Semalam aku kat Shah Alam, ada “ceramah” kerjaya. Seorang kawan yang baik hati organize program ni. Yang datang penuh dewan. Itupun peratus kehadiran cuma 72% dari jumlah tiket yang dijual/diedarkan. Sangat bagus segala perkongsian dari kedua-dua penceramah jemputan. Mereka professional, orang yang telah berjaya dalam kerjaya mereka.
Aku tak nak ulas pasal isi kandungan ceramah mereka. Cuma nak tulis sikap orang kita.
Setiap hari kita bercakap soal penganggur yang terlalu ramai kat luar sana. Tapi bila ada orang buat program macam ni, masih ada 28% jemputan yang tak hadir dalam program semalam. Berbagai alasan diberi. Yang datang pulak macam-macam. Dah habis talk, ada yang kata, program tu tak sesuai untuk dia. Tak kena dengan bidang kelulusan dia, sebab yang bercakap tu bukan datang dari bidang kelulusan dan profesion dia. Ini lagi la manusia yang tak buka langsung pintu hati dia. Segala apa yang dicakapkan tu kan ke merangkumi semua aspek kehidupan. Pandai sendiri la nak adjust segala ilmu semalam tu untuk kehidupan sendiri. Kalau semua nak suap kemulut, tak payah jadi orang dewasa. Peliknya, manusia ni dah graduate dari universiti. Apa yang dia belajar kat universiti tu dulu? Teruk sangat ke tahap pemikiran graduan sekarang ni?
Lagi satu, ramai yang excited lepas dengar ceramah tu. Tapi pagi ni bila call beberapa kawan yang datang, dah lupa segala excitement semalam. Dah mula tak ingat yang kalau kita nak berjaya kena kerja kuat. Kena mula dari sekarang, buat perancangan yang teliti, kena belajar dan kena ambil tindakan. Mana ada kejayaan datang bergolek depan mata tanpausaha keras kita? Orang lain cuma boleh tolong tunjuk jalan, tapi masa depan kita, kita yang kena tentukan sendiri.
Habis tu, dah sikap kita yang tak betul, takkan lah segala kegagalan kita nak salahkan orang lain? Tepuk dada tanya iman, apa yang kita hendak dalam hidup. Apakah kita betul-betul serius untuk berjaya dalam hidup, atau kita tak sudah-sudah mencari alasan.
