Bermula dengan Malam Tautan Kasih MRSM Taiping 82 hingga 86, sambung ke teh tarik hingga 2 pagi. Semalam, group ex-MRSM T 83-87 diujudkan dalam FB. Tak sampai 24 jam, ahlinya telah mencecah 93 orang. Komennya, ratusan. Kisahnya, pelbagai.
Ada kalanya, Tuhan menurunkan kepayahan dan kerunsingan, hanya kerana Dia punya perancangan yang jauh lebih besar untuk hambanya. Alhamdulillah, Terima Kasih Allah, kerana memberi aku kesempatan untuk bersama hamba-hamba Mu yang hebat itu. Maha Agung Tuhan ku, aku mendapat kesempatan berkenalan serta bersahabat dengan mereka ini.
Tuesday, November 30, 2010
Wednesday, November 03, 2010
Mencapai Impian
Ramai manusia mempunya impian, matlamat hidup, sesuatu yang mereka inginkan sebelum mereka mati. Manusia boleh bercerita pelbagai perkara atas apa yang mereka inginkan. Sebabnya, cakap tu tak perlu bayar, percuma, murah. Hanya perlu bercakap, itu sahaja. Di kedai kopi, manusia boleh bercakap soal dunia, soal negara. mengubah nasib masa depan, pelbagai perkara.
Namun begitu, sangat sedikit manusia yang benar-benar dapat apa yang mereka inginkan, selebihnya mereka sekadar membina mahligai didalam impian mereka mereka.
Perkara penting yang membezakan antara dapat atau tidak apa yang diinginkan adalah kemampuan untuk mengambil sepenih tanggunjawab atas apa yang diinginkan. Mengambil 100% tanggung jawab dan mengawal sepenuhnya kehidupan dan masa depan sendiri, bukan atas orang lain dan tidak sekali-kali menunding jari kepada sesiapa sahaja, termsuk diri sendiri jika belum mendapat apa yang diinginkan.
Seterusnya, tetapkan dan pastikan apa yang diinginkan. Ramai manusia suka berkata mereka inginkan semuanya, dan inginkan apa sahaja, tanpa menjelaskan apa sebenarnya yang mereka inginkan. Cakap itu mudah, dan murah, tapi bercakap tanpa tahu hujung pangkal hanya membuang masa. Ramai yang inginkan duit yang banyak untuk membeli apa yang mereka inginkan, tapi tidak tahu apa yang ingin dibeli. Bila tidak tahu apa yang ingin dibeli, kemahuan untuk duit yang banyak tidak cukup kuat.
2 perkara ini, penting untuk bermula. Jika tak sanggup bertanggungjawab atas apa yang diinginkan, serta tidak tahu dengan jelas apa yang diinginkan, langkah seterusnya hanya seperti membaca buku cerita.
Pastikan dulu 2 perkara diatas.

Subscribe to:
Comments (Atom)