Kata ustaz, lelaki mulutnya dihati, wanita hatinya dimulut. Lelaki akalnya 9, malunya 1. Wanita nafsunya 9, malunya juga 9. Lantaran bila lelaki meletakkan hatinya dimulut, maka hilanglah warasnya bila berbicara. Bila nafsunya yang satu juga dijadikan 9, maka dia terus berkata-kata, hingga kadangnya, hilang waras, terus bicara lantas cerita menjadi fitnah dan ditabur merata-rata.
Manusia jenis ini banyak didunia ini. Mereka lupa untuk menjadi waras, maka mulut terus berbaur cerita duka dan celaka, tak tahu mana noktahnya, bersangka buruk atas segalanya, hingga kisah orang lain disangka kisah mereka, menembak tak tentu hala, maka jadilah mereka golongan pembohong, pemfitnah dan munafik yang tak sedar mereka sedang menuju jalan terlaknat.
Apabila golongan munafik datang kepada kamu, maka berhati-hatilah dan periksalah segala kata-katanya. Itu pesan ribuan tahun dulu, relevannya hingga akhir dunia hayat dunia ini. Manusia jenis laknat ini, tidak sedar dia termasuk golongan munafik, sebab munafik itu gaya hidupnya. Niatnya untuk menjadi hero, niatnya untuk membela dan niatnya unutk sentiasa nampak baik, akhirnya memerangkapnya dengan mainan syaitan dan tipu daya iblis, maka akhirnya jadilah dia hamba syaitan tanpa sedar. Dan bila sedar, dia tak mahu kembali kepada yang benar, kerana kotor hatinya gagal diputihkan lagi.
Bila lelaki hatinya dimulut, maka dia zalim pada dirinya, maka laknatlah menantinya. Rasa boleh menang dengan cara itu? Tuhan saja yang maha tahu.
Saturday, July 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment