Thursday, May 22, 2008

Tiba-tiba, aku menyampah denga kisah2 org politik

Baru hantar komen kat blog MSO. Tak tau la keluar ke tak. Aklu bukan penulis blog politik, aku tulis apa yang aku nak tulis, tak de undang2, tak de skop khas. Apa aku nak tulis, aku tulis lah.

Cuma hari ni, sebab terlalu banyak kisah politik disogokkan, aku dah jadi muak, macam nak termuntah, menyampah tahap cipan. Hari-hari fokus media cuma pada kisah politik, kisah orang besar, orang kaya, orang senang, kisah politik anak beranak, rebut kuasa, hentam sana sini, dan macam2 lah.

Kisah rakyat cuma gula2 pilihanraya. Sekarang ni aku pun tak tau sapa lagi boleh percaya. Belum pun dapat kuasa, Anwar dah kata, kalau PR ambik alih kuasa, Azizah jadi PM. Pak Lah kata nak serah kuasa pada Najib. Ni apa cerita ni? Boleh serah kuasa macam tu je ke? Kalaulah ada 30 atau 50 tok wakil BN masuk PR tapi join PAS, bukan PKR, apa Azizah jugak ke yang jadi PM? Atau 60 masuk DAP, macam mana? Atau 100 orang BN buat parti baru dan mohon masuk PR, amacam? Sesenang tu nak serah kuasa? Hmmmm... orang politik, macam ni lah.

Baru je aku ingat mereka ni akan berubah, berkhidmat untuk rakyat, fokus pada rakyat, sebab elaun mereka rakyat yang bayar, tapi nampaknya sangkaan aku meleset jugak lah kali ni. Tak nampak lagi keikhlasan mereka berjuang untuk rakyat berbanding mereka berjuang untuk parti dan untuk diri. Komen lebih banyak pasal Mahathir berhenti, dari kisah orang miskin yang bersepah dalam negara ni. Selangor nak bagi air free pun macam ada pihak2 yg tak puas hati, ni apa barang ni?

Aku tak la teruja sangat bila tengok KM Penang naik flight kelas ekonomi, sebab Khalifah zaman Islam dulu nak sentuh khazanah negara pun takut sangat2, bila dengar orang susah tak makan, dia yang tanggung gandum pi bagi, malam2 keluar jalan keliling kota dan desa tengok sendiri masalah masyarakat. Ni setakat duduk rumah sendiri, duduk hotel bilik kecik, naik flight kelas ekonomi, bla bla bla... hek eleh... kecoh je lebih. Yang UMNO tu tok sah cerita la. Malas aku nak komen, semua dah tau.

Kalau betul2 nak selamatkan duit negara, yang pi buat baju istiadat Ahli Parlimen sampai RM 1,500 tu buat apa? (rujuk blog Zulkifli Nordin). aku bukan kata MP tak boleh dapat elaun, tak boleh dapat keistimewaan, tapi jangan la melampau sangat. Kalau nak jadi MP sebab elaun, baik tak payah. Kalau kata nak ambik alih kuasa sebab rakyat, kurang la sikit politiking kepartian tu, fokus la lebih sikit pada rakyat. Aku bab bangsa ni, tak la minat sangat. Apa pun bangsa kita, tetap hamba Tuhan. Akhirat nanti Allah tak tanya bangsa apa, Allah nak soal pasal iman dan amal. Kalau dalam Parlimen dok berbalah macam budak kecik, contoh apa nak tunjuk pada rakyat? Sebab 5 negeri bukan bawah BN, Menteri pelancungan batal MOU. Ni ke cara nak tolong rakyat? Haprak betul.

Terlalu banyak la kalau nak tulis, pasal semua parti, semua "pemimpin", tapi aku bukan nak sangat cari salah orang lain, bukan nak cakap orang ni salah, org tu tak betul, aku cuma tengok sejak lepas pilihanraya 8 March dulu, para "PEMIMPIN" ni lebih banyak fokus pada "perjuangan" parti dari perjuangan rakyat. Tak kisah la apa dia orang nak cakap, aku cuma nak cakap, aku pun pembayar cukai. Aku pun rakyat Malaysia, aku pun pegi mengundi, boleh check dengan SPR kalau tak percaya, kat kertas tu ada nombor siri, pegi la check.

Tak payah la PAS/DAP/PKR boikot Utusan, boikot media perdana, dan tak payah la BN boikot media alternatif, pokok pangkalnya, ada beza ke media kedua-dua aliran ni? Pernah ke media perdana kata PR betul, atau media alternatif kata BN betul? heh he... pi la baca sendiri.

Kalau aku boleh rasa macam ni tentu ada lagi "rakyat biasa", orang kecil, orang "kebanyakan" macam aku yang rasa dan fikir macam ni. PRU 13 nanti, kalau semua oarng biasa ni malas nak keluar mengundi macam mana? Kalau dari 7 juta lebih yang mengundi dalam PRU 12 ni, tingga 1,700 orang je yang pegi undi dalam PRU 13 amacam? Aku masih nak pegi mengundi, tapi kalau orang politik dok asyik cerita pasal parti dan pasal kuasa lebih dari pasal rakyat, perlu ke aku nak bersubahat nak bagi kuasa pada manusia2 jenis ni?

Hmmm... entah lah orang2 besar dan orang2 elit.... Korang buat la apa yang korang rasa betul. Undi sapa pun, aku kena bayar tol jugak, harga minya naik jugak, harga beras naik jugak, harga barang naik jugak, gaji macam tu jugak, mengeluh la macam mana pun, bil talipon korang rakyat yang bayar, rakyat bayar sendiri, orang besar masuk penjara, kena tahan, kena lokap, heboh satu dunia, orang kecik hilang, kena bunuh macam kat perlis tu, bising la sehari dua, lepas tu senyap la. Karpal kena ugut, semua orang bising, orang kecik kalau kena macam tu, korang kisah ke? Hehe... salah ke kalau aku kata korang ni boleh menang award kalau jadi pelakon? Tok guru berlakon dah jadi senator, boleh la belajar dari dia. Besar sungguh sumbangan dia pada negara, berbanding sumbangan tok-tok guru agama yang mengajar manusia mencari jalan keredhaan Allah.

Pada kawan2 yang baca blog aku ni, nampaknya kita macam tu la jugak. Kalau mengharap pada manusia, manusia pun tak pernah cukup. Jadi, berharaplah pada Allah, minta pada Allah dan teruslah berusaha. Kalau nak tau nasib kita, tengok la macam mana usaha kita, kerja kuat kita dan sejauh mana parcayanya kita pada potensi diri kita dan kekuatan ketahanan diri kita pada dugaan yang Allah turunkan pada kita........... Semoga Allah memelihara kita, insyaAllah. Pada yang Allah pinjamkan kuasa tu, ingatlah, semua yang Allah bagi, nak kena jawap diakhirat nanti.

No comments: