Thursday, April 20, 2006

Sebuah Kisah di Negeri Paling Maju di negara bolehland

Apa ada dalam Negeri termaju di negara bolehland ini? Negeri ini diumumkan sebagai Negeri Maju pada 2005, 15 tahun mendahului Negara. Apa ada dalam negeri maju ini? Ia ada senarai panjang didalamnya. Sekadar beberapa "peristiwa" dalam negeri maju ini:

- Sungai dicemari amonia
- Sungai dicemari najis
- Air paip kerumah-rumah berbau najis
- Rumah 20 keluarga dipinggir kotaraya metropolitannya di robohkan oleh Majlis Perbandaran pada 18 April 2006, termasuk rumah milik seorang ibu muda yang masih dalam pantang.
- Banjir di ibu negeri, daerah jirannya dan merata tempat yang melibatkan kerugian "jutaan" ringgit.
- Pelbagai jenayah, antaranya pembunuhan demi pembunuhan dimerata tempat, rogol, samun, rompak, curi, pembalakan haram ... terlalu banyak, sila rujuk akhbar-akhbar tempatan.
- Tanah terus tergadai kepada "Kerajaan Pusat", bermula dengan 'ibu negara', 'pusat pentadbiran negara' dan terbaru Taman Pertanian dipajakkan selama 60 tahun.
- Kontroversi pembinaan rumah EXCO di negerinya, tapi rumah rakyat terus diroboh, setinggan tidak diendahkan, rakyat terus merempat tanpa rumah yang sempurna dan senarai masalah rumah rakyat terus bertambah tanpa pembelaan (bukan setakat tanpa pembelaan, tapi ditambah dengan pencerobohan dan perobohan)
- Masalah dadah belum nampak penyelesaian

Senarai ini akan terus bertambah. Namun yang lebih istimewa, kedudukan Menteri Besar, EXCO, dan orang politik dari parti memerintah nampak semakin kukuh dan selesa. Hebatkan negeri maju ni? Nak tahu negeri mana? Tanya budak umur 3 tahun pun dia boleh jawap...

No comments: