Thursday, July 21, 2005

Masa depan kita, pilihan kita....

Ada yang setuju dan ada jugak yang tak setuju dengan tajuk ni. Bagi aku, tajuk ni betul dan aku setuju sangat-sangat. Kalau tidak, masakan ada ayat "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka".
Ramai yang nak berjaya, tapi malas berusaha. Nak jadi kaya, tapi setiap hari cuma keluar rumah pergi kerja, lepas tu balik duduk rumah. Nak bina masa depan yang lebih cemerlang, tapi asyik tikam nombor ekor. Nak cari duit juta-juta, cerita projek besar-besar, tapi setakat cerita kat kedai kopi, tak buat apa-apa pun. Inilah pnyakit yang dah letih aku tengok, sebab berlaku depan mata aku setiap hari. Jumpa kawan ajak buat business, semua nak cari jalan senang.
Apa betul ke bangsa aku ni pemalas? Aku tak rasa bangsa aku pemalas, sebab mereka ni la yang paling rajin cari kerja, jadi pekerja, dan jadi kuli orang. Ataupun, mereka ni jenis yang malas berfikir?

Tuesday, July 19, 2005

Cipta masa depan kita sendiri.....

Aku dapat benda ni hujung minggu lepas, dalam satu program yang aku ikut serta di PJ. Ringkasnya, kita kena serius dengan masa depan kita sendiri. Kena tulis sejarah hidup kita sendiri, kena ada agenda sendiri dan kena tentukan masa depan kita sendiri.
Yang paling penting dalam hidup kita adalah diri kita sendiri, bukan orang lain. Ramai yang nak jadi hero nak buat itu ini untuk orang lain, tapi lupa diri sendiri. Bila lupa diri sendiri, akhirnya tak kemana jadinya. Kena buat untk diri sendiri dulu, barulah untuk orang lain. To give we must first have, if not, what to give?

Friday, July 15, 2005

kemana kita nak pegi?

Soalan ni aku sendiri tak ada jawapan spesifik, bergantung kepada maksud soalan tu la jugak.

Seorang kawn bercakap soal program realiti TYV sekarang ni. Dia cakap soal Akademi Fantasia secara spesifik. Pelajar mana yang bagus, mana yang tak bagus. Lepas tu dia cakap soal politik di Astro yng akan tentukan siapa juara dan siapa yang akan terkeluar. Soal pelajar masuk semula selepas seminggu program bermula dan soal berapa banyak Astro buat duit hinggalah kepada soal seorang pelajar popular akan tersingkir atau sekurang-kurangnya tak akan jadi juara.
Ini bukan bidang aku, jadi aku tak ada jawapan konkrit untuk segala persoalan ini. aku ambil jalan mudah, sebab aku selalunya pun simple minded. Ini soal hukum. Mufti Perak kata program realiti TV ni haram dan majlis fatwa Selangor dah gazettekan program realiti TV ni yang undi guna SMS hukumnya haram. Jadi jawapan aku pada dia, kalau masih ada sisa-sisa iman dalam diri kita, tak payah la nak sokong program macam ni. Itu saja jawapan mudah aku. Kalau nak tengok jugak, tak payah komen apa-apa la, takut nanti jadi umpat keji, kita pulak yang tambah dosa. Kalau ada pihak yang main politik @ menipu dalam program ni, kita doakan semoga Allah selamatkan kita dari tipu daya semua tu dan semua saudara kita di selamatkan didunia dan akhirat. Yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Seorang rakan telefon petang semalam. Kisah dia menarik jugak, cerita rumah tangga yang semakin retak. Sejak akhir-akhir ni, banyak betuk cerita macam ni. Aku cuma doakan semoga rumahtangga aku dan rumah tangga rakan-rakan aku diselamatkan dan diberkati Allah. Dia dah kahwin agak lama, dah ada zuriat, tapi sekarang ni ribut melanda. Kenapa boleh jadi macam ni? Sebab dia tak dapat apa yang dia harapkan dalam perkahwinan dia. Mungkin expectation dia tinggi sangat kot. Dia kata dia cuma nakkan apa yang dia dapat sebelum berkahwin dulu.
Susah jugak nak cakap. Sekali lagi, aku tak ada jawapan untuk dia. Aku tak banyak pengalaman, tak banyak ilmu dalam soal ni. Aku cuma boleh cakap, bawa lah bertanya pada mereka yang arif dalam soal hukum dan dalam soal keharmonian rumahtangga ni. Kes dah masuk mahkamah. Katanya pihak yang bertanggung jawap macam nak delay je kes ni. Agaknya Jabatan Agama nak mereka bertenang dulu. Mudah-mudahan perkahwinan ini dapa diselamatkan.
Baru bulan lepas seorang kawan bercerita masalah yang sama, sekarang satu lagi kes timbul. Aku cuma doakan mereka dapat yang terbaik. Aku tak tahu apa yang terbaik untuk mereka, sebab aku tak tahu apa yang mereka cari dalam hidup mereka. Dan aku tak ercakap dengan kedua-dua belah pihak. Aku cuma cakap dengan satu pihak. Jadi aku tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi, sebagai kawan, aku cuba tolong apa yangaku boleh tolong. Aku doakan Allah bagi mereka yang terbaik. Yang terbaik untuk mereka terus hidup didunia ni dan diakhirat nanti. Aku sayang kat semua kawan-kawan aku ni, jadi bila dengar semua masalah ni, aku jadi sedih untuk mereka.
Bayang kanlah, duduk serumah, tidur sebilik tapi tak bercakap. Macam mana ye? Kecuali la kawan aku yang sorang lagi tu, dah asing rumah. Tapi masih lagi dalam kawasan yang sama. Berjumpa setiap hari sebab anak-anak. Lagi satu hal, confious anak-anak tengok mak bapak macam ni. Walau macam mana pun, aku hormati keputusan semua kawan-kawan aku. Yang aku boleh tolong, aku tolonglah. Yang lain tu, aku yakin Allah ada perancangan lain untuk mereka.

Tuesday, July 12, 2005

Masalah 1

Saban hari kita pergi kerja. Tapi tak kaya jugak! Buat kerja susah-susah, boss jugak yang dapat lebih!
Itulah keluhan kawan-kawan yang masih makan gaji macam aku.
Dia orang ni kerja nak senang, nak datang lambat, balik nak awal. Tapi gai nak tinggi, bonus nak tinggi!
Itu pulak keluhan kawan-kawan aku yang buat business, yang employ orang lain untuk kerja dalam company mereka.
Aku ada solution untuk problem ni. Aku dah kongsi dengan mereka macam mana nak selesai masalah ni. Tapi, itulah yang dinamakan manusia. Bukan semua sebenarnya nak selesaikan masalah. Ramai yang cuma suka cerita pasal problem, tapi berapa ramai yang jujur nak selesaikan problem? Ini sikap ramai manusia, suka cerita problem mereka kat orang lain. Kononnya, mereka lah orang yang paling banyak masalah dalam dunia ni. Orang lain tu tak de problem, kalau adapun terlalu kecil.
Letih jugak aku nak handle kawan-kawan macam ni. Tapi, dah namanya pun kawan, kalau ada masalah tak cerita kat kawan, nak cerita kat siapa lagi. Akupun positifkan diri, ini semua ilmu baru untuk aku. Pelajaran baru yang aku akan terus terima setiap hari dan setiap masa. Yang kat atas tu cuma contoh, ada banyak lagi yang jauh lebih menarik dari yang kat atas tu.
Ada satu tu, cerita masalah rumah tangga. Terpaku sekejap aku dengar cerita dia. Sikit-sikit macam yang dah aku tulis sebelum ni. Nantilah, kalau petang ni aku ada masa, aku tulis kisah kawan aku ni. Buat rujukan aku dan anak-anak dimasa depan.

Tuesday, July 05, 2005

cerita kawan lagi...

Semalam sempat jumpa seorang kawan lama. Masih manis macam dulu. Penampilan agak berbeza dari dulu. Yelah, dah 'dewasa' macam ni, memang la berbeza. Mula kenal dia lebih 20 tahun dulu. Masih sekolah. Sekarang ni dah kerja, dah kahwin dah punya anak.
20 tahun masa berlalu, rasanya terlalu pantas. Sempat berbual soal kerja, soal career, soal keluarga. Nak berborak lama, masing-masing kena kembali ketempat kerja. Cuma, masa hantar dia balik office, senyum dia masih manis macam dulu. Subjektif sungguh soal senyum ni, susah nak tafsir......
20 tahun masa berlalu, terlalu sekejap rasanya. Jika 20 tahun dulu, seorang bayi baru lahir, sekarang ni mungkin telah berada di universiti. Atau juga dah bekerja. Atau mungkin juga dia dah kahwin dan punya anak. Itulah namanya masa, kalau kita tak gunakan masa sepenuhnya, kita akan ditinggalkan masa. Dan kita tak mugkin dapat semula masa yang tertinggal dan yang ditinggalkan.
Balik pada kisah rakan ni, ada sesuatu rasanya yang cuba disembunyikan disebalik senyum manisnya. Ada kaca-kaca yang penuh cerita disebalik redup matanya. Ada cerita disebalik raut wajahnya yang tampak menyimpan pelbagai kisah disebalik senyum manisnya. Dia tak sepatutnya punya cerita sebegitu. Raut wajahnya perlu lebih dari yang terpancar sekarang ini. Dan telahan ini memang benar, ada kisah besar disebalik semua itu.
Kisah ini membuatkan aku terfikir, betapa kuatnya rakan aku ini. Aku dengar kisah ini dari mulutnya beberapa bulan lalu, tapi tak berpeluang menatap wajahnya seperti semalam. Kalaulah masa dapat diputarkan semula, kebelakang, mungkin dia tak mahu kisah ini berulang. Kalaulah dia dapat menukar sejarah, mungkin dia akan tulis sejarah yang berbeza untuk hidupnya. Namun, itulah hebatnya Pencipta kita. Setiap kita diberikan pelbagai kisah dan cerita untuk kita tulis. Dan untuk kita kongsi, semoga menjadi panduan untuk orng lain.
Sempat aku renung jauh keanak matanya, ada kisah yang lebih besar dari itu yang masih dia simpan rasanya. Aku tak mampu nak tafsir segalanya. Bagaimana diketika ini aku berharap untuk merenung jauh kelubuk hatinya, mungkin ada cerita lain yang dapat aku faham dari teman ini. Dan mungkin aku punya jawapan untuk redup matanya dan kaca-kaca dimatanya.
Sebentar tadi, sempat berbual lagi dengannya. Suaranya tak seperti perbualan sebelum ini. Mesranya telah kembali. Mungkin agaknya setelah beberapa kali berbual, kini kisah 20 tahun lalu kembali lagi. Mungkin ditalian ini adalah, dua teman yang sedang berbual kisah sekolah dan kisah asrama 20 tahun lalu. Manis sekali bunyi kisah dan sejarah itu - kisah sekolah dan asrama. Disanalah segala-galanya bermula, disanalah persahabatan ini bermula. Terpisah beberapa tahun selepas tamat peperiksaan terakhir disekolah. Bertemu semula di kota kosmopolitan ini. Kemudian terpisah lagi kerana masing-masing mencari haluan dan masa depan sendiri. Kemudian bertemu semula di tahun lepas, itupun secara tak sengaja di internet. Terjumpa e-mail nya, hantar e-mail bertanya khabar, terima balasan. Jumpa untuk pertama kali, itupun sekejap. Kemudian hilang lagi untuk beberapa bulan, jumpa semula, hilang lagi dan kini jumpa semula.
Entahlah berapa kali kisah hilang dan jumpa ini akan berterusan. Tapi, inilah uniknya persahabatan aku dan dia. Malang sekali aku bukan penulis. Jika tidak, mungkin kisah ini akan di novelkan, kalau tidak pun difilemkan. (filem? hhmmm... dah satu dekad aku tak tengok wayang, jadi lupakanlah soal filem). Kali ini hati aku cuma berkata - ini berbeza. Jumpa kali ini tak sama seperti dulu. Suaranya sebentar tadi yang aku nantikan selama ini. Inilah yang aku tunggu dari seorang teman. Cuma mungkin senyumnya belum lagi seperti 20 tahun dulu. Nantilah, bila episod kisah hidup berlikunya dapat ditamatkan, aku pasti aku akan lihat semula senyum manisnya seperti 20 tahun lalu.
Aku cuma boleh berharap, suatu hari nanti aku mampu membantunya untuk menulis kisah hidupnya yang lebih indah, yang lebih bererti, kerana aku hanya ingin melihat seorang lagi teman lama mampu tersenyum, semanis senyumannya lebih 20 tahun lalu.
Dan aku tak pernah berhenti berharap dan berusaha......