Monday, May 29, 2006

fantasi, fanatik & fantastik...

Tajuk kat atas tu tak de kena mengena dengan posting kali ni. Saja je nak letak, sebab sekarang ni kan ke musim akademi fantasia, bola sepak piala dunia, Myteam pulak baru je habis lawan dengan pasukan malaysia (bawah 20 tahun) dan bola sepak malaysia berehat sekejap untuk beri laluan pada piala dunia, sambung semula piala malaysia bulan julai nanti.
Peminat dan pengkritik AF dah mula berfantasi sejak awal lagi, dan makin ketara sejak 20 nama peserta awal diumumkan dan makin hebat dengan 12 nama diumumkan hujung minggu lalu. Penganalisa AF telah memulakan tugas mereka untuk menganalisa setiap pelajar, guru dan AF keseluruhannya. Lain orang, lain komennya. Paling hebat dalam forum - tak kisah la forum diinternet, Astro atau forum terbuka dikedai kopi dan mana-mana tempat yang boleh berbicara soal rancangan ini.
Antara topik menarik, bila soal kualiti dipersoalkan, soal tudung, soal populariti dan macam-macam lagi lah. Ini kan ke rancangan realiti TV yang penonton undi calon kesukaan mereka melalui SMS dan Astro buat duit melalui undian penonton dan penajaan. Kalau dah namanya pemenang dipilih melalui undian, bukan dari juri "professional", tentulah populariti yang jadi taruhan. Tak ada kena mengena dengan bakat. Ada seorang penyanyi "tersohor, veteren dan berbakat" tu buat komen rancangan TV realiti ini akan mematikan industri seni suara tanah air. Secara peribadi, aku cakap, lantak kau lah. Kalau tak silap dia ni pun terlibat jugak dalam rancangan seumpama ini, cuma "anak buah" dia tak la sepopular "graduan" reality TV yang lain, tu sebab dia melenting kot.
Astro tu kan ke syarikat korporat, kalau buat rancangan tak dapat untung, lebih baik tukar nama dan status kepada badan kebajikan kesenian negara. Kalau dah namanya badan korporat, untung dulu kemudian baru benda lain. Kalau buat rancangan asyik rugi je, penaja tak ada, duit keluar lebih dari duit masuk, lama-lama bungkus la company tu.
Rancangan macam ni, kalau akhirnya nanti melingkupkan industri seni tanah air, secara peribadinya, aku tak kisah... (macam iklan - aiman tak kisah... hmm.. teringat kat adik-adik dirumah solehah, hujung minggu ni nak kena jengok adik-adik tu, apa cerita mereka sekarang ni). Kadang-kadang tu, industri seni kita nak jaga, tapi akhlak anak-anak kita lupa. Kes khalwat, rogol, arak, dadah dan pelbagai maksiat dan jenayah yang sentiasa meningkat tu, tak pula kita kisah. Agaknya mana yang lebih penting? Kualiti pelajar akademi fantasia atau kualiti pelajar disekolah, kolej dan IPT?

Minggu depan satu lagi "program berkualiti" akan muncul dikaca TV, bola sepak piala dunia. Kalau AF cuma ada 12 pelajar untuk 10 minggu, Piala Dunia ada 32 pasukan untuk perlawanan selama 1 bulan. Sukan yang menjadi "kegilaan" diseluruh dunia. Kalau nak tengok kualiti, mungkin inilah masanya. 32 pasukan masuk bertanding untuk menang dan bawa pulang piala ini kenegara mereka, dan kita masih sibuk dengan Myteam nak masuk liga perdana.
Bila bercakap soal bola sepak, tengok saja trend pemikiran dan minat penonton bola sepak negara kita. Ramai yang lebih mengenali Ronaldo, Ronaldino, Zinedine Zidane, Wayne Rooney, Frank Lampard dan sebagainya dari pemain negara sendiri. Kalau kenal dan ingat pun, mungkin nama seperti Mokhtar Dahari (Allahyarham), Dollah Salleh, Zainal, Ghani Minhat dan pemain-pemain yang dah gantung kasut bola mereka sebagai pemain dari pasukan yang ada sekarang. Nama-nama pemain pasukan negara sekarang ni, mungkin terlalu asing bagi peminat bola sepak tempatan yang lebih suka tengok EPL dari liga super. Sebabnya? Kualiti dan mentaliti pemain, dan mungkin pegawai bolasepak sndiri. Kalau bukan kerana ditangkap didisco dan kelab malam, mungkin kita tak kenal beberapa pemain ni dah wakili pasukan negara. Lihat sahaja bagaimana seriusnya para pemain dan pegawai dari pasukan luar membentuk pasukan kelab dan negara mereka berbanding Malaysia.

Bila bercakap soal kualiti, baik penyanyi mahu pun bola sepak, kita terlalu jauh dibelakang. Kita masih lagi berfantasi. Kita jauh sekali dari fantastik. Kalau fanatik, kita mungkin dah ada sikit-sikit. Fanatik ni kan ke ikut emosi, dan itulah yang diperlukan oleh "peniaga" untuk melariskan "jualan" mereka. Dalam soal jualbeli, manusia lebih banyak membeli kerana emosi, bukan sangat soal kualiti.
Tak percaya? hmmm....mungkin anda tak pernah belajar soal pemasaran dengan lebih mendalam.... kesiannya.... tapi! eh, kan ke rakyat malaysia cuma baca satu muka surat dalam setahun? Ini kalau baca buku ilmiah la... Kalau baca "buku" hiburan, mungkin lebih sikit kot... Tak salah baca buku hiburan, dan itu "mungkin" lebih baik dari tak baca buku langsung.

Selamat berfantasi!

No comments: