Thursday, June 18, 2009

Avoiding, hiding and excuses..... (BM)

Perkara paling mudah dalam hidup ni, "menyorok." Ramai manusia yang suka menyorok dan juga mengelak. Caranya, mudah je, buat sesuatu untuk "cover" hal sebenar, he he he.... Atau dengan lain perkataan, menyorok, mengelak, atau memberi alasan. Alasan ni, apa pun betul. Bagilah alasan apa jua, untuk apa juga keadaan, semuanya betul.

Kena tanya diri sendiri, apa yang dicari dalam dunia ini. Ada manusia yang inginkan kemewahan, kesenangan, kekayaan, keberkatan, syurga, Rahmat Illahi, macam-macam... Tak habis nak senaraikan kat sini. Tapi, berapa ramai yang sanggup bekerja dan mendapatkan apa juga yang dikehendaki dengan apa cara sekalipun.

Berapa ramai pula yang cuma cakap-cakap, tapi akhirnya, tak ambil tindakan. Ini lah sifat manusia yang unik, bukan semua yang bercakap itu akan buat dan bukan semua yang buat tu, akan bercakap. Ada juga yang cum diam dan tak buat apa2, dan ada juga yang buat dan bercakap pun sama banyak.

Namun, apa pun yang manusia buat, itu semua pilihan masing2. Bukan kuasa manusia nak membuka pintu hati manusia lain. Bukan juga kuasa manusia untuk menentukan apa yang bakal manusia lain lalui, apa yang manusia lain akan rasa, perasaan manusia pilihan sendiri, hati manusia ketentuan Ilahi.

Kadang-kadang teruja juga melihat manusia bermain dengan hidup. Ada yang bersemangat untuk laju kehadapan, tapi akhirnya membeluk mencari jalan lain. Ada juga yang kelihatan jauh tertinggal, tapi akhirnya dia lah yang melintasi garis penamat sebagai juara. Ada juga yang kelihatan seperti tidak bermaya, ada juga yang penuh bertenaga. Ini semua sikap manusia dan manusia pilih untuk bagaimana mereka hidup. Buat lah apa saja, asalkan tahu kemana akhirnya nak dituju hidup ini.

Yang penting, tugas manusia untuk mencari jalan yang Allah redhai. Ini jalan terpenting dan terbaik untuk diikuti. Ikutlah arah mana pun, lorong mana sekalipun, kalau tersasar dari jalan ini, tidak ada hebatnya manusia ini. Hebat manusia bukan tinggi mana gunung yang didaki, atau laju mana memecut dilebuhraya, tapi hebat itu pada secepat mana manusia bangun bila terjatuh, dan bangun lagi setiap kali jatuh dan terus kedepan walau seberat mana beban ditanggung. Inilah kehidupan.

Hidup ini ada masa cerah, ada masa gelap, ada masa senang, ada masa susah. Semua ini sementara, sementara nafas masih masuk dan keluar. Buat lah apa sahaja, asalkan jangan mengelak, jangan menyorok, jangan pula mencipta alasan. Manusia ini unik, kita sama tak Tuhan juga jadikan kita dengan kehebatan maisng-masing. Gunakanlah semuanya untuk mencari jalan yang terbaik, supaya akhir nanti, jalan pulang itu cerah dan penuh cahaya.

No comments: