Sebenarnya la kan, kalau tak de Astro kat rumah pun masih boleh tahu apa yang terjadi kat AF musim ni, macam jugak musim-musim lepas. Macam-macam ulasan boleh dibaca kat internet ni. Jadi orang macam aku yang sentiasa tak sempat tengok TV masa waktu perdana dan waktu puncak boleh jugak la "ambil tahu" apa yang jadi. Menarik sebenarnya bila baca komen-komen ni dan yang paling bagus, kebanyakan komen-komen tu ta de dalam surat khabar. Ini la yang bagus bila boleh surf internet, dapat komen yang "bebas" dan tak terkongkong dengan periuk nasi dan seluar dalam boss-boss media tu. Kalau dalam paper, silap komen nanti, sorru miss la pulak...
Bila baca beberapa komen dalam blog-blog yang rajin komen pasal AF ni, ada beberapa yang aku suka nak tambah komen sendiri. Salima yang bertudung tu, rasanya dia ni bertudung fesyen tanpa tahu batas aurat yang sebenarnya. Apapun, dia mungkin terlepas bab rambut, sebab dah tutup, tapi yang lain tu, entahlah.......................... Bila sempat tengok show dia nanti, boleh komen lebih sikit. Tapi ada masa ke nak tengok konsert ni? Tahun lepas yang heboh pasal Mawi pun tak de masa nak tengok, tahun ni nak tengok?
Heboh jugak pasal bebudak yang tak dapat masuk tu. Yang ni mudah je, lagi seminggu dua bila dah sibuk mengAFUNDI yang kat akademi tu, lupa la yang lapan orang ni. Bukan kes besar ni. Sekarang ni mungkin kecoh sikit soal layak dan tak layak, tapi lepas konsert pertama nanti, sunyi la tu. ada sesiapa ingat tak nama 6 orang calon pelajar AF 3 yang tak dapat masuk dulu tu? Kalau ingat pun, mungkin tak semua kot...
Komen-komen lain tu smua pasal diari AF hari pertama dan kedua, tak de yang menarik sangat. Apa hal aku suka pulak tulis pasal AF ni? Sebabnya, hehehe, sekali AF datang, maka tersenyumlah Astro dan syarikat telekomunikasi, sebab sms naik melonjak. Nak chat kat @15, kena bayar lebih, lagi panas topik kat TV tu, lagi ramai yang chat dan lagi banyak la company telekomunikasi tu buat duit. Lagi banyak publisiti dan kontroversi AF maka lagi ramai yang tengok AF dan lagi ramai yang pakat dok undi, maka lebih besar senyum Astro, Maxis, Celcom, Digi dan Telekom.
Pelajar yang kalah dapat duit dan menang pun dapat duit dan kereta dan semua hadiah tu lah. Akhirnya yang bayar semua tu siapa? Penaja. Penaja buat duit dari mana? Dari kita semua ni la. Lagi duit datang dari mana? Dari undi sms. Sapa bayar? Yang undi la bayar.
Kemudian kecoh tak de duit, kecoh barang mahal. Yang pegi buang duit undi tu buat apa? Kan ke lagi baik duit tu pegi beli buku, beli benda makan, tak pun untuk duit minyak kereta dan minyak motor. Hmm.... sendiri punya duit, sendiri punya suka la kan... dan sendiri punya blog sendiri punya suka la nak tulis apa pun.
Cakap pasal protes barang mahal ni, aku nak bagi kredit pada semua yang turun KLCC hari Ahad lepas untuk terus protes harga minya dan letrik naik. I salute all of you! Walau pun dibelasah oleh "penjawat awam" yang gaji dia kita yang bayar tu, semangat tak kan luntur untuk terus protes. Dalam pada tu, kita doakan semoga semua yang membuat protes diberi kekuatan oleh Allah untuk terus bertahan. Pada pihak yang bertindak zalim, tak kisah la yang bagi arahan atau yang ikut arahan, semoga Allah melaknat mereka didunia dan akhirat setimpal dengan kezaliman mereka. Kalau mereka itu ada kuasa, maka kuasa Allah itu lebih besar, kalau mereka itu ada kekuatan, maka kekuatan Allah itu lebih besar. Kalau mereka rasa mereka hanya ikut arahan ketua mereka, maka mereka juga kena ikut arahan Allah untuk tidakzalim dan berani berdepan dengan kebenaran.
Ya Allah, laknatilah mereka yang zalim dan sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa maka hancurkanlah mereka yang menyalahgunakan kuasa dibumiMu ini.
Wednesday, May 31, 2006
Monday, May 29, 2006
fantasi, fanatik & fantastik...
Tajuk kat atas tu tak de kena mengena dengan posting kali ni. Saja je nak letak, sebab sekarang ni kan ke musim akademi fantasia, bola sepak piala dunia, Myteam pulak baru je habis lawan dengan pasukan malaysia (bawah 20 tahun) dan bola sepak malaysia berehat sekejap untuk beri laluan pada piala dunia, sambung semula piala malaysia bulan julai nanti.
Peminat dan pengkritik AF dah mula berfantasi sejak awal lagi, dan makin ketara sejak 20 nama peserta awal diumumkan dan makin hebat dengan 12 nama diumumkan hujung minggu lalu. Penganalisa AF telah memulakan tugas mereka untuk menganalisa setiap pelajar, guru dan AF keseluruhannya. Lain orang, lain komennya. Paling hebat dalam forum - tak kisah la forum diinternet, Astro atau forum terbuka dikedai kopi dan mana-mana tempat yang boleh berbicara soal rancangan ini.
Antara topik menarik, bila soal kualiti dipersoalkan, soal tudung, soal populariti dan macam-macam lagi lah. Ini kan ke rancangan realiti TV yang penonton undi calon kesukaan mereka melalui SMS dan Astro buat duit melalui undian penonton dan penajaan. Kalau dah namanya pemenang dipilih melalui undian, bukan dari juri "professional", tentulah populariti yang jadi taruhan. Tak ada kena mengena dengan bakat. Ada seorang penyanyi "tersohor, veteren dan berbakat" tu buat komen rancangan TV realiti ini akan mematikan industri seni suara tanah air. Secara peribadi, aku cakap, lantak kau lah. Kalau tak silap dia ni pun terlibat jugak dalam rancangan seumpama ini, cuma "anak buah" dia tak la sepopular "graduan" reality TV yang lain, tu sebab dia melenting kot.
Astro tu kan ke syarikat korporat, kalau buat rancangan tak dapat untung, lebih baik tukar nama dan status kepada badan kebajikan kesenian negara. Kalau dah namanya badan korporat, untung dulu kemudian baru benda lain. Kalau buat rancangan asyik rugi je, penaja tak ada, duit keluar lebih dari duit masuk, lama-lama bungkus la company tu.
Rancangan macam ni, kalau akhirnya nanti melingkupkan industri seni tanah air, secara peribadinya, aku tak kisah... (macam iklan - aiman tak kisah... hmm.. teringat kat adik-adik dirumah solehah, hujung minggu ni nak kena jengok adik-adik tu, apa cerita mereka sekarang ni). Kadang-kadang tu, industri seni kita nak jaga, tapi akhlak anak-anak kita lupa. Kes khalwat, rogol, arak, dadah dan pelbagai maksiat dan jenayah yang sentiasa meningkat tu, tak pula kita kisah. Agaknya mana yang lebih penting? Kualiti pelajar akademi fantasia atau kualiti pelajar disekolah, kolej dan IPT?
Minggu depan satu lagi "program berkualiti" akan muncul dikaca TV, bola sepak piala dunia. Kalau AF cuma ada 12 pelajar untuk 10 minggu, Piala Dunia ada 32 pasukan untuk perlawanan selama 1 bulan. Sukan yang menjadi "kegilaan" diseluruh dunia. Kalau nak tengok kualiti, mungkin inilah masanya. 32 pasukan masuk bertanding untuk menang dan bawa pulang piala ini kenegara mereka, dan kita masih sibuk dengan Myteam nak masuk liga perdana.
Bila bercakap soal bola sepak, tengok saja trend pemikiran dan minat penonton bola sepak negara kita. Ramai yang lebih mengenali Ronaldo, Ronaldino, Zinedine Zidane, Wayne Rooney, Frank Lampard dan sebagainya dari pemain negara sendiri. Kalau kenal dan ingat pun, mungkin nama seperti Mokhtar Dahari (Allahyarham), Dollah Salleh, Zainal, Ghani Minhat dan pemain-pemain yang dah gantung kasut bola mereka sebagai pemain dari pasukan yang ada sekarang. Nama-nama pemain pasukan negara sekarang ni, mungkin terlalu asing bagi peminat bola sepak tempatan yang lebih suka tengok EPL dari liga super. Sebabnya? Kualiti dan mentaliti pemain, dan mungkin pegawai bolasepak sndiri. Kalau bukan kerana ditangkap didisco dan kelab malam, mungkin kita tak kenal beberapa pemain ni dah wakili pasukan negara. Lihat sahaja bagaimana seriusnya para pemain dan pegawai dari pasukan luar membentuk pasukan kelab dan negara mereka berbanding Malaysia.
Bila bercakap soal kualiti, baik penyanyi mahu pun bola sepak, kita terlalu jauh dibelakang. Kita masih lagi berfantasi. Kita jauh sekali dari fantastik. Kalau fanatik, kita mungkin dah ada sikit-sikit. Fanatik ni kan ke ikut emosi, dan itulah yang diperlukan oleh "peniaga" untuk melariskan "jualan" mereka. Dalam soal jualbeli, manusia lebih banyak membeli kerana emosi, bukan sangat soal kualiti.
Tak percaya? hmmm....mungkin anda tak pernah belajar soal pemasaran dengan lebih mendalam.... kesiannya.... tapi! eh, kan ke rakyat malaysia cuma baca satu muka surat dalam setahun? Ini kalau baca buku ilmiah la... Kalau baca "buku" hiburan, mungkin lebih sikit kot... Tak salah baca buku hiburan, dan itu "mungkin" lebih baik dari tak baca buku langsung.
Selamat berfantasi!

Thursday, May 25, 2006
aahhh.... dia datang lagi......
Bermula hujung May dan awal bulan Jun ini, ada dua "kegilaan" datang lagi. Satu diperingkat nasional dan satu lagi international. Yang peringkat "negaranya" Akademi Fantasia 4 dan peringkat antarabangsanya bola sepak piala dunia. Dua-dua kegilaan ini aku ikuti jugak, walaupun susah nak tengok siaran langsung kat TV. Aku ikut berita dalam internet, sebab bolah baca macam-macam komen, yang baik dan tak baik, yang pro dan contra.
Piala dunia rasanya belum pernah tengok siaran langsung sepenuh masa kat TV termasuk perlawanan akhir. Aku belum ada passion untuk tengok TV lama-lama. Kalau tengok bola kat stadium tu mungkin la kot. Itu pun last masuk stadium tahun 1989, dah dekat 20 tahun dulu, masa stadium merdeka masih digunakan. Aku kalau tengok TV suka tukar channel sana sini, tak boleh tengok satu siaran je, comfirm tidur depan TV. Akademi Fantasia macam tu juga. Boleh la tengok kejap, satu dua lag, lepas tu lebih baik la aku keluar jumpa kawan-kawan, ada jugak faedahnya untuk aku. Kalau orang lain nak tengok, itu kan mata dia, masa dia, dan mungkin TV dia, kalau tak pun, menebeng la kat kedai makan. Order air secawan, duduk dua jam kat situ. Selagi tak susahkan orang lain, buat la apa kau nak buat.
Soalnya sekarang bukan sangat bola sepak atau akademi fantasia. Soalnya sekarang sikap pada kehidupan sendiri. Kalau tengok TV, tengok konsert, tengok bola boleh menyenagkan hidup, teruskanlah. Kalau semua ni boleh tambah duit, buatlah. Kalau semua ini boleh dapat syafaat dari Allah, teruskanlah. Tapi, kalau semua tu buang masa, kerja sia-sia, tak payah buat la...
Harga minyak naik 30 sen, letrik naik 12%, inflasi pada kadar 4%(angka politik ni, angka sebenar lebih tinggi kot - tak percaya? tengok la harga barang dan kadar pengangguran), harga barang terus naik, tambang bas dan teksi terus naik dan gaji terus-terusan tak naik atau naik terlalu rendah.
Sana-sini riuh rendah "rakyat jelata" dan "pemimpin" bercakap soal ini. Yang sokong dan yang tentang, sama-sama lantang. Yang pastinya, kerajaan yang ada sekarang tak peduli semua tu. Bila dia kata naik, maka naik lah semua tu. Nak kata apa, yang pilih kerajaan ni siapa? Marah pada kerajaan, menang juga dia di Sarawak. Marah dengan sistem demokrasi negara ni, ikut juga pilihanraya, "percaya" juga pada suruhanjaya pilihanraya, jadi juga calon dan datang juga mengundi. Ayat mudah 'nak buat macam mana...."
Ramai yang masih terus leka sebenarnya. Masih nak salahkan orang lain? Elok la tu... Letak la masa depan kita ditangan orang lain. Bila dah jadi macam MAS, macam bank-bank yang kena telan, macam kilang yang tutup, baru la menangis tak berlagu. Masa ada peluang datang depan mata, tak nak ambil, leka dengan TV, sibuk mengundi AF, MI dan entah apa lagi lah, sibuk bangun "malam", bukan untuk menyembah yang Maha Esa, tapi "mengadap" TV tengok bola. Kalau bangun awal, sembahyang 2 rakaat, lepas tu baru tengok bola, kan ke ada faedahnya. Nak tengok apa pun, nak buat apa pun, buat lah, sendiri punya badan sendiri punya suka. Cumanya, jangan la komplen bila barang naik, duit tak cukup, semua mahal bla bla bla....
Mentaliti kelas pertama ke ni untuk sebuah negara "maju 2020?". hm... entah la....
MASA DEPAN AKU, PILIHAN AKU.
TV AKU, CHANNEL AKU LA NAK TENGOK APA PUN.
DIRI AKU, SUKA AKU LA NAK BUAT APA PUN.
BLOG AKU, SUKA AKU LA NAK TULIS APA PUN.
dan paling penting, UNDANG-UNDANG dah ada, selagi aku tak langgar undang-undang, aku punya suka la nak buat apa pun.
Aku tak la sebesar orang yang boleh suruh satu jabatan kerajaan tu tutup sebelah mata, dan kalau boleh pun aku tak buat, sebab Allah tak pernah lupa tengok apa yang aku buat dan Malaikat pun tak pernah lupa tulis apa yang aku buat.
Aku tahu la mana satu priority dalam hidup ni dan mana satu yang buang masa dan kerja sia-sia. Dan aku terus berdoa dan berusaha supaya aku terus dapat petunjuk untuk melalui jalan yang betul dan benar dan terselamat dari segala fitnah. Semoga aku terus dapat rezeki yang halal dan terselamat dari kerja yang sia-sia.
Peringantan ini hanya untuk aku yang selalu lalai dan kalau ada yang dapat kebaikan dari apa yang aku tulis ni, pergi la buat sujud syukur pada Allah, sebab hati kita ni dalam genggaman Dia yang Maha Berkuasa, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Wednesday, May 03, 2006
Jujurkah mereka ini...... ?
Banyak lah kalau nak persoalkan tentang orang lain. Tapi, elok jugak kalau ambik contoh beberapa orang penting. Anataranya dalam banyak surat khabar hari ni, kisah ahli parlimen pakai bow tie. Rupanya ahli parlimen Malaysia ni cuma berminat bincang soal pakaian mereka dari bincang soal kebajikan rakyat.
Mulanya Menteri dari BN (Rais Yatim) pakai baju "alternatif" Sebabkan dia tu Menteri dan dari BN pulak tu, maka speaker dewan yang jugak ahli parlimen BN beri kelulusan walaupun ditentang oleh orang BN sendiri. Jadinya, fokus parlimen hari tu tentang baju.
Semalam 20 orang ahli parlimen yang semuanya dari BN pakai bow tie dan sekali lagi speaker cakap bow tie boleh pakai dalam dewan. Jadi, masa mereka digunakan untuk cerita dan debat soal pakaian. Gaji mereka rakyat yang bayar, tugas mereka jadi wakil rakyat, tapi debat mereka tak de kena mengena dengan kebajikan rakyat. Nak percaya lagi ke "lembu-lembu" ni untuk jadi wakil rakyat lepas ni? Kalau yang mengundi tu manusia, tentu dia akan pilih manusia, sebab cuma manusia je yang faham kesusahan dan keperitan manusia lain.
Esok mungkin ada ahli parlimen yang datang dengan baju batik pulak, dan sekali lagi debat soal fesyen dan pakaian. Kan ke lagi elok untuk pilihan raya akan datang kita lantik je model dan pereka fesyen untuk jadi wakil rakyat, senang kerja.

Subscribe to:
Comments (Atom)