Thursday, March 17, 2011

Bila dendam mengatasi Iman.....

Sejak kebelakangan ini, YM, HP dan e-mail sering dikunjungi oleh pesanan-pesanan dari manusia yang tak pernah terjumpa sebelum ini. Manusia ni ada perkenalkan diri dia, namun sebab tak pernah jumpa, maka perlulah berhati-hati.

Malangnya, manusia ni hanya berminat untuk cerita keburukan orang lain, berminat untuk bercerita betapa hebatnya diri dia, betapa dia seorang wanita dan isteri yang suaminya cuba digoda oleh orang lain, lantas terbitlah dendam dan marahnya pada orang lain itu.

Ini kisah peribadi, dendam peribadi dan sikap negatif peribadi. Maka eloknya dia tengok dulu betapa "berimannya" suaminya sebelum terus menyerang orang lain. Maka, untuk tidak memihak kepada sesiapa, eloklah semua pesanan orang ini dibakulsampahkan saja. Itu masalah mereka kenapa perlu disampaikan kepada orang lain?

Itu kisah dendam kesumat dia, kenapa nak ajak orang lain buat dosa sama? Mana lah agaknya suami beriman itu? Kenapa perkara mudah ini tak mampu ditangani? Kenapa cakap-cakap sebelum ini yang dia seorang saja yang ambil berat kisah yang seorang lagi itu tidak dikotakan? Apakah anunya telah dipulas oleh si isteri? hahahaha.... kesian ye... Itulah, lain kali jangan sombong, bila tiba masa, Allah boleh bayar cash!

Kita ni manusia biasa, jangan terlebih bila berdendam, jangan juga terlajak jika pun terlalu suka. Apa sahaja boleh terjadi. Selagi nyawa Allah masih pinjamkan untuk jasad dunia ini, bertaubatlah, mudah-mudahan bila mati nanti, jasad akhirat tidak terseksa.

Kalau pun nak berdendam, tak perlulah nak libatkan orang lain. Nanti bila orang dah menyampah, satu sen puntak guna. Konon nak tunjuk betapa dia menjadi mangsa, suami digoda, kebahaguaan cuba diragut. Namun, kisah sebenar dia tak tahu. Atau dia mahu kisah semua itu terpampang didalam alam maya ini?

Cukup-cukup lah tu. Aku dah muak dengan cerita-cerita dendam itu. Aku nak lihat manusia berbaik antara mereka, bukan bercakaran sesama sendiri. Kalau dah ada teman hidup, jagalah baik-baik. Jaga dengan iman, bukan dengan nafsu. Iman itu anugerah, peliharalah selagi masih ada. Takut nanti jika direntap terus, apa guna lagi hidup ini?

No comments: