
Aku jumpa benda ni kat dalam internet, ye la, kat mana lagi nak cari kan... Banyak benda kat dunia ni buat kita rambang mata. Apa saja kita lihat dengan mata, tapi berapa banyak sangat yang kita lihat dengan hati? Jauh sekalilah yang kita lihat dengan minda.
Semalam aku dah bayar training fees yang aku nak pegi lepas raya nanti. Inilah pertama kali aku bayar sebanyak tu dengan duit sendiri untuk pergi training, yang ramai orang kata aku tak perlu pergi. Ye lah, tanya pada yang lebih pentingkan kasut dari buku sekolahanak begitulah jawapnya. Tanya pada yang setiap hari ambil bas untuk pegi kerja, lepas kerja lepak kat gerai roti canai sampai malam, lepas tu bila anak nak pegi tuisyen tanya anak kat sekolah tu tak cukup lagi ke? Ha... macam tu la pemikirannya.
Aku ada matlamat yang perlu dicapai, cuma sejak kebelakangan ni, susah betul nak dapat aa yang aku kerjakan. Mungkin ini masanya untuk lihat semula diri sendiri, nak tengok dalam-dalam dan seikhlasnya, nak tanya semula siapa aku sebenarnya, nak dapat semula diri sendiri yang dah lebih 5 tahu aku hilang - hilang diri sendiri untuk lebih 5 tahun. Ini yang bahayanya. Tak pe lah jika kita hilang orang lain, macam PM yang hilang isteri, sebab dia tahu kemana isterinya, bila MB Kelantan hilang anak, dia tahu yang anaknya ada di Kemunting.
Tapi bila kita hilang diri sendiri, kita ni macam hidup tapi kita sebenarnya tak hidup. Kita ada jasad, tapi tak ada jiwa. Aku cuma berusaha, dan aku tak berminat nak berhenti untuk terus berusaha, takut nanti aku jadi manusia yang rugi Allah pun dah kata dalam Al-Quran, tugas kita ni sebagai manusia untuk terus berusaha dan Dia akan tentukan hasilnya. Ramai kita ni nak tengok hasil usaha kita didunia dan dalam sekelip mata. Kita terlalu guna logik, hingga kadang-kadang kita lupa yang iman tu lebih penting dari logik. Kalau ikutkan logik takkan lah Rasullullah SAW perlu tempuh pelbagai dugaan untuk berdakwah lebih 1400 tahun dulu tu...

