Tuesday, December 25, 2007

Najmi Faiq

NAJMI FAIQ
18 Zulkaedah 1428
28 November 2007
9.08 pagi, Rabu.

Monday, December 24, 2007

perjalanan, pengalaman, himpunan kisah-kisah....

1

Hidup ini adalah himpunan kisah-kisah yang kita kutip di sepanjang perjalanan naik turun nafas kita. Kita kumpul dan namakannya pengalaman. Darinya, kita belajar erti hidup, kita gunakan untuk merancang masa depan dan kita gunakan untuk bertindak disaat ini.

Kita bukan buat silap, hidup kita juga tak pernah kotor, sebab pengalaman hanyalah kisah-kisah masa lalu, yang kita tak boleh ubah. Pengalaman dan kematangan adalah dari himpunan kisah-kisah yang kita tempuhi, bukan dari himpunan kisah-kisah yang kita baca dan kita lihat..

Roda hidup ini tak pernah berhenti, sentiasa berputar. Dah ia cuma berhenti pada hembusan nafas kita yang terakhir. Pada masa itu, baru kita tahu dimana kita, namun dikala itu, telah terlalu lambat. Kita hanya berharap dan berusaha, supaya di ketika itu, kedudukan kita di roda itu, pada tempat yang paling indah dan selesa.

Ada kalanya ada yang merasakan dirinya kotor, lantaran kisah silamnya. Tapi, siapakah kita nak menghukum orang lain, ataupun diri sendiri? Bukankah Tuhan membuka RahmatNya pada malam hari untuk menerima taubat hambanya yang berdosa disiang hari, dan membuka RahmatNya di siang hari untuk menerima taubat hambaNya yang berdosa di malam hari? Bukan kah Tuhan itu yang menentukan dosa dan pahala? Bukankah Tuhan menginginkan hamba2Nya untuk bertaubat atas dosa-dosa yang dilakukan? Janganlah kita menghukum diri sendiri, mendahului Rahmat Tuhan.

Pelangi yang cantik itu, hanya akan muncul selepas hujan, bila cahaya matahari mula menyerlahkan sinarnya. Pelangi itu tak akan terhasil tanpa gabungan titis-titis air beserta cahaya matahari. Pelangi tidak terhasil sendirian. Bila sejuk bertemu panas, maka terhasillah warna yang sangat indah. Bila malam, tiadalah pelangi. Bila kering air di udara, juga tiadalah pelangi. Bukan kah ini ciptaan Illahi yang amat hebat, untuk kita sama-sama berfikir dan mengambil iktibar?

2



Hari ini aku diduga lagi. Tapi, tak mengapalah. Ini bukan yang pertama dan ini juga bukan yang terakhir. Dugaan ini adalah resam mainan hidup. Datang silih berganti. Hari ini aku tak terluka. Sebab, dugaan ini adalah ujian untuk aku terus membina kematangan. Aku cuma resah, kerana harapan aku untuk anak ini. Bila agaknya dia akan tersenyum kembali? Kenapa begitu berat dugaan untuk dirinya?

Aku yakin, Yang Maha Esa punya perancangan besar untuk anak ini. Kalau tidak, masakan dia diduga sehebat ini. Sering kali, ayatnya seakan dia sudah hilang usaha untuk terus hidup. Sudah sampai kehujung usaha dan kerja kuatnya melawan emosi sendiri. Namun, disebalik itu semua, aku terus bersyukur, kerana anak ini, terus kuat untuk terus hidup. Bukan calang-calang orang boleh tempuh apa yang dia tempuh. Bangga aku dengan anak ini, walaupun banyak masanya, aku seakan tak boleh tidur merindukan manja suaranya dan manis senyumnya.

Aku tak pernah cuba untuk putus asa untuk melihat anak ini kembali senyum. Keluarga aku juga begitu. Aku tahu apa doaku, dan aku pernah dengar doa orang disebelah ku. Begitu syahdu bait-bait ayatnya. Aku ingin sekali melihat anak ini kembali keroda hidupnya, mencongak atas dan bawahnya, melawan kerasnya batu ketika dibawah dan kuatnya angin ketika diatas. Aku sentiasa yakin anak ini akan berada di posisi indahnya, dalam sedikit masa lagi. Dan aku yakin, dengan izin Allah, anak ini akan kembali tersenyum.

Aku hanyalah Abah yang meminta izin untuk melaksanakan tugas aku. Aku yakin, masanya telah hampir tiba, insyaAllah. Dengan segala dugaan yang ditempuhnya, dalam sedikit masa lagi, dia pasti akan kembali tersenyum. Kali ini, dia akan menikmati hidup yang lebih indah, yang sentiasa dia inginkan, yang sentiasa dia doakan. Aku turut berdoa untuk keindahah itu. Aku pernah lihat kisah seumpama ini. Dan bila dugaannya makin hebat, dan dia terus kuat, maka saat indah itu makin hampir.

Dan diketika keindahan itu menjelma, aku pasti, dia akan berada bersama orang yang akan membawanya meneruskan perjalanan didunia yang fana ini. Di ketika itu, mungkin aku tak diperlukan lagi. Di ketika itu, aku mampu tersenyum melihatnya, kerana mungkin itulah tugas aku di dunia ini untuknya. Tugas mengembalikannya pada yang lebih berhak, untuk masa depannya yang lebih indah. Tugas abah ada tempuh tamatnya, kerana selepas itu, ada penyambungnya. Aku ingin melaksanakan tugas aku, dengan baik dan terbaik, insyaAllah. Dan aku ingin melepaskan anak ini, pada yang lebih mampu dan yang lebih berhak.

Aku tetap abah, selagi aku diterima oleh anak ini.......

Dia tetap anakku, didunia dan akhirat......

Kasih ku padanya, tak pernah padam...

Itu sebabnya, aku tak punya jawapan, kenapa kasih ku dan rindu ku padanya, makin mendalam setiap detik...

Kasih abah untuk anak.

Kasih insan untuk insan.

Mungkin kah ini yang aku cari selama ini?

Mungkin kah ini yang aku hilang sejak puluhan tahun yang lalu?
Segalanya mungkin..............