Kalau benda macam ni berlaku dalam PAS, atau DAP atau Keadilan atau mana-mana parti pembangkang, sah la juak-juak UMNO ni akan kata telah berlaku perpecahan besar dalam parti pembangkang dan parti itu akan berkubur tak lama lagi dan pelbagai ulasan lain yang pastinya menunjukkan parti pembangkang tu tak kuat, tak kukuh, tak harmoni dan tak akan tahan lama. Tapi bila benda besar macam ni berlaku dalam UMNO dan dalam BN, seperti krisis MIC sebelum ni, semua media dan "pemimpin" kerajaan kata ini cuma hal dalaman parti dan tidak menggugat kestabilan parti dan kerajaan. Ini lah antara skrip drama swasta dan sandiwara dalam negara bolehland ini.
Bila menteri UMNO hentam Mahathir, yang lain kata itu komen peribadi dia. Bila pemimpin muda pembangkang tugur yang senior, orang UMNO & BN kata telah ada perpecahan dan percanggahan besar dan "mega" dalam parti pembangkang. Media yang selama ini terus-terusan jadi "yes man" dan "kaki hentam" bagi pihak UMNO & BN pun akan terus meng "yes" kan apa saja kata-kata UMNO & BN.
Untuk tambah lagi serbuk perasa dan perisa, golongan parti pembangkang juga ikut tambah kuah dalam pinggan masing-masing dengan pelbagai komen "politik" mereka - kita bersama untuk betulkan keadaan, kita akan ikuti apa seterusnya, kita tunggu perkembangan selanjutnya, bla bla bla...
Kisah orang politik ni menarik untuk diikuti, sebab dalam keadaan tekanan kerja dan dengan pelbagai cabaran yang menimpa setiap detik, elok juga mengikuti pementasan teater politik ni. Ini semua untuk menghiburkan hati dan perasaan. Macam tengok movie dari VCD cetak rompak yang boleh beli kat uptown dengan harga RM 5 tu la. Bila rasa nak berhibur, tengok la VCD tu kat rumah atau kat pejabat. Nak pegi panggung wayang mahal sangat, lagipun dapat tengok sekali je, kalau nak beli yang original, mahal sangat, dan yang paling penting, itu semua movie, ada pengarah dan pelakon serta krewnya, bukan cerita betul pun. Lagi satu, kualitinya belum tentu tinggi dan cerita tu belum tentu memuaskan hati. Kalau beli yang "haram" tu, dan kalau tak puas hati, tak la banyak sangat rugi, RM 5 je.
Macam tu la jugak bila ada orang politik "bergolak" dengan kisah-kisah panas mereka. Ikutilah, sekadar untuk hiburan. Nak percaya atau tidak, terpulanglah pada masing-masing. Macam tengok Akademi Fantasia la jugak. Ramai yang tengok sekadar untuk hiburan, kalau ada, tengok la, tak ada pun tak pe, tak rugi apa-apa pun. Ada juga yang setiap minggu nak kena tengok, macam orang ketagih minum kopi pagi-pagi, macam mana pun nak kena tengok juga, tapi undinya tak pernah pun. Ada juga yang lagi satu kategori, yang mesti nak tengok kualiti, baru undi, lagi satu golongan kualiti tak penting, aku tetap akan berabis untuk dia ni, undi hingga ketitisan "credit" yang terakhir, ini kalau dah suka, kalau pokok pisang masuk bertandingpun, dia tetap undi.
Cerita politik macam tu la jugak. Dalam sesetengah kita tengok ni semua tak lebih dari kisah hiburan yang tak penting mana pun, masih tetap ada "peminat" fanatik yang setiap hari "addicted" dengan cerita ni. Jadi, setiap malam, jam 8, kena tengok "diari" yang pastinya kisah ini akan keluar dan mesti baca "ulasan" beberapa pengulas tetap yang pastinya akan terus mengulas dan memulas kes ini.
Biarkan lah.... sendiri punya mata, sendiri punya telinga, sendiri punya kepala, sendiri punya pilihan.
Lepas ni nak tengok bola, anak bongsu aku lawan anak nombor dua aku, satu lawan satu, lagi best dari Brazil lawan Argentina. Referee anak sulung aku, lagi adil dari pengadil FIFA. Stadium kat laman rumah, lagi hebat dari stadium piala dunia German, penonton, aku dan keluarga aku, lagi meriah dari penonton yang bayar beratus dan beribu ringgit semata-mata nak tengok 22 orang berebut satu bola dan lawan untuk tendang bola masuk dalam jaring.
Kekadang tu, pelik manusia ni, benda macam tu, yang boleh tengok kat TV yang free tu, masih nak buang duit pegi stadium. Rakyat Malaysia yang negara sendiri tak de dalam peta bola sepak dunia pun "gila" bagai nak rak sokong "pasukan pilihan dan kesayangan" mereka dalam world cup ni. Siap beli jersi "original" yang harga beratus-ratus ringgit tu. Ini belum kira yang join kelab peminat EPL lagi tu, yang boleh hentak kepala isteri bila pasukan "kesayangan" kalah atau main tak elok, yang mati sakit jantung bila pasukan pilihan kalah. Tak sembahyang, lupa puasa, lupa bagi zakat tak de pulak nak sakit jantung. Aku pun suka jugak tengok bola, tapi kalau game jam 3 pagi, lebih baik aku tidur. Bangun sembahyang tahjud susah, sebab esok nak kerja, students buat qiamullai, tak bagi sebab takut jadi sindom qiamullai, tapi bila tang world cup, tak kecoh pulak. Bengong punya orang.
Wednesday, June 28, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment