Ada dua cuti umum yang aku tak bercuti.
31 August, setahun lepas aku ambil SPM, dan aku telahpun berada di ibu kota untuk sambung pelajaran aku, hari lahir adik aku yang terakhir dalam keluarga aku. Lahir dengan sedikit kelebihan fizikal yang diberi Ilahi pada dia. Untuk itu, selama dua tahun dia berulang alik ke hospital kuala lumpur. Ibubapa aku dah jadi muka yang sangat familiar di hkl, terutamanya di institut kaji saraf. Adik aku sihat, dia tak sakit, tapi ketumbuhan itu mesti dibuang, untuk masa depan dia juga. Bila umurnya dua tahun, barulah pembedahn boleh dijalankan. Allah itu maha penyayang, ditakdirkan aku ketika itu tinggal cuma 10 minit jalan kaki dari hkl. Senang untuk aku melawat. Cuma, kekangan ekonomi membuatkan aku tak mampu beri lebih. Aku tahu apa yang ibu bapa aku tempuh untuk semua ini. Kalau sekarang, mungkin jalan ceritanya berbeza. semua adik beradik dah kerja, kecuali yang nombor lima.
Lepas bedah, adik aku kembali normal, kecuali tahap fizikal dia agak mendadak naiknya. Dia kurang aktif dan beri kesan pada kebolehan mentalnya. Tapi, dia masih boleh pegi sekolah, belajar macam orang lain, hidup macam orang lain. Yang pastinya, kasih sayang ibubapa aku pada adik aku ni, tak pernah kurang, tak pernah berbeza. Hebat sungguh ibu bapa aku. Mungkin aku belum sampai ketahap itu dalam mendidik anak-anak aku.
19 April, sewaktu cuti umum dinegeri asalku, 11 tahun selepas adik aku dilahirkan. Satu lagi cuti yang tempat aku kerja tak cuti, aku kena ambil cuti untuk balik kampung dan dikampung, aku sekeluarga tak boleh cuti. Jam 3.30 pagi adik aku dikhabarkan bangun membersihkan dirinya, buang air besar dan air kecil. Jam 4.00 pagi adik aku pergi menemui Maha Pencipta dan jam 4.15 pagi aku menerima panggilan talipon dari adik ipar aku mengkhabarkan berita ni.
Aku jadi tergamam, talipon abang aku, 15 minit kemudian aku telah memecut laju kereta aku untuk ambil abang dan keluarganya. Tak perlu tunggu hingga 4 jam untuk aku menamatkan perjalanan sejauh hampir 400 kilometer. Biasanya aku ambil lebih 5 jam untuk perjalanan sejauh ini. Aku tak suka pecut kereta.
Aku tak menangis, begitu juga abang dan adik-adik yang lain, kecuali adik perempuan aku yang seorang tu. Pasangan aku juga tak menangis. Kakak ipar dan adik ipar aku tak tahan air mata. Aku dan adik beradik lain kesiankan ibu bapa. Kalau kami menangis lagi susah nak menenangkan ibu bapa aku. Mereka tak menangis, tapi mata mereka menunjukkan kesayuan yang amat sangat. Lepas solah zohor, jenazah adik selamat dikebumikan. Satu kampung datang ziarah. Adik aku ni popular, sebab saiz badan dia yang orang lain tak ada. Kawan-kawan dia ramai juga yang datang ziarah, sebab dia ni tak ada musuh disekolah dia. Cikgu dia juga ramai yang datang ziarah, sebab dia budak baik walaupun bukan budak pandai.
Sekarang dah lima tahun kisah ini berlalu. Kubur adik masih bersih kerana ayah aku rajin ziarah. Wajah adik masih jelas terbayang dimata dan hati abang-abang dan kakaknya. Dia budak baik dan sebab itulah agaknya dia dijemput dulu menemui Penciptanya. Dia cuma ada 11 tahun untuk melihat dunia ini. Dia pergi sewaktu dosa pahala nya belum lagi dikira dalam "akaun"nya sendiri. Alangkah bertuahnya adik dipilih untuk semua itu. Aku lihat ibu bapa aku tak merintih dan tak menyesal. Mereka redha, semua ini dugaan untuk mereka. Dan aku yakin, ini semua juga kerana Allah sayang pada mereka.
Untuk adik, kita akan bertemu lagi. Kami akan kesana juga akhirnya. Cuma, adik yang datang kemudian pergi dulu mendahului kami. Adik tak perlu risau apa-apa, tapi kami masih terlalu banyak yang perlu dibuat, sebagai bekalan untuk menuruti jejak adik.
Wednesday, August 31, 2005
Monday, August 29, 2005
Saturday, August 27, 2005
Buah hati aku & kawan-kawan aku....
Inilah tiga orang buah hati kami.
Kakak -sekarang ni dalam darjah dua. Sekolah Rendah Islam, private. Bukan aku tak percaya pada sistem sekolah kebangsaan. Aku dulu pun 'graduan' sekolah kebangsaan
, tapi aku rasa lebih selesa anak aku ni sekolah private yang menitik beratkan soal agama dan akademik juga tak dilupakan. Kalau sekolah ni dibawah kerajaan, mesti setiap tahun boleh jadi top 10 di Selangor ni. Melihatkan keputusan pelajar setiap tahun, memang membanggakan. Setiap pagi sejuk mata memandang bila anak-anak kecil ni dikumpulkan dalam kupulan kecil untuk mula belajar dan mula hafal alQuran.
Angah - sekarang ni dah 4 tahun. Mula masuk tadika masa umur dia 2 tahun setengah. A little bit brutal, kalau nak bandingkan dengan kakak. Cara salamnya saja dah ikut cara orang 'korporat' bak kata kawan aku. Salamnya lebih firm, siap goyang tangan lagi, dan biasanya tak cium tangan, kecuali bila disuruh.

Kuat menyakat, dan tak mudah menyerah. Keras hati budak ni, tapi kakak dia lagi keras hati. Sesekali tengok anak aku ni, macam nak duplicate aku je. Mungkin sebab sama-sama anak kedua kot.
Sekarang ni tadika sama dengan sekolah kakak dia. Senag sikit nak hantar pagi-pagi dan bila nak balik tengah hari nanti
Adik - baru je dua tahun. Hobinya menyakat kakak dia. Memang gemar bergurau. Ikut 'tilikan' seorang kawan, dia ni dalam kategori glamor-glamor-glamor. Aku tak tahu la anak teruna sorang ni.

Masa senyumnya memang manis sekali, kalah dua kaka dia (he he he sendiri punya anak, sendiri puji la..) Sayang nya, nak ambil gambar dia masa senyum punya la susah.
Pagi-pagi kalau dia nak susu, satu kawasan tempat tinggal aku boleh dengar suara dia. Budak la katakan, nak buat macam mana.
Kawan-kawan aku masa 'graduation' communication english - in house training. Kalau soal posing, memang ngetop gitu. Tapi masa dalam kelas, hmm....sendiri mau ingat la...lecturer yang pakai tudung coklat tu, dari UiTM.
Kakak -sekarang ni dalam darjah dua. Sekolah Rendah Islam, private. Bukan aku tak percaya pada sistem sekolah kebangsaan. Aku dulu pun 'graduan' sekolah kebangsaan
, tapi aku rasa lebih selesa anak aku ni sekolah private yang menitik beratkan soal agama dan akademik juga tak dilupakan. Kalau sekolah ni dibawah kerajaan, mesti setiap tahun boleh jadi top 10 di Selangor ni. Melihatkan keputusan pelajar setiap tahun, memang membanggakan. Setiap pagi sejuk mata memandang bila anak-anak kecil ni dikumpulkan dalam kupulan kecil untuk mula belajar dan mula hafal alQuran.Angah - sekarang ni dah 4 tahun. Mula masuk tadika masa umur dia 2 tahun setengah. A little bit brutal, kalau nak bandingkan dengan kakak. Cara salamnya saja dah ikut cara orang 'korporat' bak kata kawan aku. Salamnya lebih firm, siap goyang tangan lagi, dan biasanya tak cium tangan, kecuali bila disuruh.
Kuat menyakat, dan tak mudah menyerah. Keras hati budak ni, tapi kakak dia lagi keras hati. Sesekali tengok anak aku ni, macam nak duplicate aku je. Mungkin sebab sama-sama anak kedua kot.
Sekarang ni tadika sama dengan sekolah kakak dia. Senag sikit nak hantar pagi-pagi dan bila nak balik tengah hari nanti
Adik - baru je dua tahun. Hobinya menyakat kakak dia. Memang gemar bergurau. Ikut 'tilikan' seorang kawan, dia ni dalam kategori glamor-glamor-glamor. Aku tak tahu la anak teruna sorang ni.

Masa senyumnya memang manis sekali, kalah dua kaka dia (he he he sendiri punya anak, sendiri puji la..) Sayang nya, nak ambil gambar dia masa senyum punya la susah.
Pagi-pagi kalau dia nak susu, satu kawasan tempat tinggal aku boleh dengar suara dia. Budak la katakan, nak buat macam mana.
Kawan-kawan aku masa 'graduation' communication english - in house training. Kalau soal posing, memang ngetop gitu. Tapi masa dalam kelas, hmm....sendiri mau ingat la...lecturer yang pakai tudung coklat tu, dari UiTM.
Thursday, August 25, 2005
Jalan kedepan....
Terpandang satu iklan kat TV beberapa hari lepas. Cerita seorang yang tak ada kaki, tapi digambarkan sebagai tabah dan berjaya. Nak tunjuk berjaya tu, dia naik kereta mewah dan ada pemandu. Kira berjaya lah tu. Masa mudanya, dia digambarkan ada cerita hidup yang tabah dikelilingi kawan-kawan yang positif, yang menerimanya seadanya. Beberapa minggu lalu, sempat tengok cerita di Astro Ria, lepas tengah malam. Cerita penyamun si Bongkok. Dia 'gagal' dalam hidup, kerana dikelilingi kawan-kawan yang negatif.
Nampak ada perubahan minda dalam iklan kita. Ini yang aku tunggu sejak sekian lama. Aku dah lama tak tengok wayang, dah lebih 10 tahun, sebab dah muak dengan wayang kita, tak kisah la kita ni Malaysia ke ataupun dunia. Aku cuma tengok wayang yang ada kat TV, itu pun lepas tengah malam (dan tak pernah tengok penuh pun, lompat-lompat je).
Aku tengok iklan sebab pendek dan padat. Kalau bosan pun, cuma untuk 15 saat. Kalau suka, tunggu lagi iklan tu. Sekarang ni masa untuk lebih realistik. Memang orang negatif ni masih terlalu ramai disekeliling kita. Tapi, kenapa orang negatif ni masih diberi tempat untuk segmen 15 saat tu? Kan ke lebih baik masa singkat dan mahal tu diberikan saja pada orang yang positif? Yang dapat beri impak yang baik pada masyarakat?
Sebenarnya, aku nak tulis cerita pendek masa aku jumpa seorang anak muda minggu lepas. Graduan Universiti tempatan, jurusan perniagaan. Kesian aku kat dia, dia belajar berniaga tapi lepas belajar matlamat dia nak kerja untuk orang lain. Lepas aku bersembang panjang dengan dia, barulah aku teringat apa yang aku tempuh masa aku macam dia dulu. Universiti ni mengajar kita untuk jadi pekerja yang baik, dan kita dididik oleh golongan pekerja yang baik juga. Jadi, walau apapun kursusnya, kita disediakan untuk jadi pekerja yang baik sahaja. Nak salahkan universiti ke? Pada aku, tidak dan itu tidak adil. Sebabnya, pada aku mudah saja - Masa Depan Kita, Pilihan Kita. Apa lagi aku nak cakap?
Masa dalam lif tadi, aku jumpa seorang adik manis. Tergesa-gesa nak ke office. Dah lambat katanya. Kalau masuk lambat kena potong gaji. Senyum aku kat dia, simpati pun ada jugak. Sabar je la dik ye, ini lah kehidupan. Dah setahun lebih aku tengok dia, senyum kat dia, baru la hari ni aku tahu nama dia. Ini lah kelemahan diri aku. Aku boleh berbual bertahun-tahun dengan orang lain, boleh berborak macam dah kenal lama, tapi nama susah sangat nak tanya. Aku tahu ini benda yang tak baik. Sepatutnya bila kita berbual, perkara yang utama yang perlu ditanya adalah nama seseorang. Mungkin ini masa untuk aku mula berubah. Anyway, untuk adik ni, aku suka tengok senyum dia, itu saja. Sebab tu bila aku tengok muka dia, aku mesti senyum dan dia juga mesti balas senyum aku. Aku dah mula belajar senyum sejak lebih tiga tahun dulu. Sekarang ni, belajar tanya nama orang pulak.

Thursday, August 18, 2005
Kemana kita selepas ini?
Ini soalan yang kawan aku tanya malam tadi, kemana kita selepas ini? Aku jawap, lepas ni, kita kealam kubur lah, mana lagi? Senang je jawap tu, tapi tak senang sebenarnya nak kesana.
Tapi sebelum kita nak kekubur, perjalanan kita masih panjang lagi didunia ini. Walaupun usia kita dah tinggal lagi dua minit, tapi kalau benih dah ditangan, kena tanam juga benih tu. Kalau pun kita akan mati lagi dua juta tahun, sembahyang isyak yang tamat menjelang subuh nanti, elok la kita buat sebelum pukul sembilan malam. Takut bila makin tengah malam, makin mengantuk pulak kita. Ini lah jawapan sebenar aku untuk soalan kat atas tu. Yang lain tu aku tak berapa pasti sangat.
Jawapan bergantung pada apa yang kita faham tentang soalan tu. Aku tanya sorang adik muda yang ada ijazah tapi tak de kerja, apa buat lepas habis belajar ni? Dia kata, buat resume, mintak kerja. Sementara nak dapat kerja? Duduk rumah je lah. Senang nya orang muda tu. Tak de inisiatif untuk buat benda lain. Aku kesian kat dia. Mungkin keluarga dia agak senang, so dia tak payah susah-susah nak cari kerja sambilan untuk tampung keluarga, sementara nak dapat kerja tetaop. Kesian sebab dalam dia ada banyak waktu, dia cuma keluar rumah jumpa kawan-kawan, cari kerja dan lepak-lepak. Ini pengakuan dia sendiri. Aku cuba bagi dia idea apa yang dia boleh buat. Tapi dia cakap dia punya kelulusan bukan untuk buat apa yang aku cakap kat dia tu. Dia nak kembangkan karier dia dulu. Aku cuma boleh bagi nasihat kat dia, langit tu kalau pun panas terik, hujan bila-bila boleh turun. Kalau pun dah hitam awannya, belum tentu awan boleh turun.
Salah dia ke? Aku rasa ye dan bukan. Salah dia sebab aku rasa kalau dah mampu ada ijazah dan tak mampu nak fikir masa depan sendiri, lebih baik buang je ijazah tu. Bukan salah dia sebab dia kata ibu bapa dia tak bagi buat benda lain. Kena kerja ikut kelulusan dia, nanti apa pula kata kawan-kawn ibu bapa dia yang semuanya 'high class tu'.
Kesian kat dia... dah ada ijazah, tapi pemikiran masih macam budak sekolah lagi. Kenapa macam ni sekali terjadi kat adik muda ni? Mungkin persekitaran dia persekitaran orang-orang yang pasif dan tak mahu 'berjuang' untuk bina empayar hidup mereka kot. Mereka lebih rela jadi kuli orang lain hingga mati, tapi tak rela untuk kerja lebih sikit untuk bina empayar diri sendiri. Dia kata, keluarga dia ni semuanya berdisiplin. Boleh lepak-lepak, tapi 8 malam dah kena balik. Lepas tu, masa makan tak boleh bercakap, masa tidur dah ditentukan, masa baca buku pun ditentukan. Dan macam-macam lagi lah jadual yang dia kena ikut. Itu lah sebabnya bila diluarrumah, kerja dia cuma lepak denga kawan saja, tak buat benda lain. Bagus lah jaga anak dan disiplin kan anak, tapi jangan lah pemikiran anak pun nak kongkong jugak. Akhirnya yang susah dan tak tahu nak fikir budak tu jugak. Yang akhirnya nanti siapa yang susah? Kalau budak ni datang office aku mintak kerja, sah aku tak akan ambik dia. Bagus, baik, tapi tak ada kreativiti. Kesian dia, tapi tak kan lah dia tak mampu untuk cari kebaikan untuk diri sendiri kot?

Tuesday, August 09, 2005
Realiti TV dan Realiti Kehidupan
Terlalau banyak yang diperkatakan tentang realiti TV. Dari yang menyokong, yang sekadar menjadi penonton hinggalah kepada yang menentang. Semuanya datang dengan pendapat masing-masing.
Aku bukan ahli dalam bidang hiburan, jadi aku tak nak komen pasal kualiti atau siapa patut menang. Aku juga bukan ahli agama atau ahli politik, jadi aku tak nak komen dari sudut hukum (Mufti dah bagi hukum, jadi tak perlu pertikai lagi), dan ahli politik juga dah bagi pendapat mereka. Aku nak bagi pendapat dari seorang manusia biasa, seorang rakyat Malaysia yang hanya inginkan negaranya maju dan rakyatnya juga maju dan aman damai.
Ramai yang menentang program realiti TV, termasuk lah AF, MI dan pelbagai lagi. Pelbagai hentaman diberikan. Dari penulisan di media, siber, kedai kopi, rumah-rumah, seminar, mesyuarat hinggalah ke mimbar-mimbar masjid. Aku tak kisah apa pendapat mereka.
Memang seronok sesekali dapat hentam orang lain, sebab itu dah jadi lumrah hidup manusia. Yang aku nak tanya mereka ni, apa yang mereka dah buat untuk melawan arus kebangkitan dan kegilaan realiti TV ini?
Cukup ke dengan hanya menghentam dari mimbar-mimbar masjid, pentas ceramah, internet, surat khabar? Setakat itu sahajakah keupayaan kita nak melawan benda-benda salah ini? Tak adakah kemampuan kita untuk bertindak selain dari cara itu? Kalau setakat mengatakan itu salah, ini tak betul , anak aku pun boleh cakap. Yang kita mahu sekarang ini, kalau realiti TV itu tak betul tak bermoral, apa yang kita dapat tawarkan kepada remaja dan golongan muda upaya mereka tak tengok realiti TV dan mereka berhibur dan hidup ikut acuan yang kita mahu? Mana hiburan alternatif untuk mereka? Ingat, mereka itu muda dan yang muda itu sukakan hiburan (yang tua juga sukakan hiburan, tapi tidaklah sefanatik yang muda).
Ramai yang salahkan kerajaan dalam soal ini. Aku tak pernah pertahankan kerajaan bila dia buat salah. Tapi yang aku semakin letih dengan beberapa pihak ini, bila mereka ambil jalan mudah. Terlalu banyak alasan diberikan untuk justify apa yang mereka sendiri tak mampu nak buat dan mungkin juga malas nak buat. Apakah mereka ini tak baca sirah Rasullullah dan kisah para sahabat? Bayangkin jika Rasul dan para pejuang dulu-dulu bagi alasan bahawa penntangan dan tekanan itu terlalu kuat, hingga mereka tak mampu nak perjuangkan kebenaran. Apa akan jadi pada kita sekarang ini? Jangan kan Islam, merdeka pun kita tak dapat.
Kalau kita benci hiburan yang melalaikan, apa tindakan kita untuk bawa masyarakat kepada hiburan yang tak melalaikan? Jika benci maksiat, apa tindakan kita untuk melawan maksiat? Pentas ceramah dan mimbar masjid tu tak cukup, sebab mereka yang suka hiburan ini tk berminat dengan cara itu. Apa salahnya turun padang, jumpa mereka, berkawan dengan mereka, pakai kasut mereka, selami hati mereka.
Aku bukan orang politik, bukan ahli agama, bukan orang seni, bukan activis masyarakat. Aku adalah aku dan aku ni sebahagian dari masyarakat. Kawan-kawan aku dari yang lulusan al-Azhar hinggalah kepada lulusan sekular sepenuhnya, yang bijak hinggalah kepada yang masih tak tahu membaca, dari yang ahli masjid hinggalah kepada GRO dan pelacur kelas atasan. Apa yang pasti, rata-rata mereka ini nak jadi baik, tak kiralah siapa mereka. Kenapa aku dapat berkawan dengan mereka, kerana aku nak berkawan dengan mereka dan aku tak jijik dengan mereka. Aku masih lagi aku, tak terjebak dengan sesiapa. Aku tunaikan kewajipan aku dan aku berkongsi apa yang aku mampu. Aku tegok AF sesekali untuk tahu apa yang terjadi, aku kemasjid nak dengar ilmu, aku tanya ustaz bila aku tak tahu, aku tanya GRO kenapa mereka jadi begitu. Aku dapat tahu semua ini, dan aku terus jadi aku.
Aku boleh bagi alasan, buat apa sibuk-sibuk tulis benda ni, buat apa nak berkawan dengan GRO, buat apa susah-susah trace kawan-kawan aku yang dah terlanjur jauh dari norma-norma kehidupan yang sepatutnya. Kan lagi senang aku cuma teruskan hidup dengan keluarga aku.Petang-petang lepas kerja, pegi masjid, lepas isyak aku boleh balik rumah, kan ke senang?Tapi, aku takut tak ada jawapan dipadang Mahsyar nanti. Terlalu banyak yang aku belum buat, hingga aku takut nak berdepan dengan Pencipta aku nanti.
Aku cuma boleh terus berusaha, teruskan apa yang aku buat dan aku percaya apa yang aku buat ni benda betul. Aku dah semakin letih dengan retorik dah semakin muak dengan ceramah yang tidak diikuti dengan tindakan. Aku letih dengan teori, letih dengan alasan dan letih dengan cakap-cakap, tapi semuanya kosong, tak ada tindakan konkrit. Kalau ditakdirkan aku perlu berseorang dengan cara aku, akau tetap aku dan aku tetap tak akan pandang belakang. Semoga Allah tetapkan iman dan iltizam aku. Aku hanya nak jadi baik dan bawa kawan-kawan aku jadi baik, setakat yang aku mampu.

Thursday, August 04, 2005
one year to go....
Dah lama tak update, sebab dok sibuk masuk rumah orang lain, so lupa rumah sendiri.
Awal minggu, pegi UiTM, bagi talk pada a group of students, kira junior aku la ni. Dah 10 tahun menghilang dari ITM, seronok jugak sesekali dapat masuk semula macam ni.
Sebab masa tak cukup, cuma sempat share benda-benda basic je la, and aku pun tak la cakap yang macam selalu aku cakap. Student la katakan, tak kan la nak cerita macam aku cakap pada orang yang 10 tahun kerja.
Mereka ni bagus, nampak muka orang pandai, tapi environment tu yang tak berubah. Aku harap dah 10 tahun aku keluar dari ITM dan nama pun dah tukar ke UiTM, ada la perubahan ketara pada mereka ni. Tapi nampaknya macam dulu jugak. Mereka masih malu nak tanya soalan, atau mungkin tak tahu apa yang nak ditanya. Mungkin sebab presentation ni dalam English, jadi kekok sikit nak bertanya kot. Yang bertanya soalan tu bagus, mereka boleh berfikir, tapi aku tahu ramai yang ada masalah dengan bahasa ni. kalau aku cakap Melayu, rasanya banyak lagi yang beloh mereka tanya. Malangnya, itu subject English dan aku ni kalau cakap Melayu, panjang pulak la bunga dari isi.
Mereka masih macam aku dulu, fokus lepas belajar ni nak cario kerja. aku tak salahkan mereka, sebab itu lah sukatan pelajarannya. Mreka pulak di didik oleh para "pekerja", jadi pola pemikiran mereka pu jadi macam tu la jugak. Kalau nak diikutkan, tak kan mereka tak tahu yang sekarang ni berpuluh ribu graduan tak ada kerja. Itulah yang sedihnya, aku hanya boleh berusaha dengan cara aku untuk berkongsi dengan mereka, tapi akhirnya nanti, mereka sendiri yang kena buat keputusan kearah mana perjalanan hidup mereka.
Kelas pertama cuma 45 minit, sebab masa suntuk. Kelas kedua lebih satu jam, masa banyak sikit. Banyak soalan aku dapat jawap. Tapi yang lebih penting, bukan soalan yang aku jawap, tapi apa yang mereka dapat. Aku sendiri tak pasti sama ada mereka tu dapat benefit ke tidak dari apa yang aku cakap tu. Semoga mereka ni dapat sesuatu, belajar sesuatu dan mula berfikir kemana mereka nak pergi selepas ini. Mereka dah masuk tahun 3, setahun lagi nak graduate. Kalau dari sekarang ni tak buat sesuatu, sukar nak bersaing bila grad nanti.
Apa lagi agaknya yang aku dapat bantu mereka ni ya? Aku tahu bagaimana nak bant mereka, tapi, sanggup ke mereka ni berubah? Aku sentiasa positif, sebab dulu aku pun seperti mereka.

Subscribe to:
Comments (Atom)