Tuesday, August 15, 2006

Bila Bahasa dan Bangsa "Dihina"

Kecoh satu Malaya bila "pelakon Terbaik" untuk satu filem melayu enggan berucap dalam bahasa melayu sebab nampak bodoh bila cakap melayu dan akhirnya memilih untuk berucap dalam bahasa "penjajah" dan lepas tu meminta lebih banyak filem yang "mencemarkan" budaya melayu dilakonkan. Maka pelbagai pihak melahirkan rasa tak puas hati, marah, terkilan...bla bla bla...
Kenapa nak marah sangat bila "kedaulatan" bahasa, budaya dan bangsa dipermainkan? Bila soal agama kenapa tidak sesensitif ini? Bila yang datang majlis itu terang-terangan berpakaian yang mendedahkan aurat, kenapa tak marah? Bila filem yang dipertandingkan itu tak ikut syarak, kenapa tak marah? Bila majlis itu sendiri tak ikut syarak kenapa tak marah?
Dan namanya pun anugerah filem, anugerah untuk yang buat filem, yang memperjuangkan filem, maka yang datang itupun sebahagian dari pelakon utama untuk keseluruhan "filem" besar ini, dan ganjil ke bila perkara ini berlaku? oh... tidak sekali....

No comments: