Friday, December 29, 2006

2006 pun dah nak berakhir.....


Masa dah sampai untuk 2006 berlalu dan 2007 datang. terlalu cepat masa berlalu, mungkin ini antara tanda2 dunia dihujung hayat? Entah la, mungkin juga. Nak kena tanya yang bijak pandai dalam soal ni.

Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam 2006. Dari diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara hinggalah ke soal dunia. Ada saja perkara yang menambah warna dunia, setaip hari, setiap detik. Begitulah dunia dan kehidupan, tak pernah berhenti bergerak dan tak pernah berhenti menggarap kisah2 baru dan meninggalkan pelbagai kenangan, warna, kisah cerita....

Tapi, pergerakan 2006 ke 2007, hanyalah pergerakan "angka". Setiap hari, setiap detik, setiap masa, umur kita bertambah. Cuma bila dilihat jarak setahu, pertambahan umur kita 365 hari, atau 8,760 jam, 525,600 minit, 31,536,000 saat. Ini lah jumlah pergerakan umur kita dalam setahun. Setiap saat yang dibazirkan, kita semakin kurang baki 31,536,000 saat yang diberikan kepada kita setiap tahun. Masa sembang-sembang, chatting, update blog, hantar sms, semuanya terkandung dlam 31,536,000 saat yang diperuntukan kepada kita. Dan masa itu juga yang perlu kita rancang dan pergunakan untuk tahun depan, tahun 2007.

2006 banyak perkara baru yang dipelajari. Lepas 9 November 2005, walkin untuk basic training, kemudian advanced, kemuadian LP, yang disambung ke 2006. Lepas tu staffing dan terbaru mastery, semua ni memberi impak besar dalam perjalanan hidup, dalam melihat kehidupan, manusia dan kemanusiaan, merdeka dan kemerdekaan, sahabat dan persahabatan, dan pelbagai kisah hidup lagi. Melihat warna2 pelangi sekarang ini, mungkin berbeza dari melihatnya sebelum ini. Mendengar ungkap2 kata-kata manusia mungkin dah berbeza sekarang ini. Melihat perjalanan dunia dan isi dunia ini, mungkin ada sedikit bezanya. Manusia tak berubah, tapi mereka boleh "mengelastik" diri mereka untuk merasai lebih "kesyahduan dan kenikmatan" anugerah Tuhan untuk makhluk yang bernama manusia.

Terlalu banyak kalau nak tulis dalam masa singkat ni, tapi yang penting bukan sangat apa yang dah berlalu. Yang dah lepas tu, baik ke, buruk ke, semua dah berlalu. Yang penting, apa selepas ini? Sanggup tak hidup dimasa ini, belajar dari masa lalu untuk kebahagiaan dimasa depan? Ramai yang suka hidup dimasa lampau, tak nak berubah. Tapi, sampai bila?

No comments: