Tuesday, December 25, 2007

Najmi Faiq

NAJMI FAIQ
18 Zulkaedah 1428
28 November 2007
9.08 pagi, Rabu.

Monday, December 24, 2007

perjalanan, pengalaman, himpunan kisah-kisah....

1

Hidup ini adalah himpunan kisah-kisah yang kita kutip di sepanjang perjalanan naik turun nafas kita. Kita kumpul dan namakannya pengalaman. Darinya, kita belajar erti hidup, kita gunakan untuk merancang masa depan dan kita gunakan untuk bertindak disaat ini.

Kita bukan buat silap, hidup kita juga tak pernah kotor, sebab pengalaman hanyalah kisah-kisah masa lalu, yang kita tak boleh ubah. Pengalaman dan kematangan adalah dari himpunan kisah-kisah yang kita tempuhi, bukan dari himpunan kisah-kisah yang kita baca dan kita lihat..

Roda hidup ini tak pernah berhenti, sentiasa berputar. Dah ia cuma berhenti pada hembusan nafas kita yang terakhir. Pada masa itu, baru kita tahu dimana kita, namun dikala itu, telah terlalu lambat. Kita hanya berharap dan berusaha, supaya di ketika itu, kedudukan kita di roda itu, pada tempat yang paling indah dan selesa.

Ada kalanya ada yang merasakan dirinya kotor, lantaran kisah silamnya. Tapi, siapakah kita nak menghukum orang lain, ataupun diri sendiri? Bukankah Tuhan membuka RahmatNya pada malam hari untuk menerima taubat hambanya yang berdosa disiang hari, dan membuka RahmatNya di siang hari untuk menerima taubat hambaNya yang berdosa di malam hari? Bukan kah Tuhan itu yang menentukan dosa dan pahala? Bukankah Tuhan menginginkan hamba2Nya untuk bertaubat atas dosa-dosa yang dilakukan? Janganlah kita menghukum diri sendiri, mendahului Rahmat Tuhan.

Pelangi yang cantik itu, hanya akan muncul selepas hujan, bila cahaya matahari mula menyerlahkan sinarnya. Pelangi itu tak akan terhasil tanpa gabungan titis-titis air beserta cahaya matahari. Pelangi tidak terhasil sendirian. Bila sejuk bertemu panas, maka terhasillah warna yang sangat indah. Bila malam, tiadalah pelangi. Bila kering air di udara, juga tiadalah pelangi. Bukan kah ini ciptaan Illahi yang amat hebat, untuk kita sama-sama berfikir dan mengambil iktibar?

2



Hari ini aku diduga lagi. Tapi, tak mengapalah. Ini bukan yang pertama dan ini juga bukan yang terakhir. Dugaan ini adalah resam mainan hidup. Datang silih berganti. Hari ini aku tak terluka. Sebab, dugaan ini adalah ujian untuk aku terus membina kematangan. Aku cuma resah, kerana harapan aku untuk anak ini. Bila agaknya dia akan tersenyum kembali? Kenapa begitu berat dugaan untuk dirinya?

Aku yakin, Yang Maha Esa punya perancangan besar untuk anak ini. Kalau tidak, masakan dia diduga sehebat ini. Sering kali, ayatnya seakan dia sudah hilang usaha untuk terus hidup. Sudah sampai kehujung usaha dan kerja kuatnya melawan emosi sendiri. Namun, disebalik itu semua, aku terus bersyukur, kerana anak ini, terus kuat untuk terus hidup. Bukan calang-calang orang boleh tempuh apa yang dia tempuh. Bangga aku dengan anak ini, walaupun banyak masanya, aku seakan tak boleh tidur merindukan manja suaranya dan manis senyumnya.

Aku tak pernah cuba untuk putus asa untuk melihat anak ini kembali senyum. Keluarga aku juga begitu. Aku tahu apa doaku, dan aku pernah dengar doa orang disebelah ku. Begitu syahdu bait-bait ayatnya. Aku ingin sekali melihat anak ini kembali keroda hidupnya, mencongak atas dan bawahnya, melawan kerasnya batu ketika dibawah dan kuatnya angin ketika diatas. Aku sentiasa yakin anak ini akan berada di posisi indahnya, dalam sedikit masa lagi. Dan aku yakin, dengan izin Allah, anak ini akan kembali tersenyum.

Aku hanyalah Abah yang meminta izin untuk melaksanakan tugas aku. Aku yakin, masanya telah hampir tiba, insyaAllah. Dengan segala dugaan yang ditempuhnya, dalam sedikit masa lagi, dia pasti akan kembali tersenyum. Kali ini, dia akan menikmati hidup yang lebih indah, yang sentiasa dia inginkan, yang sentiasa dia doakan. Aku turut berdoa untuk keindahah itu. Aku pernah lihat kisah seumpama ini. Dan bila dugaannya makin hebat, dan dia terus kuat, maka saat indah itu makin hampir.

Dan diketika keindahan itu menjelma, aku pasti, dia akan berada bersama orang yang akan membawanya meneruskan perjalanan didunia yang fana ini. Di ketika itu, mungkin aku tak diperlukan lagi. Di ketika itu, aku mampu tersenyum melihatnya, kerana mungkin itulah tugas aku di dunia ini untuknya. Tugas mengembalikannya pada yang lebih berhak, untuk masa depannya yang lebih indah. Tugas abah ada tempuh tamatnya, kerana selepas itu, ada penyambungnya. Aku ingin melaksanakan tugas aku, dengan baik dan terbaik, insyaAllah. Dan aku ingin melepaskan anak ini, pada yang lebih mampu dan yang lebih berhak.

Aku tetap abah, selagi aku diterima oleh anak ini.......

Dia tetap anakku, didunia dan akhirat......

Kasih ku padanya, tak pernah padam...

Itu sebabnya, aku tak punya jawapan, kenapa kasih ku dan rindu ku padanya, makin mendalam setiap detik...

Kasih abah untuk anak.

Kasih insan untuk insan.

Mungkin kah ini yang aku cari selama ini?

Mungkin kah ini yang aku hilang sejak puluhan tahun yang lalu?
Segalanya mungkin..............

Wednesday, October 17, 2007

Modal insan - apa yang kita dah buat?

Perkataan ini - Modal Insan - mula popular sejak PM kelima ni naik takhta. Macam-macam program, macam2 isu, mcm2 ucapan pasal modal insan ni. Kalau nak cari yang baik pun ada, nak cari yang tak baik pun banyak
Tapi cukup lah yang tak baik tu. Cukup lah membodek pada yang suka bodek. Cukuplah membangkang pada yang suka bangkang. Cukuplah menghentam pada yang suka hentam. Cukuplah semua tu. Mari kita buka mata, buka hati, buka minda, ambil tindakan dan jadikan perkataan ini satu realiti dan buang jauh-jauh kepentingan peribadi, politik, nafsu, duit dan semua yang sewaktu dengannya.
Mari kita tanya diri kita, apa tu modal insan? Setiap orang mungkin ada definisi sendiri. Lepas tu tanya diri kita, apa yang kita dah buat dengan modal insan ni? Apa sumbangan kita? Insan tu termasuklah diri sendiri. Apa yang kita dah buat untuk bangunkan diri sendiri? Selain dari bangun setiap kali duduk dan tidur?
Ta payah tanya orang politik la, buang masa je. Orang politik kerja dia berpolitik, bukan bangunkan modal insan. Tak kan la diri sendiri, masa depan sendiri nak suruh orang lain jaga. Orang politik apa peduli pasal kita. Nak pilihan raya ada la dia datang. Lainnya ada ke dia peduli? Tak de maknanye... Zakaria Deros yangkontroversi tu pun pun ok je, siap tayang istana dia lagi. Tu ke orang nak jaga modal insan? Ni belum kisah2 intim ahli politik yang lain. Modal insan yang tu, cekap la dia.
Masa depan kita ditangan kita. Kalau kita tak de agenda sendiri, kita akan jatuh dalam agenda orang lain. Dan itu la yang selalu terjadi, bila modal insan terpenting - diri kita - kita harap orang lain yang nak bangunkan.
Jom fikir dan ambil tindakan untuk diri sendiri. Nak tau apa aku buat? mai la jumpa.... mari.. mari... jangan malu-malu...

Saturday, June 09, 2007

Dataran Merdeka lepas tengah malam.....

Dah lama tak merayap kat dataran merdeka tengah-tengah malam. Malam tadi, lepas makan nasi lemak kat kampung baru, masa nak balik, lalu sekejap depan dataran merdeka. Dataran Merdeka ni banyak sejarah, macam-macam sejarah. Dan, Dataran Merdeka ni dekat dengan Bukit Aman, Ibu Pejabat PDRM, dekat dengan ibupejabat DBKL, dekat dengan bangunan Mahkamah.

Malam tadi (mungkin juga seperti malam-malam yang lain) ada pertunjukan percuma "mat rempit". Macam-macam aksi, macam-macam gaya. Sebelum ni heboh nak "dihapuskan" aksi bahaya mat rempit. Malam tadi aku tengok aksi ni depan Bukit Aman, depat office DBKL, kat tengah-tengah bandaraya, di Dataran Merdeka.

Hebat sungguh negara kita ni. Mungkin DBKL dan PDRM nak tunggu "laporan" baru nak ambil tindakan agaknya. Tak pe lah, kalau sekali lagi nampak aksi-aksi macam ni, mungkin ada la yang nak buat laporan. Yang malas nak buat "laporan" tu bukan apa, sebab Datarn Merdeka tu depan "Balai Besar Polis Malaysia" dan depan pejabat DBKL. Nak laporan apa lagi?

Kalau "aksi" tu dari pemuda PAS, AMK, pemuda DAP, mungkin tak perlu laporan agaknya. Belum angkat tayar depan, "motor" dah kena angkat masuk lori, atau mungkin dah mandi air lori merah. Agaknya la... Kalau kempen pilihanraya pun kena ganggu dengan bunyi helikopter, ni kan pulak kalau buat program tengah malam kat Dataran Merdeka.

Nak salahkan anggota Polis dan penguatkuasa DBKL, tak boleh jugak. Sebab mereka tu semua makan gaji. Tahu je la attitude orang makan gaji. Kalau diluar waktu kerja, jangan ganggu aku. Kalau masa kerja, kena tunggu laporan dan arahan. Namapun 'saya yang menurut perintah". Nak salahkan mat rempit tak boleh juga, sebab itu la kerja dia. Buat "persembahan percuma" kat dataran merdeka. Penontonnya bukan sedikit.

Nak salahkan siapa? Tak perlu salahkan sesiapa. Dan aku oun tak berminat nak salahkan sesiapa. Lantak kau la. Nak mati ke, nak hancur ke, jangan kacau orang dah la. Buat aksi kat dataran merdeka lagi baik. Tak ganggu kawasan perumahan, tak ganggu orang nak tidur. Buat bulak depan Bukit Aman. Semoga aman la dalam kubur nanti kalau ada yang patah tengkuk kat situ.

Cuma nak bertanya la pada yang dok heboh nak menjaga dan membimbing mat-mat rempit ni. Apa dah jadi? Cakap je lebih, tapi kes tak selesai jugak. Ni dah dekat pilihan raya ni. Kenapa tak datang "betulkan" mat-mat dan minah-minah rempit ni? Nanti boleh la buat budak-budak ni jadi "pekerja" nak gantung poster dan bendera, nak bawa bendera kehulu kehilir, nak escort datuk-datuk menteri keliling negara, baru la nampak gah ramai penyokong. (Mat rempit ni daftar mengundi ke?)

Ni la sikit kisah semalam di Dataran Merdek. Tempat bersejarah, depan Bukit Aman dan Depan DBKL. Tapi kisah ni berlaku waktu tengah malam, masa ramai "pekerja sedang tidur" dan orang muda keluar berhibur....

Thursday, May 10, 2007

Mereka yang ditemui setiap hari


Ada orang yang kita jumpa setiap hari, jumpa selalu, jumpa sesekali, atau mungkin juga, sekali sahaja kita jumpa dia. Setiap hari kita jumpa seseorang, atau mungkin juga ramai orang. Manusia datang dalam hidup kita atas pelbagai sebab.

Yang penting, bukan berapa kali kita jumpa dia, tapi apa sumbangan kita pada dia setiap kali kita jumpa, yang boleh membantu dia untuk hidup dengan lebih baik dalam dunia ini....

Kalau jumpa setiap hari pun, tapi kita tak mampu memberi sumbangan untuk dia hidup dengan lebih baik dari semalam, apa perlu kita berjumpa dengan dia? Kalau kita hanya berjumpa sekali, dan itulah sekali didunia ini, tapi kita mampu memberi sumbangan untuk dia meniti hidup yang lebih baik, bukankah itu sangat bermakna.

Berapa ramai pula yang kita jumpa, dan kita mampu memberi sumbangan, mampu create values dalam hidup dia, tapi kita bertangguh. Berapa ramai orang yang kita jumpa, yang kalau kita sekadar senyum telah dapat membuat hidupnya pada hari itu lebih bermakna, tapi senyum kita terlalu mahal untuknya. Berap ramai yang kita sering jumpa, pernah bertegur sapa, tapi namanya tak pernah kita tanya. Kalau tanya pun, tak pernah kita ingat.

Terlalu banyak yang boleh dituliskan. Terlalu ramai orang yang hadir dalam hidup kita. Terlalu banyak kesempatan yang terbuang begitu saja. Terlalu banyak peristiwa yang kita "keep moving to the left" dan kita terlupa untuk menyapa manusia yang sekejap tadi berada didepan mata kita, dan, mungkin itu pertemuan terakhir kita dengannya. Dan berapa lama lagi masa yang kita perlu ambil untuk menyedekahkan senyum, menyapa, mengucap salam, bertanya khabar, memberi nilai, kepada setaip insan dan setiap jiwa yang kita jumpa setiap hari, walaupun mungkin itulah saja pertemuan kita dengan manusia itu....

Apakah terlalu bakhil kita ini dengan apa yang kita ada, sehingga terlupa semua itu adalah kurniaan Ilahi pada kita?

Wednesday, May 09, 2007

Mencari dan terus mencari.............


Tadi jumpa kawan kat kedai makan, sambil tu sembang-sembang. Tak de pasal politik, tak de pasal artis, pasal gosip, tapi pasal masa depan. Macam2 la boleh cerita kalau nak cerita pasal masa depan. Salah satunya pasal business. Soal macam mana nak cari duit lebih, untuk tampung kos yang makin bertambah. Nak komplain, nak piket, boleh, tapi bila berhadapan dgn org yg ada mata tapi tak tengok, ada akal tapi tak fikir, ada telinga tapi tak dengar, uat apa kita yang ada tenaga ni tapi gunakan untuk benda lain?

Antara yang dibincang soal apa lagi nak buat lepas ni. Menaraik. Tapi yang lebih menarik bila apa yang dibincangkan soal bagaimana, bukan mengapa. How not why.

Lain orang lain keutamaannya. Sebab tu, cara kita buat kerja pun lain2. Jadi, dari bincang soal macam mana nak buat, kenapa tak cerita dulu, kenapa kita perlu buat?

Menarik, bila kita berbincang dengan manusia ni........

Monday, May 07, 2007

Complain, compare, critics, etc etc .....






Pagi ni sorang kawan talipon. Mengadu psal kerja, pasal kawan2 dia kat office, pasal orang yang nak pegioutstation, bukan sebab nak kerja tapi sebab dapat peluang bawa anak pegi jalan2, kerja tak nak buat, tapi nak pegi jalan2. Dah tu, kerja kat agensi kerajaan, jalan2 guna duit rakyat, gaji dari duit rakyat, tapi kerja tak nak buat. Macam tu la lebih kurang cerita dia. Memang betul pun. Memang ramai orang yang kerja makan gaji macam tu. Dan memang ramai kakitanagn kerajaan macam tu. Bukat setakat yang pangkat bawah, ni dari atas sampai bawah. Ni lah rasanya kepimpinan melalui teladan. Ikut membabi buta. elok ke tak leok ke, ikut saja, yang penting hidup aku senang, heh he... Manusia, macam ni la...

Selalunya orang macam ni kena bagi dia pilihan. Nak kerja ke tak nak? Kalau tak nak kerja, suruh dia balik rumah je la. Tak payah datang office terus. Nak lagi elok, submit surat berhenti. Kalau tak pun, suruh dia relax kat rumah terus, lepas 3 hari suruh boss dia pulak hantar surat termination kat dia. Senang cerita. Banyak kisah2 kakitang kerajaan ni kita dengar. Sampai dah malas nak dengar dah.

Bukan nak jadi busy body. Tapi duit gaji mereka tu, rakyat yang bayar. Kalau dah rasa tak boleh nak kerja, tak boleh nak perform, elok resign je la. Tak la susah nak jawab kat akhirat nanti. Kalau tak mampu nak jaga manah yang diberi, bagi je la tugas tu kat orang lain. Tak payah cerita banyak lah kisah ni, semua orang dah tau dah... Dah jemu nak ungkit kisah pemalas ni. Duit nak, kerja malas.

Lebih menarik dari kes diatas, kes ramai kawan yang komplain ni. Bila dah duduk dalam keadaan macam tu, memang susah atau tak boleh nak ubah sikap manusia lain. Komlain la macam mana pun, kalau dah malas tu, malas jugak la. Tapi diri sendiri macam mana? Komplain la macam mana pun, people don't change. We can only change ourselve. So, kalau dah tak suka sikap manusia macam tu, kenapa diri sendiri tak cari benda lain untuk dibuat? Kenapa tak cari kerja lain? Kenapa tak buat je business sendiri. teruk sikit buat kerja sendiri ni, tapi hasilnya berbaloi, insyaAllah.

Banyak business boleh buat. Paling senang, buat je la network marketing, atau sesetengah orang panggil MLM or direct selling. Ni pun business jugak. Jangan la buat skim piramid, tu dah kira haram tu. Buat la yanglegal, yang ada lesen, yang disahkan halal. Tak pasti, pegi la tanya ustaz atau tok-tok guru yang tahu hukam hakam agama.

Majoritinya bila diajukan peluang ni, katanya tak minat, tak tau nak buat, tak suka jual, bla bla bla... Jadi, kerja makan gaji tu sebab minat la? Komplain pasal orang lain setiap hari tu pasal minat? Komplain gaji tak cukup tu pasal minat? Maki boss setiap hari tu sebab minat? Bila tengok balik manusia2 ni, ramainya cuma suka complain tapi tak sanggup nak berubah. Apa salahnya tengok dulu, study dulu, cari fakta dan information dulu, faham dulu, then baru la buat decision. Ni belum apa2 lagi, dah tak minat, tak pandai, ta tahu. Agaknya masa baru lahir dulu, terus pandai makan sendiri kot, terus pandai jalan?

Sikap manusia ni memang menarik. Nak cari yang yakin pada diri sendiri sikit je. Yang sanggup berubah untuk kebaikan pun sedikit je. Ynag sanggup kerja kuat pun sedikit je. Yang cari sebab untuk terus hidup pun sedikit je. Yang ramai? Ikut je la.... apa nak buat..... dah takdir..... berserah je la... kau boleh la..... dah aku macam ni, nak buat macam mana..... etc etc etc.... bla bla bla...

Bila tengok balik, elok juga ramai orang macam ni, cakap tak habis2, kerja tak pernah habis. Dalam negara ni dan dalam dunia ni, macam2 peluang ada. Kalau setakat nak buat business sendiri, setakat nak tampung hidup keluarga, macam2 benda boleh buat. Jual air tepi jalan pun boleh hidup. Tapi kalau dah dapat penyakit malas, apa pu tak boleh jadi. Yang eloknya, bila ramai sanat yang malas, kita rajin sikit je, tentu kita jauh lebih berjaya dari yang malas tu. Kita plan sikit, ada agenda sendiri, kerja kuat sikit, tentu semua pemalas tu akan jatuh dalam agenda kita, dalam perancangan kita. Janjikan dia istana asap dilangit, istana buih dilaut, istana daun dihutan, dia tentu suka. Lepas tu sebab dia malas nak fikir, dia buat je la apa kita suruh dia buat. Akhirnya, dia akan kerja untuk kita, dan kita bagi la dia gaji lebih sikit dari yang orang lain bayar dia. Dia akan jadi pekerja yang setia untuk kita. Kalau kita "zalim" sikit, dia akan jadi "hamba" yang setia.

Ini hakikat hidup. Kalau kita tak ada agenda sendiri, kita akan jatuh dalam agenda orang lain. Dalam banyak2 malas, malas yang paling "menyakitkan" antaranya malas untuk berfikir dan malas untuk cari ilmu. Manusia jenis ni, selayaknnya jadi hamba saja la. Kita semua ni memang hamba, tapi "tuan" kita Allah SWT. Kita tak boleh jadi hamba pada manusia. Tapi bila dah mals, tentu akhirnya nanti kita jadi "hamba" pada manusia, samada kita sedar atau tidak. Kita kena ikut cakap manusia untuk terus hidup.

Kita semua ada kisah hidup sendiri. Setiap kita buat silap. Setiap kita pernah jatuh dan mungkin akan jatuh lagi. Yang penting, bukan berapa kali buat silap, tapi apa kita buat bila kita sedar kesilapan kita. Bukan berapa kali jatuh, tapi secepat mana kita mampu bangun semula. Bukan barapa kali kita gagal, tapi secepat mana kita cari jalan untuk berjaya.

Perjalanan hidup ini, bukan untuk mencari kejayaan. Sebab berjaya atau gagal yang hakiki, bukan didunia ini. Kejayaan hakiki, selepas ini. Hidup ini satu perjalanan yang tiada hujung. Hidup ini, satu usaha dan kerja yang tidak ada noktah. Hidup ini satu "perjalan", satu "journey" yang kita tak perlu tahu mana destinasinya. Sebab destinasi tu kita sendiri pun tak tahu. Dia boleh sampai secara tiba2.

Soalnya - APAKAH KITA TELAH BERSEDIA?

Sunday, May 06, 2007

Kenapa kita hendak apa yang kita hendak?




Aku baru lepas baca artikel kenapa nak jadi doktor by saifulislam.com. Ustaz ni bertanya para pelajar perubatannya kenapa mereka nak jadi doktor. Huraian yang sangat baik. Bernas, mudah dan sangat senang nak faham. Bila yang menulis tu faham agama, bila islamnya kerana pilihan, bukan warisan, maka terjahannya pada setiap persoalan, pasti membawa nilai yang tinggi. Yang boleh diambil pengajaran. Yang boleh direnungkan. Ini bukan persoalan debat AF atau, soal jomheboh. Ini dah masuk soal hidup disini dan disana. Hmmm... sebelum tu, kalau mufti dah kata haram, tapi masih buat lagi, agaknya layak ke lagi disokong program macam tu? Sendiri mau ingat la. Kalau mufti kata haram, kita masih sokong, cakap siapa lagi kita nak dengar? Kalau macam tu, mati nanti, patut ke nak sedekah fatihah?

Ok lah, cukuplah cerita negatif tu. Balik pada tajuk asal. Kenapa kita hendak apa yang kita hendak? Kenapa nak jadi doktor? nak tolong orang lain? Dengan pengorbana besar tu, dan dengan wang besar yang menanti, siapa yang nak ditolong? Kalau tak de duit, boleh ke dapat rawatan pakar sekarang ni? Kalau tak de duit, nak tunggu doktor "kerajaan" nak rawat, sempat ke hidup lagi bila dah sampai giliran nanti? Kalau tak de duit, boleh ke dapat rawatan kat wad kecemasan hospital swasta pukul 3 pagi hari ahad? Kalau tak de duit, boleh ke panggil dokor datang rumah bila pesakit tak boleh bangun lagi? Jadi, nak jadi doktor tu untuk apa? Hanya yang nak jadi doktor saja boleh jawap soalan ni. Dan yang dah jadi doktor, mungkin jawapan mereka masa nak jadi soktor dengan bila dah jadi doktor ni, mungkin dah berubah kot. Mungkinlah, aku bukan doktor, mana la aku tau.

Bukan setakat doktor. Profesion yang lain pun serupa jugak. Kenapa kita pilih profession yang kita pilih? Kenapa nak jadi engineer, lawyer, accountant, atau apa saja. Kenapa pilih untuk kerja sendiri? Kenapa pilih untuk kerja dgn orang lain? Kenapa pilih buat business? Semua pilihan kita, kenapa kita buat pilihan itu? Ini semua persoalan yang sangat baik untuk kita soal dan hanya kita saja yang ada jawapannya.

Ramai yang pilih profession dan pekerjaan dan perniagaan kerana duit. Sebab, walau pun duit bukan segalanya, tapi segalanya nak duit. Nak pegi mekah pun nak kena ada duit. Nak belajar pun nak kena ada duit. Nak jumpa doktor yang bagus2 pun kena ada duit. Ynag penting, kenapa profession atau perniagaaan itu yang kita pilih. Yang penting, apa nilainya yang kita letakkan. Yang pentingnya, kenapa bukan yang lain, kenapa yang itu?

Kalau setakat duit, apa pun boleh dapat duit. Nak yang halal, macam2 benda boleh dapat duit halal. Yang penting, what beyond money? Disebalik duit itu ada apa? Disebalik profession dan kelulusan itu ada apa? Disebalik perniagaan itu ada apa? Atau kita pilih kerana kita tiada pilihan? Tidak..... Kita semua ada pilihan, dan pilihan terakhir adalah chose what have been chosen. Itu juga pilihan.

Bila berhadapan dengan persoalan ini, bila berhadapan dengan perniagaan yang aku buat, ini soalan penting kepada diri sendiri, dan juga kepada kawan2 yang pilih untuk buat business ini bersama2. Kenapa nak buat business ini? Untuk apa? Apa dah pasti nak buat? Kenapa cari customers? Kenapa pilih orang itu jadi customer? Kenapa pilih orang itu untuk dikongsi perniagaan ini? Kenapa pilih orang itu untuk dibantu dalam perniagaan ini? Kenapa tidak orang lain? Why? Peroslan ini tidak kunjung sudah. Tidak habis. Akan sentiasa disoal. Kalau orang lain tak soal, diri sendiri kena soal. Inilah realiti kehidupan.

Yang penting, kena pasti dengan sebab kita buat pilihan. Pasti dengan sebab pilihan kita. Pasti dengan kehidupan kita. Tahu siapa kita. Kenapa kita disini. Apa yang kita hendak. Kemana kita nak pergi. Dan carilah cara yang Tuhan restu untuk dapat apa yang kita cari. Kalau kita tak ada agnda sendiri, perancangan sendiri, tindakan sendiri, pilihan sendiri, kita pasti akan jatuh dalam perancangan dan tindakan orang lain.

Saturday, May 05, 2007

Manusia, mastery, masters, bla bla bla......

Baru-baru ni heboh pasal siatan pasal keatas seorang 'pakar motivasi" yang dikatakan menghina agama lain. Macam biasa, pihak yang disiasat ni, yang dipanggil "master" menafikan. Katanya, ini soal business, ada orang nak kacau business dia. Macam-macam la orang kata. Yang suka mestilah sokong. Yang tak suka, mestilah tentang. Lantak kau la.

Tapi, mastery tu apa? Entah la. Kalau ikut buku, mastery ni ada step to mastery atau key to mastery dan ada "mastery". Yang penting, mana-mana buku pun cakap, 1st, being present. Nak master anything, kena hidup dalam masa ini, masa sekarang, bukan tadi, bukan kejap lagi. Itu yang paling utama dalam mastery. Fikiran kita fikir sekarang dan tindakan kita juga sekarang. Yang dah lepas tu, sebagai panduan je, dan masa depan tu, matlamat je. Yang penting, apa kita buat sekarang.

Mastery ni kena practice. Tak boleh main teori je. Bukan sangat apa yang kita dah dapat atau apa ita akan dapat. Tapi kita kena practice setiap masa. Orang yang hebat dalam bidang dia, apa sajalah, sebab dia practice lebih dari orang lain. "lagenda" dalam bidang masing-masing, sukan, falsafah, profession apa saja, sebab dia practice lebihdari orang lain. tengok la ahli sukan yang terbaik didunia, yang lebihnya dia dari orang lain sebab dia practice lebih dari yang lain. Pakar dalam apa bidng pun, sebab dia practice lebih dari yang lain.

Mastery nak kena ada cikgu, bukan guru. Cikgu ni boleh jadi siapa saja atau apa saja. Tapi paling elok kena ada cikgu yang kita oleh berkomunikasi. Kena ada cikgu yang boleh tegur kesilapan kita. Walau macam mana handal pun ahli sukan terbaik dunia, pakar, atau apa saja, dia tetap ada cikgu. Cikgu dia pulak manusia. Setakat baca buku, tengok VCD, dengar CD, tak cukup. Sebab yang tu satu hala. Kena dua hala. Ada blank spot yang kita tak nampak. Kena la ada orang lain yang kena bagi tau kita blank spot tu. Kalau nak pilih cikgu, tengok la anak murid dia. Cikgu yang baik, bila anak murid dia hebat. Kalau cikgu tu asyik cakap je, anak murid tak jadi apa, hormat dia, tapi tak perlu ikut dia. Kalau silap pilih cikgu yang syok sendiri, alamat tak kemana la kita nanti.

Kena "serah diri" kita pada cikgu kita. Jangan silap faham pulak. Ramai orang "serah diri" pada "cikgu" sekarang ni. Sampai benda yang bukan-bukan pun depa bagi. Tubuh badan pun depa bagi. Ni bangang namanya. Tu bukan mastery, tu *******. Serah diri ni, kita ikut apa yang cikgu tu cakap, tak payah bantah, tak payah lawan. Kalau ada yang kita rasa tak sesuai, bermuzakarah. Bukan ikut membabi buta. Tu sebab kena pilih cikgu yang betul. Tengok dulu anak murid dia macam mana, lepas tu kita ikut la dia. Kalau pilih cikgu yang sembahyang pun seminggu sekali, kalau tak pun setahun sekali, boleh ka dia nak bawa kita "kejalan yang benar"? Kalau cikgu syok sendiri, lebih baik angkat kaki. Kalau cikgu asyik cakap, tapi dia sendiri tak buat, lebih baik angkat kaki. Tapi jangan silap faham, sebab kadang-kadang, bila bab practis, cikgu tak semestinya lebih baik dari anak murid. Yang paing penting, cikgu ni boleh melahirkn anak murid yang hebat. Tu la cikgu yang kita nak pilih. Kalau cikgu ni asyik "bunuh" anak murid, tak kisah la semangat ka, masa depan ka, labih baik angkat kaki cepat-cepat.

Apa yang kita hendak tu sangat penting. Kita nak master dalam bidang tu sebab apa? Clear dulu apa tujuan kita. Jangan sebab ikut-ikut. Ramai yang nak master dalam sesuatu bidang tu, sebab ikut-ikut. Dia jarang tanya diri sendiri apa yang dia nak. Kesian jugak orang macam ni. Bila dah jadi macam ni, bila something happen, mula la dia give up. Mastery mana boleh senang-senang give up. kalau kita rasa kita betul-betul nak benda tu, intention very clear, baru la kita boleh buat. Ni bukan soal benda ni senang atau susah, excited atau tidak, boleh buat atau tidak. Ni soal kita clear atau tidak apa yang kita nak sebenarnya. Dah tu, kita kena bertanggung jawab atas segalanya. Tak boleh nak salah kan sesiapa. Hidup kita ni tanggung jawap kita. Masa depan kita tanggung jawap kita. Tak payah la nak salah kan orang lain. sebab tu juga, pilihan yang kita buat tu sangat penting.

Apa prinsip hidup kita? Mastery ni kena hidup ikut prinsip. tak boleh jadi lalang. Sebab tu dalam banyak hal, susah jugak nak jadi "master" ni. Banyak dugaan. Bukan senang. Tapi itu la nikmatnya. Bila kita hidup atas dasar prinsip kita, so, boleh la kita mulakan perjalanan kita untuk master bidang yang kita suka, yang kita pilih, yang kita ada passion.

mastery ni bukan destinasi, tapi satu perjalanan yang tidak ada hujungnya. Teangok saja orang-orang yang "hebat" dalam dunia ni, dalam bidang mereka. Mereka tak ada istilah "bersara". Bila penat mereka rehat, lepas tu sambung semula. Ahli sukan yang hebat, yang buat kan dia "enjoy' bukan bila dah menang, tapi sepanjang perjalanan dalam "pertandingan" dia. Final result not really important. Yang penting, yang seronok, yang nikmat, perjalanan tu. Untuk pemian bola misalnya, bukan jaringan yang seronok, tapi larian untuk buat jaringan tu yang seronoknya. Untuk pemain bola keranjang, pun, bukan jaringan yang seronoknya. Bila dah buat jaringan, habis la. Yang seronoknya sewaktu badan melayang nak buat jariangan tu. Bila dah buat jaringan, enjoy, celebrate untuk 2 second, lepas tu back to present moment. Lari lagi, melayang lagi, jaring lagi. Itu la mastery, sebahagiannya la.

Ramai yang belum master lagi, sebab m,asih hidup dalam masa lampau. Masih merayaka kemenangan semalam. Masih menangisi kekalahan semalam. Masih seronok dengan impian baru, atau takut dengan masa depan. satu-satunya masa yang kita ada, adalah sekarang. Bukan tadi, bukan kejap lagi. Macam mana nak master kalau tak boleh hidup, "bernafas", take action untuk masa sekarang?

Macam mana nak master kalau tak boleh cakap aku ni tak de apa-apa, aku ni "nothing"? Macam mana nak master kalau tak boleh terima apa saja result yang kita ada dan keep moving. Apa yang kita dapat, ok, iu yang kita dapat. Dah la tu, move on, create another result. Yang dah lepas, dah, tak boleh ubanh lagi dah. Keep moving. Macam mana nak master kalau tak de komitmen nak berubah, komitmen nak buat benda bau yang boleh perbaiki diri sendiri?

Sebab tu nak master ni, tujuan kena jelas, kena ada cikgu yang boleh tolong kita maju, kena practice, kena dengar cakap cikgu, kena komited, kena ada prinsip hidup. Bukan senang, tapi nikmatnya hanya kita yang tahu. Kalau sekadar pandai cakap, lebih baik duduk rumah je la. Tak pun setiap hari pergi kerja, balik kerja. Terima je la apa yang orang nak bagi kat kita.

Cumanya dalam hidup ni, "KALAU KITA TAK ADA AGENDA SENDIRI, KITA AKAN JATUH DALAM AGENDA ORANG LAIN".

Friday, May 04, 2007


Apa yang kita cari dalam hidup? Ilmu, harta, kekayaan, kesenangan, keseronokan? Atau apa? Apa pun yang kita cari, semuanya betul. Sebab ini adalah kehidupan sendiri. Jadi apa sahaja yang betul untuk kita, betullah jadinya. Cuma, kalau yang betul untuk kita tu, betul juga pada Tuhan, maka bahagialah hidup di dunia dan akhirat. Kalau yang kita cari tu tak betul pada Tuhan, cuma betul pada kita, bertaubatlah selagi masih ada masa. Takut-takut nanti, sengsara hidup selepas ini.
Ada manusia yang egonya terlalu tinggi. Mungkin sebab harta dia lebih sikit, ilmu dia lebih sikit, kesenangan dia lebih sikit, jawatan dia tinggi sikit dari orang lain, dan kurnia Tuhan pada dia lebih sikit pada masa ini, maka egonya juga lebih sikit. ia terlalu alpa untuk fikir fasal orang lain. Yang penting dia dapat, dia lebih. Orang lain, pandai-pandai sendiri lah. Kadang-kadang sampai lupa, yang hidup ni cuma sementara. Tak lama lagi, dah nak pindah "alam". Masuk ke"bilik transit" sebelum sampai ke dewan menunggu, untuk dihantar ke destinasi sebenar. Semoga Allah menyelamatkan dia disini dan disana. Kesian ya, kalau dah senja, masih main bola hingga lupa waktu solat dah masuk.
Seorang lagi manusia, juga egonya tinggi. Yang ini, mungkin sebab nak jaga nama. Banyak yang Tuhan dah ambil balik dari dia. Tapi masih lupa nak letak dahi di sejadah. Harta dah ditarik balik, dulu banyak sekarang dah hampir tiada, kawan-kawan makin menyepi, ilmu dah makin kurang, kesihatan makin menurun, keluarga makin mengecil, segalanya nampak makin kurang. Tapi ada satu yang makin besar - cakapnya dan angan-angannya. Kesian juga pada manusia ini. Semoga sebelum nafas terakhir disedut dan dihembus, sempatlah dia bermunajat di sepertiga malam. Semoga Allah menerimanya sebagai insan yang bersih dan suci. Semoga dia tersentak dengan segala yang hilang itu sebagai peringatan dari Tuhan atas segala peri lakunya selama ini.
Macam-macam kisah manusia yang boleh jumpa, terjumpa dan datang bertimpa dalam hidup ini. Kesian ada, sedih pun ada, malas nak fikir pun ada. Tapi, manusia ni macam tu lah. Yang penting, kena tanya diri sendiri, aku ni macam mana? Dalam golongan mana? Dengan dosa yang bertimpa, amal yang tak seberapa, layak ke aku mendapat rahmat dari Nya? Layak ke aku masuk kesyurga Nya? Mampukah aku menahan azab derita didunia dan akhirat (nauzubillah).
Didunia yang sementara ni, ada banyak tugas nak kena buat. Lagipun, bukan lama sangat, berbanding kehidupan selepas ini yang tiada lagi matinya. Yang sukarnya, sebab mati hanya sekali, tapi kehidupan selepas mati tu, hakiki. Bersediakah aku untuk kehidupan selepas ini?
Kalau ikut pesan Nabi, tentu selamat. Nak fikir pasal orang lain yang tak pernah pun fikir pasal diri dia, nak buat apa ya? Tapi, sebelum tu, ada satu tugas nak kena buat dulu, sebelum angkat kaki- tugas mengingatkan sesama manusia. Nampak senang, tapi tak senang. Tapi yang ni namanya pun tugas. Kena buat juga. Hati manusia tu, Tuha yang pegang. Tugas kita mengingatkan, selebihnya, Tuhan yang akan tentukan.

Monday, April 30, 2007

And the winner is................

Habis dah pilihanraya kecil Ijok. Sekali lagi kemenangan yang diduga. Kalau BN kalah, mungkin keputusannya dikeluarkan oleh pihak media selepas 24 jam. Tapi kali ni, BN menang lagi. Bukan mustahilpun BN menang. Kalau satu "negara" turun kempen untuk BN, dari media swasta milik parti politik pemerintah, hinggalah media milik rakyatyang dikudakan untuk parti politik pemerintah, hinggalah kepada TPM dan menteri-menteri yang 10 hari ni lupa dia dipilih rakyat untuk berkhidmat untuk rakyat, hinggalah kepada anggota kerajaan yang dibayar gaji dengan duit rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat, semuanya berkempen untuk BN.
Yang sokong pembangkang, semuanya disekat, media keluarkan berita yang buruk-buruk dan berita-berita yang boleh buat orang tak sokong. Akhirnya, satu rekod baru keluar mengundi dan akhirnya BN menang lagi. Hanya Tuhan yang tahu kesahihannya.
Kalau menang cara betul, kesianlah orang Ijok yang pilih calon tu untuk menang. Nanti bolehlah JKKK jemput dia datang kenduri doa selamat. Kalau menang cara tak betul, tunggulah azab Tuhan. Kalaupun tak diakhirat, didunia ni pasti akan datang. Setiap sen duit rakyat yang digunakan untuk kepentingan parti dan individu, yang bukan untuk kepentingan rakyat keseluruhannya, sampai mati aku tak halalkan dan sampai mati aku tak redha, kecuali dengan taubat dan dedahkan semuanya pada rakyat.

Lepas ni pegilah jengok-jengok Ijok lagi. Segala projek yang tengah buat tu, bila nak siap agaknya. Mungkin tunggu pilihanraya umum pulak la kot. Atau mungkin tiba-tiba saja peruntukan tak cukup. Atau mungkin peruntukan dipindahkan ketempat lain. Dan ada pelbagai kemungkinan yang lain.

Yang pasti, kalau nak pembangunan segera, kelulusan segera, mintalah pilihanraya kecil diadakan selalu. Bukan nak minta orang mati, cuma inilah caranya dinegara ni. Bila ada pilihanraya kecil, cepatlah pembangunan datang. Cepatlah permohonan tanah diluluskan. Cepatlah dapat bantuan. Dan mudahlah nak tengok menteri-menteri dan wakil-wakil rakyat. Kalau tak, kenalah tunggu 5 tahun sekali untuk tengok wakil rakyat datang kampung, wakil rakyat singgah rumah, wakil rakyat yang mesra rakyat.

Tak kisahlah apa parti wakil rakyat tu, apa parti oramg politik tu, menang kalah dia tetap senang. Yang dok sokong, gntung poster, jadi "gangster", "pengawal keselamatan" dan semua penyokong fanatik orang-orang politik tu, dapat apa? Sebelum ni heboh penyokong dan peminat fanatik artis-artis, sekarang ni orang politik pun macam artis jugak agaknya. Bezanya, artis dapat duit dari show yang dia buat, orang politik dapat duit walaupun "no show" kecuali bila dekat pilihanraya.

Inilah akibatnya, bila diri sendiri tak ada agenda untuk hidup dan masa depan sendiri, maka jatuhlah mereka dalam agenda orang lain. Bila masa depan sendiri tak boleh nak atur, maka orang lain yang akan atur masa depan mereka. Kalau dah "bangang" tahap maksima dan tahap kritikal, maka elok la jadi balaci orang lain sampai mati. Faham ke? kalau tak faham, memang elok la jadi maca tu.......

Saturday, April 28, 2007

Bila manusia-manusia bangang berpolitik....

Setiap kali pilihanraya berlaku, terutamanya pilihanraya kecil, pelbagai insiden pergaduhan, pukul-memukul, tahan-menahan, herdik-mengherdik, lawan-melawan pasti berlaku. Dalam akhbar disiarkan, dalam radio & telivisyen disiarkan, dalam internet disiarkan. Berita yang disiarkan pastilah mengikut meida tu milikparti mana. Kalau TV & Radio Malaysia, TV3 & meda prima, internet milik UMNO & BN, yang betul semuanya BN lah. Kalau milik pembangkang, maka yang betunya milik pembangkang lah.

Tak terfikir di minda, betapa bodoh dan bangangnya para penyokongyang bertindak diluar batas undang-undang ni. Untuk apa? Untuk RM 20 atau RM 200? Untuk sehelai t-shirt bitu yang harga RM7.50 tu? Untuk sebungkus nasi lauk ayam? Untuk apa? Bodoh dan bangang yang amat dahshat. Kalau kena tahan? Ada pak menteri nak jamin? Bodoh!! Kalau cedera, siapa yang susah? Kalau mati, boleh mati shahid? Kenapa lah bodoh sangat manusia-manusia ni?

Itu lah, disuruh belajar, tak nak. Nam merempit tk tentu pasal. Bila otak tu kosong, tak tau apa nak buat untuk diri sendiri, tak ada perancangan dan agenda untuk diri sendiri, maka jatuh la mereka dalam agenda orang lain. Siapa pun yang menang, dah tentu jadi YB, dapat elaun, kau dapat apa? Lepas pilihanraya ni, pak menetri dan YB baru tu ingat kau lagi ke?

Kalau calon tu kalah, dia tetap hidup senang. Macam-macam dia boleh dapat, kau dapat apa? BODOH!

Dah tu, calon yang disokong tu pulak, dah nak jadi gangster. Elok la tu. tengok berita kat bawah, dari tranungkite.net

"Seorang wartawan telah membuat laporan polis terhadap calon Barisan Nasional (BN), K Parthiban berhubung satu kejadian yang berlaku lebih setahun yang lalu. Dalam laporannya semalam, M Yohalinggam, 39, mendakwa, dalam kejadian tersebut, Parthiban pernah mengugut untuk ‘menghabiskan kariernya sebagai seorang wartawan"

Harakahdaily pulak lapor petugas BA dihalang dari merayu undi oleh petugas BN. Ni sebab BN halang, sebab tupolis cuma leraikan. Kalau yang halang tu petugas BA & petugas BN yang dihalang, dah tentu kena angkut naik trak. Ni apa punya kepala bapak punya demokrasi ni? Hang ikut sapa ni? Siapa ajar dan siapa bagi kuasa nak halang orang pegi rayu undi? Tu lah, dah la bodoh, tak nak belajar pulak tu. Dah tentu petugas yang halang orang rayu undi ni, entah mamat bangang tah, tak tau undang-undang. Mungkin perkataan pelembagaan pun dia tak tau.

Macam ni lah tahap kebodohan melampau penyokong fanatik parti yang selama ini diberi kuasa oleh Allah untuk memerintah, tapi gunakan kuasa tu untuk kepentingan sendiri, bukan untuk rakyat. Semoga Allah melaknat dan menghancurkan seluruh jentera dan kepimpinan parti samseng ini dan semoga Allah menegakkan yang benar dibumi Malaysia ini.

Thursday, April 26, 2007

better than politicians....



Undi Lagi...........

Di negara bertuah ni, senang je nak dapat "pembangunan segera" - bila ada pilihanraya kecil. Kalau tempat tu sebelum ni tak maju, bila ada je pilihanraya kecil, cepat la dia maju.
Sekarang ni heboh pasal Ijok. Dulu tak pernah dengar pun nama tempat ni. Sekarang ni, semua "bala" tentera politik, semua kat situ. Sampai TPM pun kat situ. Cepat la orang Ijok dapat pembangunan, macam orang Machap sebelum ni la. Tapi, kalau jalan raya tak sempat siap sebelum 28 April ni, kena la tunggu pilihan raya akan datang pulak nak siapkan.
Kalau macam ni la kisah politik Malaysia, perlu ke jadi pengundi berdaftar? Tengok perangai menteri pelajaran masa hari penamaan calon, macam tu ke menteri yang nak jaga anak-anak kita yang belajar kat sekolah? Tengok ucapan lucah TPM masa kempen, macam tu ke orang yang nak pimpin Malaysia lepas ni?
Ni belum kira lagi MB selangor yang tak percaya kat calon yang dia sendiri umum tu. Kalau percaya, kenapa nak letak wakil peribadi dia kat situ kalau BN nanti?
Politik Malaysia ni macam ni la. Apa yang KERAjaan buat, semua betul, apa saja yang sokong KERAjaan, semua betul. Lawan KERAjaan je, semua tak betul. Kempen pilihanraya pun nak kena permit. Pegi check tengok, UMNO & BN buat kempen tu, ada permit ke? TV & Radia kerajaan tu milik kerajaan, bukan milik parti politik. Yang di lapor semua yang baik untuk parti politik pemerintah dan yang hentam pembangkang je. Kalau macam ni la namanya demokrasi, tak payah pegi undi la. Tak payah susah-susah beratur dalam panas, tak payah susah-susah kempen, tak payah susah-susah berpolitik. Lantak kau orang la apa kau orang nak buat.
Siapa pun orang politik tu, asal namanya wakil rakyat, pegi Parlimen, pegi DUN, dapat elaun. Yang susahnya, rakyat jugak. Masa kempen janji macam-macam, lepas pilihanraya, hilang tah kemana. Tunggu pilihanraya lagi satu, baru la datang.
Bila ada pilihanraya kecil, semua berkampung kat situ. Nampaknya, dalam 10 hari ni, orang politik cuma menunjukkan kegilaan kuasa mereka. Parlimen ada pegi ka? Rakyat kat Pekan yang bukan semua senang tu, ada pi melawat ka?
Politik Malaysia? Kononnya nak jadi negara maju, tapi pemikiran masih dunia ketiga.

Thursday, February 08, 2007

hmm... dah lama dah tahun 2007 ni....



Dah lama tak melawat "rumah" sendiri. Dah masuk bulan February, tahun 2007 pun tak tahun baru dah, azam tahun baru pun ramai yang dah lupa, heboh pasal tol naik pun dah makin sejuk, berita banjir pun dah termenung macam banjir tu jugak. Tapi dalam soal banjir dalam negara sendiri belum selesai, heboh pulak nak tolong orang lain. Boleh tolong jiran, tapi jangan lupa negara sendiri dah la.