Baca berita, baca cerita internet, sembang dengan kawan-kawan, cerita dengan orang politik dan orang akademik dan ceritalah dengan sesiapa sahaja, topik ini tak pernah padam dan tak pernah sejuk. Graduan Melayu yang keluar kolej dan pusat pengajian terus meningkat dan ini diikuti rapat dengan peningkatan jumlah graduan yang tidak bekerja.
Maka pelbagai pendapat diberikan. Kerajaan kata, pelbagai program disediakan untuk graduan ini. Pihak yang lagi satu kata, kerajaan tidak bersungguh dalam menangani masalah ini. Maka teruslah kedua pihak ini bertelagah. Yang terus tak ada kerja, para graduan inilah.
Sekarang ni, kita letak tepi masalah tak cukup kerja dinegara ini. Ini masalah global, bukan soal Malaysia saja. Nak salahkan pihak lain memang senang, tapi nak selesai masalah bukan itu caranya.
Kita lupakan soal politik, kita ambil kira kebajikan, masa depan dan sikap para graduan ini. Kita panggil mereka dan tanya mereka satu soalan, apa mereka cari dalam hidup mereka? Pergilah tanya mereka, apa mereka cari dalam hidup mereka. 97% tidak pasti apa mereka cari dalam hidup mereka. Kalau mereka pasti, tentunya mereka tidak akan menganggur.
Tanyalah mereka, sebelum mereka tamat pengajian apa persediaan yang mereka buat untuk masa depan mereka. Ingat, mereka tu graduan, lulusan universiti, kolej dan pusat pengajian tinggi. Kalau mereka tak pasti apa mereka mahu, kemana arah masa depan mereka, apa perancangan mereka untuk masa depan mereka sendiri, lebih baik tak payah sambung belajar di pusat pengajian tinggi.
Mungkin ramai graduan yang marah dengan kenyataan ini, yang asalnya datang dari seorang graduan juga, tapi cerminlah diri sendiri. Apa yang mereka buat untuk masa depan mereka? 97% tak tahu kemana nak pergi. Begitu sempit pemikiran mereka.
Kesian, nak salah kan siapa?
Nak kata kerajaan salah? Tak kan lah masa depan kita kerajaan yang tentukan.
Nak salahkan ibu bapa? Mereka dah hantar kita belajar tu, dah selesailah tugas mereka mereka.
Nak salahkan universiti? Pensyarah tu semua cuma makan gaji untuk habiskan sukatan matapelajaran, mereka bukan penentu masa depan kita.
Jadi, tanggungjawab kitalah untuk tentukan masa depan sendiri. Dalam hidup ini tak ada yang pasti, kecuali mati. Tak ada yang mudah, kecuali bernafas (itupun kalau masih sihat). Ini bukan masa untuk berdebat, salah siapa, tugas siapa. Ini soal maruah kita dan masa depan kita, kerana yang ramai tak kerja tu orang-orang kita. Teruk sangat ke orang-orang kita ni?
Nabi kata 9/10 dari rezeki tu datangnya dengan berniaga. Jadi, kita yang kononnya bijak ni masih mencari yang 1/10 tu kenapa?
Alasannya, nak berniaga tak ada modal, tak ada contact, tak ada pengalaman. Alasan tu semua boleh diterima, semua betul. Tapi alasan tak akan bawa kita kemana-mana. Dalam negara ni ada 480 syarikat jualan langsung, yang rata-ratanya tak perlu modal besar, tak perlu pengalaman, tak perlu contact yang bersar-besar. Kenapa tak cuba satu dari 480 tu? oooo... direct selling, aku ni graduate, mana ada standard. Dik oi, pegi kaji dulu, tengok siapa yang buat business ni, kemudian baru la komen.
Masalah ramai dari kita, cakap tanpa ilmu, buat komen tanpa ilmu, baru jatuh sekaki dah buat kesimpulan untuk 1000 batu didepan. Sebenarnya, bukan masalah kita tak cukup kerja untuk para graduan, tapi ramai yang terlalu sempit pemikiran mereka tu. Mereka dilatih untuk jadi pekerja, dari tadika lagi, malah dari baru lahir lagi. Jadinya, bila dah habis belajar, maka berebut-rebut lah mereka untuk jadi kuli orang lain. Nak jadi boss sendiri, mereka kata tak standard. Jadi, salah ke bila orang lain pandang hina pada kita?
Fikirkanlah (itu pun jika mereka ni mampu berfikir sendiri)..