Wednesday, April 08, 2009

Biarlah nombor berbicara....

Dah puas dengar manusia berbicara, biarlah sekarang nombor berbicara.

PRK P059 Bukit Gantang.

Jumlah Undi
BN
2004 16,845
2008 18,449 - meningkat 1,604 (9.52%)
2009 19,071 - meningkat 622 (3.37%)

PAS
2004 10,144
2008 20,015 - meningkat 9,871 (97.31%)
2009 21,860 - meningkat 1,845 (9.22%)

Kesan dari persempadanan semula, jadi tak pasti sama ada undi meningkat kerana vote swing atau kerana sempadan pilihan raya. Apapun, yang pasti, pemenangnya telah ada. Pilihanraya dah habis. Jadinya, elok la hentikan semua "kempen-kempen" dan "gaduh-gaduh" pilihanraya dan tumpukan pada menyatukan yang dah terbelah sebab berlainan fahaman politik. Orang PAS dan orang UMNO, masih mengadap dan sujud pada Tuhan yang sama (tu pun kalau sujud la). Kawan-kawan yang berlainan agama, masih warga negara yang sama (kecuali hantu import yang tak tau asal usul).

Yang kalah tu, terima lah kekalahan dan cuba lagi dalam pilihan raya akan datang. Yang menang, alhamdulilah, dan amanah semakin bertambah. Dari faktor calon, rasanya, insyaAllah majoriti pengundi telah memilih calon yang betul untuk memimpin dan menjadi wakil mereka. Kepada bekas cikgu aku yang kalah tu, masanya untuk muhasabah diri. Tak perlu post mortem, cuma perlu sujud lama sikit pada Illahi dan mohon petunjuk apa seterusnya selepas ini.

Kepada yang suka-suka tabur fitnah masa tempuh berkempen hari tu, tak kisah lah dari pihak mana sekalipun, jumpa lah mereka yang telah difitnah dan mohon maaf pada mereka dan mohon ampun pada Allah, selagi Allah bagi sisa-sisa umur. Takut nanti mati dalam keadaan masih bersalah pada manusia, susah nak mohon maaf diakhirat kelak. Kita hidup ni sekejap saja, mungkin esok, mungkin lusa, habis lah masa kita.

Kadang-kadang terlalu asyik nak menang hingga lupa hukum Tuhan, lupa adat susila, lupa batas betul dan salah. Sekarang semua dah habis, baliklah keminda sedar dan jiwa yang tenang. Baliklah kepangkal jalan dan mohon petunjuk dari Allah. InsyaAllah, Allah itu maha pengampun dan Maha Pengasih.

No comments: