Wednesday, September 12, 2012

bila mulut manusia lebih hina dari jubur babi...

Kadang-kadang, sesetengah manusia ni sangat pelik. Melihat sesuatu yang dia tak tahu, dari seseorang yang dia tak kenal, kerana rasa-rasa dan agak, maka bermulalah cerita sejengkal jadi sedepa.

Maka apa itu bukan fitnah namanya? Cerita pula pada manusia yang memang mulutnya tempayan yang boleh muat babi beberapa ekor. Maka cepat sekali simulut tempayan muat babi ini menyambung cerita, berjengkal-jengkal, untuk merosakkan lagi manusia lain disekelilingnya, buat memuas nafsu serta menempah tempat dilubang api kemudia hari....

Manusia ini, bila fikiranya sempit, maka suka dia menyempitkan orang lain juga. Bila kita saling tidak mengenali, eloklah bertanya supaya lebih tahu.

Fitnah itu, hukumnya haram, berdosa. Kalau dosa tak tertebus, sudah bersedia menghadapi api neraka?

No comments: