Thursday, June 05, 2008

TAHNIAH MALAYSIA !! minyak naik lagi

Hari ni aku nak ucapkan tahniah utk rakyat malaysia, kerana minyak naik lagi. Tahniah kerana terus beri undi pada kerajaan yg sangat pandai memerintah dan mengurus ekonomi. Tahniah kerana hanya ni lah kerajaan yg boleh perintah Malaysia dengan adil, dan saksama, dan menjaga kebajikan setiap rakyat. Sebab tu nak kubur berjuta ringgit, jalanraya terus di tolkan, cukai kereta (bukan cukai jalan) terus tinggi, tarif letrik terus nak naik, harga barang terus melambung (mesra perniagaan nih), dan semua barang keperluan rakyat meningkat.
Kerajaan Dollah terus perihatin pada rakyat, sebab tu belanja Monsoon cup akan dinaikkan. Projek besar koridor Dollah, terus dilaksanakan, naikkan lah lagi segala peruntukan yang mesra perniagaan dan pelancungan ni.

Rakyat kena terima semua ni, sebab Malaysia ni, hanya BN yang pandai memerintah. PRU akan datang, berilah undi pada BN lagi, kalai ni biar "pembangkang sifar", sebab pembangkang pun cuma boleh bising dalam perlimen dan jalan raya je, yg lain dia tak pandai. Bila PR kata nak turun harga minyak kalau berkuasa, jangan lah kita ikut. Kalau kena bagi subsidi pada rakyat, macam mana nak renovate rumah PM, rumah TPM, nak buat istana negara baru, nak beli kereta baru untuk menteri, nak beli air mineral RM60 sebotol, nak beli skru yang berkali ganda mahal bla bla bla bla bla.... panjang lagi list tu nanti.

Tu tak kira nak bagi holiday pegi oversea untuk PM, TPM, Menetri, VVIP etc etc.. Tu tak kira nak bayar elaun wakil rakyat, menteri, timbalan menteri, nak tambung belanja perjalanan dia org, belanja datang parlimen, macm-macam lagi. Kubur VVIP pun harga berjuta ringgit.

Memang bijak sungguh kerajaan ni memerintah. Memang mesra perniagaan dan mesra elit. Rakyat marhaen ni kiranya bekerja untuk menampung subsidi VVIP, ohh... bangganya aku jadi rakyat biasa dinegara tercinta yang baru hilang pulau sebesar padang bola ini, Uhhhh... malaysia boleh!! Lepas ni entah apa lagi nak naik, entah apa lagi projek besar nak buat. Ya la, kan ke Dollah kata ada RM13 billion lebih dah selamat, boleh la buat satu lagi koridor lepas ni. Mungkin koridor 3 beranak pulak la kot. Atau korodor sharir samad, kwang3....

Untuk PM, menteri, Bn dan penyokong BN, sekali lagi tahniah. Tahniah kerana kesan ini untuk seluruh rakyat malaysia dan kamu semualah yang menjadi penyumbang utamanya.

No comments: