Friday, October 07, 2005

Selamat Datang Ramadhan

Rasanya baru je lagi puasa, sekarang ni Ramadhan datang lagi. Macam biasa, bila tiba bulan puasa, rasa seronok, tenang dan macam tak mahu bulan ni habis. Perasaan ni Cuma ada masa bulan puasa. Rasa tenang yang tulen ni tak pernah rasa masa bulan-bulan lain. Sebabnya? Entah lah, dari dulu cari jawapan tapi tak jumpa. So, conclusionnya, inilah kurniaan Allah untuk hambanya. Bersyukurlah, selagi kita masih mampu untuk sedut dan hembus keluar udara yang Allah bagi pada kita ni.

Beberapa hari lepas sempat jumpa seorang rakan baru yang tengah ‘jiwa kacau’ – istilah baru yang aku belajar dari dia. Kawan dengan orang muda ni, macam-macam istilah baru yang aku dapat. Cerita dia macam yang lain jugak, berhadapan dengan ‘bakal’ pasangan hidup yang tak ‘jujur’. Akhirnya, cuma jadi ‘bakal’ dan hubungan tu tak kekal. Bayangkan, dapat berita sedih 5 minit sebelum nak buka puasa dihari pertam puasa tahun ni. Boleh ke jamah juadah buka puasa tu? Kesian kat kawan baru aku ni, bengkak mata dia. Tapi, aku tetap salute kat dia, sebab masih boleh relax depan aku. Lepas borak, masing-masing nak balik, takut tak terbangun sahur pulak pagi nanti. Next morning call dia, sah dia tak bangun sahur, tak dengar bunyi jam katanya. Aku ni pasal je ada orang kejut, kalau tak dah tentu miss la sahur setiap pagi.

Tengok-tengok kat internet search tempat buka puasa. Macam-macam promotion ada, dari promotion makanan, harga makanan, persembahan dan macam-macam lah. Tak habis nak tulis kat sini. Dari dulu aku terfikir, apa sebenarnya erti puasa kat kita ni? Ibadah? Pesta? Masa untuk buat duit? Masa untuk berbelanja? Masa untuk membazir? Apa sebenarnya erti puasa ni? Susah jugak aku nak jawab. Kalau masa bujang dulu, puasa ni masa yang aku paling suka. Buka puasa biasanya tak perlu bayar dan tak perlu beli apa-apa. Pegi je masjid, mesti ada makanan. Kalau hujung minggu, sahur pun boleh dapat free kalau pegi certain masjid. Kat masjidf India tu, yang paling aku suka. Kalau belipun, yang aku ambil Cuma koew teau goring – RM1, air, biasanya air suam kat rumah. Jadinya, belanja buka puasa Cuma seringgit je. Kalau nafsu lebih siit, beli la ayam percik ke, mihun sup ke, kuih ke, tapi tak pernah lebih lima ringgit. Sahur, lantak je la apa yang ada. Tak pun beli nasi goring masa buka puasa tu, seringgit je. Mana tak maintain badan masa puasa below 52kg.

Bila dah berkeluarga, makan ok la sikit. Sebelum ada anak, beli je kat pasar ramadhan, mudah dan murah. Bila anak dah makin besar, suka pulak partner aku masak kat rumah. Aku tahu dia letih. Kesian kat dia, letih kerja lagi, letih nak masak lagi. Tapi itu yang dia suka, so biarlah dia buat apa yang dia suka. Aku selalu jugak nak tolong dia, tapi aku setakat pandai makan je, nak tolong sediakan makanan tu, boleh jugak la – bagi duit aku beli kat luar, heh he!

Banyak lagi kalau nak cerita pasal Ramadhan ni. Lain orang, lain la pandangan dia. Pada aku, apapun, yang penting jadikan puasa tahun ni lebih baik dari tahun lepas. Kalau dulu tak penuh puasa, kali ni penuhkan lah. Kalau dulu cuma puasa makan dan minum, kali ni cubalah pula puasa nafsu. Kalau dulu mulut dan lidah tak puasa, kali ni kita puasakan dia sekali. Kalau dulu kita ‘pestakan’ berbuka puasa, kali ni kita ‘pestakan’ pengisian puasa.

Untuk keluarga dan kawan-kawan, aku ucapkan selamat berpuasa. Pada kawan baru aku yang jiwa kacau tu, kalau satu hari nanti aku baca blog aku ni, aku Cuma nak bagi tahu, apa sahaja yang jadi pada kita Allah dah tahu awal lagi. Tentu ada kebaikan untuk kita. Yang penting, hidup mesti diteruskan. Yang berlalu tu, biarlah berlalu. Dia dengan hidup dia, kita dengan hidup kita. Ramadhan tahun ini baru saja bermula, masih terlalu banyak dugaan yang menanti kita. Bersabarlah, dan Allah pasti ada untuk bantu kita, kalau kita yakin.

No comments: