Wednesday, May 31, 2006

oh... ulasan lagi....

Sebenarnya la kan, kalau tak de Astro kat rumah pun masih boleh tahu apa yang terjadi kat AF musim ni, macam jugak musim-musim lepas. Macam-macam ulasan boleh dibaca kat internet ni. Jadi orang macam aku yang sentiasa tak sempat tengok TV masa waktu perdana dan waktu puncak boleh jugak la "ambil tahu" apa yang jadi. Menarik sebenarnya bila baca komen-komen ni dan yang paling bagus, kebanyakan komen-komen tu ta de dalam surat khabar. Ini la yang bagus bila boleh surf internet, dapat komen yang "bebas" dan tak terkongkong dengan periuk nasi dan seluar dalam boss-boss media tu. Kalau dalam paper, silap komen nanti, sorru miss la pulak...
Bila baca beberapa komen dalam blog-blog yang rajin komen pasal AF ni, ada beberapa yang aku suka nak tambah komen sendiri. Salima yang bertudung tu, rasanya dia ni bertudung fesyen tanpa tahu batas aurat yang sebenarnya. Apapun, dia mungkin terlepas bab rambut, sebab dah tutup, tapi yang lain tu, entahlah.......................... Bila sempat tengok show dia nanti, boleh komen lebih sikit. Tapi ada masa ke nak tengok konsert ni? Tahun lepas yang heboh pasal Mawi pun tak de masa nak tengok, tahun ni nak tengok?
Heboh jugak pasal bebudak yang tak dapat masuk tu. Yang ni mudah je, lagi seminggu dua bila dah sibuk mengAFUNDI yang kat akademi tu, lupa la yang lapan orang ni. Bukan kes besar ni. Sekarang ni mungkin kecoh sikit soal layak dan tak layak, tapi lepas konsert pertama nanti, sunyi la tu. ada sesiapa ingat tak nama 6 orang calon pelajar AF 3 yang tak dapat masuk dulu tu? Kalau ingat pun, mungkin tak semua kot...
Komen-komen lain tu smua pasal diari AF hari pertama dan kedua, tak de yang menarik sangat. Apa hal aku suka pulak tulis pasal AF ni? Sebabnya, hehehe, sekali AF datang, maka tersenyumlah Astro dan syarikat telekomunikasi, sebab sms naik melonjak. Nak chat kat @15, kena bayar lebih, lagi panas topik kat TV tu, lagi ramai yang chat dan lagi banyak la company telekomunikasi tu buat duit. Lagi banyak publisiti dan kontroversi AF maka lagi ramai yang tengok AF dan lagi ramai yang pakat dok undi, maka lebih besar senyum Astro, Maxis, Celcom, Digi dan Telekom.
Pelajar yang kalah dapat duit dan menang pun dapat duit dan kereta dan semua hadiah tu lah. Akhirnya yang bayar semua tu siapa? Penaja. Penaja buat duit dari mana? Dari kita semua ni la. Lagi duit datang dari mana? Dari undi sms. Sapa bayar? Yang undi la bayar.
Kemudian kecoh tak de duit, kecoh barang mahal. Yang pegi buang duit undi tu buat apa? Kan ke lagi baik duit tu pegi beli buku, beli benda makan, tak pun untuk duit minyak kereta dan minyak motor. Hmm.... sendiri punya duit, sendiri punya suka la kan... dan sendiri punya blog sendiri punya suka la nak tulis apa pun.

Cakap pasal protes barang mahal ni, aku nak bagi kredit pada semua yang turun KLCC hari Ahad lepas untuk terus protes harga minya dan letrik naik. I salute all of you! Walau pun dibelasah oleh "penjawat awam" yang gaji dia kita yang bayar tu, semangat tak kan luntur untuk terus protes. Dalam pada tu, kita doakan semoga semua yang membuat protes diberi kekuatan oleh Allah untuk terus bertahan. Pada pihak yang bertindak zalim, tak kisah la yang bagi arahan atau yang ikut arahan, semoga Allah melaknat mereka didunia dan akhirat setimpal dengan kezaliman mereka. Kalau mereka itu ada kuasa, maka kuasa Allah itu lebih besar, kalau mereka itu ada kekuatan, maka kekuatan Allah itu lebih besar. Kalau mereka rasa mereka hanya ikut arahan ketua mereka, maka mereka juga kena ikut arahan Allah untuk tidakzalim dan berani berdepan dengan kebenaran.
Ya Allah, laknatilah mereka yang zalim dan sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa maka hancurkanlah mereka yang menyalahgunakan kuasa dibumiMu ini.

No comments: