Thursday, July 13, 2006

Update caca marba 2

Dewan Rakyat kena ceroboh lagi, kali ni dengan risalah mempertahankan Tajudin Ramli. Kalau dewan rakyat yang penuh dengan sistem pertahanan ketat tu pun boleh kena ceroboh, apalah sangat pantai malaysia yang sentiasa terbuka tu. Risalah macam ni boleh bagi political mileage pada pemerintah sekarang ni untuk berlawan pemerintah yang dulu, jadi tak la heran sangat dan tak la besar sangat berita ni sebenarnya. Kes TR saman kerajaan dan danaharta lebih 13 billion selepas dia kena saman lebih setengah billion pun bukan la berita besar sangat. Ni semua kes berprofil tinggi, saman la macam mana pun, mereka masih bebas lagi kat luar sana. Kalau kena kat rakyat biasa, polis dah pegi selidik ni, silap-silap dah kena tahanan reman dah ni. Bila yng kena tu orang besar, polis berani ke? Hehehe... terkent*t dibuatnya polis kalau berani pegi soal siasat orang-orang besar ni. Bila Rahman bekas bendahari keadilan komen sikit pasal PKR, media dah jadikan isu ni kes besar, tapi bila kena kat UMNO, semuanya okkkk..kayyy...

Peminat & penyokong mahathir nak sambut bekas PM ni balik dari oversea secara besar-besaran, kononnya untuk tunjukkan sokongan dari golongan yang dapat faedah dari pemerintahan bekas PM tu. Aku cakap, tak payah buang masa la... dah pencen tu, duduk je la rumah diam-diam. Yang ganti hang tu pun, sikit lebih kurang macam hang la jugak. Masa hang jadi PM hang dah sapu dah, la ni bagi la kat dia pulak. Yang nak pi sambut dia balik tu buat apa? Lantak pi la dia nak balik ka, nak mampus ka, nak tergolek ka. Dia dah kaya dah, yang dok teruk nak mampus rakyat jugak. Dia tetap pakai kereta dekat dengan sejuta punya harga, tak miskin pun dia tu. Kan ke lebih elok masa tu pi guna tolong rakyat yang susah dek harga barang naik tu dari dok pi airport sambut orang tua ni.

MP jasin masih tak puas hati pasal kastam dan kereta mewah. Nampaknya parlimen bukan lagi nak bincang pasal rakyat, tapi jadi medan untuk bincang kepentingan golongan elit dan merka yang dapat jadi ahli parlimen (atas undian rakyat?). Apa kena mengena mangkuk hayun ni tak dapat kereta mewah dengan kepeningan rakyat? Kalau kastam menyeleweng, pegi la report kat BPR dan report kat polis, tak payah la bagi tau kat parlimen benda ni semata-mata kastam tak mau tutup sebelah mata dan hang tak dapat kereta mewah tu. Gaji hang yang rakyat bayar tu bukan untuk hang cerita apa yang hang tak puas hati sebab hang tak dapat, tapi untuk bela nasib rakyat. Bangsat betul la MP macam ni. Rakyat teruk bayar cukai, duit tu dia sapu atas nama elaun wakil rakyat dan cerita pasal peribadi dia. pegi mampus la orang macam ni. Aku dah kata dah, orang politik ni cuma nak cerita kisah dia, kepentingan dia dan perut dan poket dia, tak peduli langsung pasal rakyat. GO TO HELL TO THESE POLITICIANS!!!

AF4 dah hilang seri, dah tak umph... dah kurang diminati. Bagus la tu. Kalau benda maksiat orang dah tak suka, elok sangat la. Apa la nak riuh sekampung bila benda tak baik tak dapat sambutan. Sepatutnya kita risau bila anak-anak tak solat, bukan tak AFUNDI!

No comments: