain buat itu dan ini, ambil peduli juga pada apa yang kita buat itu dan ini, atau mungkin juga pada apa yang kita tak buat itu dan ini.

Dalam kita melihat pada orang yang kita ambil peduli, dan mula menyalahkan orang yang kita tak ambil peduli, kena juga tengok dalam-dalam, kenalkah aku dengan orang ini? Bertanyakah kita, kenapa dia begini? Soalkan kita, siapa kah dia ini?

Terlalu banyak bercakap, kadang-kadang kita terlupa mendengar - dengar dengan telinga, mata, dan paling penting, dengan jiwa dan dengan hati.

Kalau detik aku terhenti disini, aku telah menyatakan apa yang aku ingin nyatakan kepada dunia ini. Aku telah tinggalkan apa yang aku tinggalkan pada dunia ini. Dalam manusia sibuk mencari apa yang aku tiada, mereka terlupa melihat, apa yang aku ada dan apa yang aku ada mungkin lebih menyakitkan dari sakit yang mereka tanggung :). Wallahuakhlam.....

Ya Allah, aku mohon diringankan apa yang berat yang aku tanggung, dan dipermudahkan apa yang sukar dalam perjalanan ini. Aku mohon dipermudahkan segala urusan mereka dan diringankan segala bebanan mereka dan dicantikkan perjalanan hidup mereka. Aku mohon supaya dikurniakan kebijak sanaan kepada mereka dan kewarasan kepada mereka.... Amin.....

Wednesday, June 09, 2010

Bila sampah mula berharga....

Dulu-dulu, sampah cuma untuk dibakar, dan di buang. Tak de faedahnya pada manusia. Sampah masuk tong sampah, buang di tempat pembuangan sampah dan semua tu akan dibakar, atau ditanam. Sebab tu juga, bila ada manusia yang masyarakat rasakan dia tak berguna, maka dia akan di panggil sampah masyarakat.

Sekarang ni, sampah dah mula ada harga. Kadang-kadang, harga sampah sangat mahal dan boleh mendatangkan keuntungan yang sangat besar. Sampah boleh di tukar kepada tenaga, atau setidak-tidaknya, dijual untuk barang-barang kitar semula. Sampah telah mempunyai harga yang tinggi!

Dan mungkin sebab itu, manusia sekarang ini suka menjadi sampah, sebab mereka fikir mereka ada harga yang tinggi. Tapi, apakah mereka ini jenis sampah yang boleh dikitar semula, atau sampah yang hanya boleh dibakar untuk memberi tenaga kepada orang lain?

ha ha ha... biar lah mereka dengan hidup dan angan-angan mereka!

Wednesday, June 02, 2010

bila manusia dah jadi tak tentu hala.....

Pernah berhadapan dengan manusia gila bayang? Manusia jenis termasuk dalam kategori manusia tak tentu hala, ha ha ha... Setiap hari dan setiap waktu, topik perbualannya hanya menjurus kepada satu topik saja. Kalau satu hari tak bercakap pasal topik tu, pasal orang tu, mau betul2 jadi gila agaknya dia ni.

Mamat sorang ni, kalau satu hari dia tak cerita topik yang sama, dia mungkin sasau, sewel, gila, atau mungkin jugak nak kena rejam kepala dalam lubang toilet. Tu la tahap kegabanan gila bayang mamat sasau ni. Kesiannnnnn kat dia, nak buat macam mana, dia sesorang je gila bayang. Bayang yang dia gila tu, tak pulak gila kat dia. ish ish ish.... kritikal tahap kronik gaban mamat ni.

Tu la, lain kali, fikir dulu sebelum buat apa-apa keputusan. Ni buat ikut nafsu, ikut nasihat pensasau macam dia jugak, bukan nak ikut nasihat ustaz2. Dah tu, terpaksa la cari orang yang mendengar cerita2 sasau dan sewel serta gaban tahap cipan tu. Bila orang malas nak layan, dia pulak jadi tak keruan. Jangan lepas ni pi mandi bunga dalam kolam ikan haruan dah la. Nanti dengan dia2 sekali masuk lubang ikan, kan susah.

Cukup2 la tu. Sekali mungkin orang nak jugak dengar. Tapi kalau hari2 macam tu, orang pun naik menyampah. Bila dah menyampah, maka kena la "sumpah". Nasib baik kau tak cerita dengan mamat sesumpah tu, kalau tak, mungkin dah jadi batu kot mamat sewel ni.

Ada lagi sorang ni, lebih kurang sama jugak. Mula2 cerita macam hero, maki sana sini, salah sana sini, tapi macam anjing menyalak bukit lah. Macam orang nak toreh getah, nak cari susu getah, tapi pi menoreh pokok kelapa. Getah apa nak dapat? Lu sewel ke sasau mamat?

Aiii yaaaa... ini macam punya olang pun ada meh?