Friday, December 29, 2006

2006 pun dah nak berakhir.....


Masa dah sampai untuk 2006 berlalu dan 2007 datang. terlalu cepat masa berlalu, mungkin ini antara tanda2 dunia dihujung hayat? Entah la, mungkin juga. Nak kena tanya yang bijak pandai dalam soal ni.

Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam 2006. Dari diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara hinggalah ke soal dunia. Ada saja perkara yang menambah warna dunia, setaip hari, setiap detik. Begitulah dunia dan kehidupan, tak pernah berhenti bergerak dan tak pernah berhenti menggarap kisah2 baru dan meninggalkan pelbagai kenangan, warna, kisah cerita....

Tapi, pergerakan 2006 ke 2007, hanyalah pergerakan "angka". Setiap hari, setiap detik, setiap masa, umur kita bertambah. Cuma bila dilihat jarak setahu, pertambahan umur kita 365 hari, atau 8,760 jam, 525,600 minit, 31,536,000 saat. Ini lah jumlah pergerakan umur kita dalam setahun. Setiap saat yang dibazirkan, kita semakin kurang baki 31,536,000 saat yang diberikan kepada kita setiap tahun. Masa sembang-sembang, chatting, update blog, hantar sms, semuanya terkandung dlam 31,536,000 saat yang diperuntukan kepada kita. Dan masa itu juga yang perlu kita rancang dan pergunakan untuk tahun depan, tahun 2007.

2006 banyak perkara baru yang dipelajari. Lepas 9 November 2005, walkin untuk basic training, kemudian advanced, kemuadian LP, yang disambung ke 2006. Lepas tu staffing dan terbaru mastery, semua ni memberi impak besar dalam perjalanan hidup, dalam melihat kehidupan, manusia dan kemanusiaan, merdeka dan kemerdekaan, sahabat dan persahabatan, dan pelbagai kisah hidup lagi. Melihat warna2 pelangi sekarang ini, mungkin berbeza dari melihatnya sebelum ini. Mendengar ungkap2 kata-kata manusia mungkin dah berbeza sekarang ini. Melihat perjalanan dunia dan isi dunia ini, mungkin ada sedikit bezanya. Manusia tak berubah, tapi mereka boleh "mengelastik" diri mereka untuk merasai lebih "kesyahduan dan kenikmatan" anugerah Tuhan untuk makhluk yang bernama manusia.

Terlalu banyak kalau nak tulis dalam masa singkat ni, tapi yang penting bukan sangat apa yang dah berlalu. Yang dah lepas tu, baik ke, buruk ke, semua dah berlalu. Yang penting, apa selepas ini? Sanggup tak hidup dimasa ini, belajar dari masa lalu untuk kebahagiaan dimasa depan? Ramai yang suka hidup dimasa lampau, tak nak berubah. Tapi, sampai bila?

Tuesday, December 05, 2006

Antara Banyak Darjat


Bila Zakaria Md Deros tak hantar plan "mahligai" dia pada MPK, MB selangor yg dah banyak uban tu kata ramai lagi orang macam tu, tak kan nak roboh semua rumah? Lepas Zakaria bayar "denda", dah tak de lagilah tindakan untuk dia. Bila penduduk Kg Berembang yang 51 keluarga tu tak nak pindah, MB kata ikut majority. Dah seribu pindah, kenapa yang 51 ni tak nak pindah? Kena ambil tindakan juga, kena juga robohkan rumah mereka.

Bila orang politik, yang ada pangkat datuk, yang jadi wakil rakyat yang wakil parti pemerintah buat salah, kerajaan akan kata oooooo iii ccccc, tak nampak la pulak. Tak pe la, orang lain buat salah juga, nanti kita siasat, dan akhirnya lebur macam tu saja. Bila rakyat biasa buat silap sikit, HAPUSKAN mereka sampai akar umbi. Itu lah kelebihan kepimpinan dinegara ini, hebat sekali dalam menjaga periuk nasi sesama mereka.

Bukan salah mereka, sebab mereka tu memang la macam tu. Salah rakyat juga. Dah diberi kuasa masa mengundi, nak undi juga mangkok hayun semua ni. Ada juga yang rakyat kata, kami tak tahu.... kami ni orang kampung, apa yang ada kat TV tu itu la yang kami tahu. Dah tahu tv tu mengarut, nak tengok juga kenapa? Ada ustaz tak nak belajar, lebih percaya cakap orang politik dari cakap guru agama. Hah... nak salah siapa lagi?


Dah setahun PM kehilangan isteri, dan dia masih bersedih dengan perkara itu. Elok la tui Pak Lah. Tapi dalam pada tu, jenguk-jenguk la jugak kat kem kemunting tu kot-kot ada lagi tahanan yang belum dihadapkan kemahkamah. Kalau tak de kes, lepas kan je la. Takut nanti, kalau tahan lama sangat, tak dihadapkan kemahkamah, tu dah zalim namanya. Bila zalim, dah siap ke jawapan depan Allah nanti? Setakat jadi imam sembahyang, belum tentu lepas depan Allah nanti. Kalau hati sedih bila berpisah dengan isteri, suami-suami yang dalam tahanan tu tak sedih ke terpisah dengan isteri mereka? Cakap tak serupa bikin, nama penipu dan penipu tu Allah tak suka, tak gitu Pak Mid Man? Lupa nak nasihatkan boss ke bila sampai kes ni?


Rufaqa' difatwakan sesat sebab ajaran didakwa terkeluar dari pengajaran Islam yang sebenar. Tak pe la, kalau semua mufti dah kata sesat, kita yang selama ni ikut cakap mufti kena ikutlah. Tapi bila mufti kata tak boleh campur perayaan islam dengan perayaan agama lain kenapa tak ikut? Bila mufti kata pakaian tak tutup aurat tu haram, kenapa tak ikut? Bila mufti kata undang-undang ciptaan manusia yang tak ikut undang-undang islam tu sesat, kenapa tak ikut? Ke Rufaqa' tu sesat sebab mereka kata ketua mereka tu bakal jadi pemimpin Malaysia dan pemimpin dunia? Bila Mahathir ditabalkan sebagai pejuang dunia ketiga tak de pulak kata sesat.


Bila MPKB keluarkan arahan untuk wanita berpakaian sopan, dah jadi isu nasional, isu besar, isu muka depan surat kahbar, isu untuk diperjuankan oleh badan-badan NGO wanita kerana melanggar hak asasi wanita. Tapi bila wanita pakai pakaian yang nampak hampir semua parut-parut dan panau pada badan, tak de pulak nak diperbesarkan. Bila ada premis perniagaan yang memerlukan wanita Islam pakai pakaian yang tak tutup aurat tak de pulak NGO-NGO wanita termasuk yang ada nama islam padanya perjuangkan kerana melanggar hak asasi dan perundangan Islam. Yang ni pun terlepas pandang juga ke?


Bila berlakun filem, ada pegang-pegang, peluk-peluk, tak pulak nak bising, tapi bila Mawi kata dia boleh berlakun asalkan tak pegang tangan, satu cakrawala bersidang membincangkan perkara ini, termasuklah seorang "pelakun warak" yang pernah satu ketika dulu berkhidmat untuk sebuah masjid popular di sebuah kampung ditengah bandar raya. Senang-senang je dia buat fatwa sendiri, bila-bila dah pegang-pegang tu, segalanya akan suci dengan wuduk sebelum solat waktu. Patut la senang sangat islam dia, dosa-dosa senang je nak dihapuskan. Ini tak dikira sebagai ajaran sesat ke wahai yang alim Sahibul Samahah Al-Mufti?


Banyak lagi lah kisah-kisah antara banyak darjat kat negara kita ni. Dulu P.Ramlee hanya tahu dua darjat saja, sebab itu zaman dulu, zaman Tunku dan zaman Tun Razak. Ada peningkatan beberapa darjat zaman mahathir. Tapi zaman dolah ni banyak betul peringkat darjatnya. Mungkin ini salah satu ajaran terbaru dalam arus penghadarian ni kot.


Semoga Allah melaknat semua pemimpin yang menyimpang dari ajaran Allah dan semoga Allah memilih pemimpin yang beramal, bertakwa, tunduk dan takut kepadaNya untuk meminpin negara Malaysia dan seterusnya dunia ini.

Ya Allah, hancurkanlah kezaliman dan tegakkanlah keadilan.


Monday, December 04, 2006

we are survival...?????????????


Survival 1


Kat dunia ni, ada macam-macam jenis manusia. tapi, walau apa pun manusia tu, ada satu benda yang agak-agak sama - hari ni dia nak makan, so that esok dia boleh terus bernafas. Tak kisah la siapa dia tu, menteri ke, bapak menteri ke, bapak dia menteri ke, dia yang undi menteri tu ke, dia tak pernah suka menteri tu, atau dia tak tahu apa tu menteri. Semua nak minum dan makan dan semua nak hidup lagi esok pagi. Tapi dalam nak hidup tu, ada jugak yang tak kisah orang lain hidup ke tak. Dia ingat dunia ni mak bapak dia punya, boleh buat sesuka hati dia.


Tapi dalam tak pernah fikir pasal orang lain, cuba la sesekali fikir macam mana dia boleh hidup kat dunia. Kalau tak pasal ada orang yang take the stand for dia orang ni, belum tentu dia boleh hidup. Kalu lepas beranak, mak dia campak dia dalam sungai atau bagi dia kat harimau lapar, boleh ke dia hidup lagi? Kalau bukan "cikgu" dia ajar apa tu A dan apa tu B, dia pun boleh tentu boleh membaca. Kita ni hidup dalam dunia yang tuhan ipta kita tak boleh hidup sendiri.


Cuma manusia tu, bila tuhan dah bagi dia lebih sikit dari orang lain (ikut pandangan dia la...) dia dah mula lupa diri. Dah mula rasa dia la yang paling hebat kat dunia ni, dia ok with it, i don't need anybody - pooooooorah. Kalau tak de orang nak jual makanan kat kau, pegi la tanam padi kau sendiri, bela ikan kau sendiri, bela ayam kau sendiri, buat rempah kau sendiri, lagi teruk pi la buat dunia kau sendiri dan tak payah la duduk kat dunia yang tuhan buat ni. Boleh macam tu?



Anak-anak kita kekadang tu dia tak nampak apa yang dia tengok. biar rendah mana atau tinggi mana dia duduk atau berdiri, dia lebih realistik sebab tu anak-anak suka bertanya, dia tak buat kesimpulan sendiri sebelum cukup fakta. Kita dulupun anak-anak juga, tanya juga banyak soalan, tapi bila dah jadi mak-bapak orang ni, kekadang tu dah lupa nak tanya, tapi lebih suka jawap, walaupun tak ditanya. anak-anak bila tengok sesuatu, dalam kepala dia tmbul macam-macam benda dia nak tanya, sebab dia nak tahu, bukan tanya sebab nak cakap aku betul kau salah. Ramai mak bapak, yang sesetengahnya dah ramai anak, lupa nak belajar benda ni dari anak2.


Sampai bila nak hidup macam ni? Sampai bila nak survive je dalam hidup ni? Sampai bila nak cakap I right you wrong? Sampai bila nak kata "dengar cakap aku" tapi lupa nak tanya diri sendiri 'aku dengar ke cakap orang?".

Sampai bila nak jadi macam ni? hhmmm...(?)