Monday, June 26, 2006

Cakap2 orang politik - anak aku pun tak nak percaya

Sekarang ni masih heboh cakap-cakap orang politik yang satu masa dulu pernah jadi PM paling lama dalam sejarah negara ini. Dia kecoh kerana pelbagai persoalan yang dia bangkitkan tidak dijawap oleh penggantinya. Paling terkini, dia buat "ceramah" di sebuah kelab dipinggir ibu kota. Yang hadir, bekas menteri, bekas timbalan menteri, NGO dan pemimpin parti pembangkang yang dulunya sangt kuat mengkritik dan memaki hamun bekas PM ni.

Ini lah politik, tak ada kawan dan tak ada lawan selama-lamanya. Apa sahaja yang boleh memberi faedah kepada kepentingan diri sendiri, sapu sajalah. Dari dulu pandangan aku tentang orang politik ni, susah nak salah. Berdasarkan hasil, kawan aku kata, base on result, orang politik cuma nak jaga perut dan bawah perut sendiri. Anwar Ibrahim dulu pernah buat reformasi untuk tumbangkan Mahathir, lepas tu terus kritik kerajaan dan yang paling menarik, sekarang ni, dia cuma berada disekitar golongan elit negara ini. Rakyat biasa yang sentiasa sokong dia dulu, yang kena hujan asid, yang kena belasah dengan FRU? Pi lantak la.... Nasib baik aku tak setolol itu nak sokong orang politik membabi buta.

Mahfuz yang terkenal dengan sikap menghentam Mahathir selama Mahathir jadi PM, tiba-tiba boleh duduk semeja dengan Mahathir, hanya kerana bekas PM tu sekarang dah mula mengkritik Dollah Badawi dan kerajaan BN Malaysia ni. Bukan setakat Mahfuz, Timbalan Presiden PAS, Bendahari Keadilan dan ramai lagi orang-orang kuat pembangkang yang hadir termasuk la dari DAP. Ini lah wajah sebenar orang politik, hari ni boleh bergaduh, esok baik semula, semuanya keran perut masing-masing. Yang setiap kali pilihanraya umum tu aku pegi undi, entahla apa yang "pemimpin" ni akan buat kalau dia menang nanti. Yang dah menang tu aku tahu la, sebab dia memang tak buat apa-apa untuk rakyat biasa.

Mungkin ada yang akan kata, hidup kita, kena la usaha sendiri. Aku memang setuju benda tu, dan kalau dah tak mampu nak jadi pemimpin, jadi je pengikut, bagi yang mampu untuk memimpin dan kalau tak sanggup terima teguran dan kritikan, lebih baik duduk rumah diam-diam. Duit rakyat perah juga, cukai kena juga, "zakat" kena bayar ikut kehendah pemerintah, bukan kehentak syariah, tapi kemana pegi duit tu?

Kalau nak cakap cerita orang politik ni, memang tak habis, tapi kesimpulannya, orang politik ni tak kira la apa parti dia pun, sama je la. Yang dijaganya cuma perut dan dibawah perut dia. Rakyat? Pegi la tanya Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Mahathir, Megat Junid, Mahfuz, Lim Kit Siang, segala nama besar orang politik, yang ramai sangat tu, apa yang mereka dah buat?
Orang politik ni tak lebih dari main wayang dan sandiwara.

No comments: