Perkara paling mudah dalam hidup ni, "menyorok." Ramai manusia yang suka menyorok dan juga mengelak. Caranya, mudah je, buat sesuatu untuk "cover" hal sebenar, he he he.... Atau dengan lain perkataan, menyorok, mengelak, atau memberi alasan. Alasan ni, apa pun betul. Bagilah alasan apa jua, untuk apa juga keadaan, semuanya betul.
Kena tanya diri sendiri, apa yang dicari dalam dunia ini. Ada manusia yang inginkan kemewahan, kesenangan, kekayaan, keberkatan, syurga, Rahmat Illahi, macam-macam... Tak habis nak senaraikan kat sini. Tapi, berapa ramai yang sanggup bekerja dan mendapatkan apa juga yang dikehendaki dengan apa cara sekalipun.
Berapa ramai pula yang cuma cakap-cakap, tapi akhirnya, tak ambil tindakan. Ini lah sifat manusia yang unik, bukan semua yang bercakap itu akan buat dan bukan semua yang buat tu, akan bercakap. Ada juga yang cum diam dan tak buat apa2, dan ada juga yang buat dan bercakap pun sama banyak.
Namun, apa pun yang manusia buat, itu semua pilihan masing2. Bukan kuasa manusia nak membuka pintu hati manusia lain. Bukan juga kuasa manusia untuk menentukan apa yang bakal manusia lain lalui, apa yang manusia lain akan rasa, perasaan manusia pilihan sendiri, hati manusia ketentuan Ilahi.
Kadang-kadang teruja juga melihat manusia bermain dengan hidup. Ada yang bersemangat untuk laju kehadapan, tapi akhirnya membeluk mencari jalan lain. Ada juga yang kelihatan jauh tertinggal, tapi akhirnya dia lah yang melintasi garis penamat sebagai juara. Ada juga yang kelihatan seperti tidak bermaya, ada juga yang penuh bertenaga. Ini semua sikap manusia dan manusia pilih untuk bagaimana mereka hidup. Buat lah apa saja, asalkan tahu kemana akhirnya nak dituju hidup ini.
Yang penting, tugas manusia untuk mencari jalan yang Allah redhai. Ini jalan terpenting dan terbaik untuk diikuti. Ikutlah arah mana pun, lorong mana sekalipun, kalau tersasar dari jalan ini, tidak ada hebatnya manusia ini. Hebat manusia bukan tinggi mana gunung yang didaki, atau laju mana memecut dilebuhraya, tapi hebat itu pada secepat mana manusia bangun bila terjatuh, dan bangun lagi setiap kali jatuh dan terus kedepan walau seberat mana beban ditanggung. Inilah kehidupan.
Hidup ini ada masa cerah, ada masa gelap, ada masa senang, ada masa susah. Semua ini sementara, sementara nafas masih masuk dan keluar. Buat lah apa sahaja, asalkan jangan mengelak, jangan menyorok, jangan pula mencipta alasan. Manusia ini unik, kita sama tak Tuhan juga jadikan kita dengan kehebatan maisng-masing. Gunakanlah semuanya untuk mencari jalan yang terbaik, supaya akhir nanti, jalan pulang itu cerah dan penuh cahaya.
Thursday, June 18, 2009
Tuesday, June 02, 2009
hari ini... cuma sekarang ini...

hidup ni macam air sungai yang mengalir, searah, dan tak mungkin berpusing kembali. Bila dah lepas tu, lepas lah. Kalau nak capai apa-apa, kena buat sekarang, bukan esok, bukan sekejap lagi. Apa yang faham sekarang, fahamlah. Apa yang terlepas tu, terlepas lah. Esok cerita lain, sebab esok masa lain dan lebih utama, esok tak pasti ada atau tidak untuk semua manusia. Biasanya, esok tak mungkin datang, sebab belum pernah ada manusia yang tahu apa yang bakal terjadi esok, dengan pasti.
Hari ini, dan masa ini adalah masa yang manusia ada. Gunakanlah sepenuhnya. Senyumlah pada manusia lain, selagi bibir boleh tersenyum. Nyatakan apa yang ada dalam hati, selagi mulut mampu berbicara. Peluklah mereka yang ingin dipeluk, selagi tangan mampu diangkat. Tenunglah wajah dan mata yang ingin di tenung, selagi mata mampu melihat. Hidup ini terlalu singkat. Lakukan apa yang ingin dilakukan, dan jangan biarkan hari ini dipenuhi dengan sesalan dan kisah-kisah silam yang membebankan.
Bawalah hari ini dengan aman, sebab keamanan itu ada dalam hati, bukan dipersekitaran. Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan.
bangun dan ciumlah wangi bunga ini.....


Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan, untuk di tangisi dan untuk berputus asa. Manusia akan tetap jadi manusia. Manusia akan tetap dengan urusan mereka, sibuk dengan hidup masing-masing dan cerita masing-masing. Manusia ada kalanya terlepas pandang kisah orang lain walaupun dia juga yang ingin kisahnya dikongsi bersama. Manusia ada yang merasakan bahunya terlalu berharga unuk dipinjamkan pada orang lain walaupun dia juga mahukan bahu orang lain untuk ditumpang kepalanya dan air matanya.
Tidak ada peliknya bila manusia bersikap begitu. Sebab itulah namanya manusia. Yang menulis ini manusia, yang membaca ini juga manusia. Manusia ini unik sebab manusia ada pelbagai warna. Ada warnanya untuk senang sendiri, ada warnanya untuk kongsi dengan yang lain. Jadinya, apa juga warna manusia itu, semua nya indah belaka. Ada yang senang sekali melihat senang orang lain, ada yang susah dengan senang manusia lain walaupun dia sendiri tak mahu susah.
Jadinya, apa sebenarnya yang manusia cari? Mudah saja, dudk depan cermin dan tanya lah manusia didalam cermin itu. Itulah yang manusia itu cari. Jangan risau pasal yang lain, sebab mereka juga punya cermin mereka sendiri.
Perjalanan hidup sejak kebelakangan ini, makin mencabar jadinya. Masa yang tinggal terlalu suntuk, apa yang perlu dilaksanakan, masih terlalu banyak. Jangan diharap mengertinya dari manusia yang lain. Mereka juga punya kisah sendiri yang tak kunjung habis. Jangan diharap ada yang ingin bertanya apa yang boleh dibantu, sebab aku juga terkadang terlupa bertanya soalan ini. Pada manusia lain, hidup aku sudah cukup, sudah ada apa yang dicari, cuma sekarang ini sibuk dengan business dan jalan sana-sini, tanpa tahu apa sebenarnya yang aku cari dihujung jalan itu :-). Biarkanlah mereka. Bukan kerja aku untuk bagi tahu satu dunia apa yang aku cari sebenarnya. Manusia lain juga punya banyak kerja untuk hidup mereka.
Jadinya, hujung minggu yang patut aku teruskan pencarian itu, aku dapat lari sejenak, dan jumpa sesuatu, pelajaran baru untuk hidup ini. Alhamdulillah, walau yang dituju itu lain, tapi yang sampai itu Cameron Highland walau cuma untuk beberapa jam, tapi itu cukup bermakna. Bermakna dapat melihat keletah anak-anak yang tak pernah penat, dan paling penting, dapat juga udara nyaman dan teh segar, buat bekalan untuk pencarian seterusnya. Alhamdulillah.
Malam ini, pencarian itu berterusan. Tergerak hati untuk makan malam bersama Zie, cuma berdua, diwarong sup di Klang. Ini makan malam atau tengah malam? ha ha ha.... Sedap dan sempat menikmati movie yang cuma tinggal separuh untuk tamat. Bagai ada sesuatu yang mendorong untuk kesini, bukan soal supnya, tapi movie itu. Manusia yang lain, yang kononnya orang biasa-biasa, tapi tahu apa yang dicari dalam hidup. Namun watak utamanya, yang konon kaya dan berjaya, gagal mencari tujuan hidup. Banyak sekali "basic training" dan "mastery" dalam movie ini. Seolah ingatan untuk pelajaran hidup yang makin banyak dilupa.
Ada yang terkesan. Gagal lalu menyalahkan orang lain. Begitu mudah hidup ini. Tapi dalam masa yang sama, tidak mau berubah dan ingin terus berasa betul. Jika mencari siapa betul dan siapa salah, apakah mungkin hidup ini mampu maju kedepan dengan pantas? Jika niatnya hanya untuk berjaya, untuk kaya, hingga lupa soal perasaan sendiri dan orang lain, apakah kekal kejayaan yang dikecapi? Terlalu banyak peringatan, untuk sesuatu yang telah diketahui. Jadinya, apa yang diri ini buat-buat tidak tahu? :-) (What am I pretending not to know).
Namun, bukan semua mampu menerima hakikat, hidup ini terlalu banyak "victim stories". Ramai yang boleh berkata-kata, tapi untuk menerima hakikat ini bila terkena batang hidung sendiri? hmmm... ada kalanya biarlah orang kata aku tak ambil pusing, asalkan dia boleh terus rasa dia betul, dan dunia ini perlu berubah untuknya :-). Peringatan dari trainer aku suatu ketika dulu, dan peringatan ini masih segar hingga kini, dan betul sekali :-).
Jika manusia ingin berasa benar dan menolak maklum balas yang jujur, biarkanlah. Mereka akan lebih tertutup jika lebih banyak maklum balas diberi. Biarkan mereka cari sendiri jawapanya kenapa hidup mereka begitu, sebab setiap soalan jawapannya dalam diri mereka. Bukan tak ambil peduli, tapi mereka pilih untuk terus hidup begitu. Siapa pun yang mereka pilih untuk jadi terimalah mereka seadanya. Meraka ada pilihan mereka sendiri. Yang bijak berkata-kata dan jari menulis laju, belum tentu mampu melihat mata sendiri dalam cermin didepan mereka. Mereka ingin sekali menjadi benar dan terus menjaga imej mereka, biarlah. Jika mereka ingin menjadi betul, maka apa hak kita nak kata yang selainnya. Katakan saja, yea, anda betul dan semuanya pasal anda, anda betul. Jumpa lagi lain kali :-).
Jangan bercakaran dengan mereka. Mungkin itu tujuan hidup mereka. Yang pentingnya, aku ini hidup untuk apa? :-)
Perjalanan ini masih jauh. Perjalanan ini sangat indah. Perjalanan ini belum berakhir. Masa terlalu singkat untuk dibazirkan. Manusia lain hanya melihat. Perjalanan aku, urusan aku, tanggungjawap aku. Mampukah mereka mengerti dan berjalan bersama? Aku masih terus mencari....
Subscribe to:
Comments (Atom)
