Saturday, April 28, 2007

Bila manusia-manusia bangang berpolitik....

Setiap kali pilihanraya berlaku, terutamanya pilihanraya kecil, pelbagai insiden pergaduhan, pukul-memukul, tahan-menahan, herdik-mengherdik, lawan-melawan pasti berlaku. Dalam akhbar disiarkan, dalam radio & telivisyen disiarkan, dalam internet disiarkan. Berita yang disiarkan pastilah mengikut meida tu milikparti mana. Kalau TV & Radio Malaysia, TV3 & meda prima, internet milik UMNO & BN, yang betul semuanya BN lah. Kalau milik pembangkang, maka yang betunya milik pembangkang lah.

Tak terfikir di minda, betapa bodoh dan bangangnya para penyokongyang bertindak diluar batas undang-undang ni. Untuk apa? Untuk RM 20 atau RM 200? Untuk sehelai t-shirt bitu yang harga RM7.50 tu? Untuk sebungkus nasi lauk ayam? Untuk apa? Bodoh dan bangang yang amat dahshat. Kalau kena tahan? Ada pak menteri nak jamin? Bodoh!! Kalau cedera, siapa yang susah? Kalau mati, boleh mati shahid? Kenapa lah bodoh sangat manusia-manusia ni?

Itu lah, disuruh belajar, tak nak. Nam merempit tk tentu pasal. Bila otak tu kosong, tak tau apa nak buat untuk diri sendiri, tak ada perancangan dan agenda untuk diri sendiri, maka jatuh la mereka dalam agenda orang lain. Siapa pun yang menang, dah tentu jadi YB, dapat elaun, kau dapat apa? Lepas pilihanraya ni, pak menetri dan YB baru tu ingat kau lagi ke?

Kalau calon tu kalah, dia tetap hidup senang. Macam-macam dia boleh dapat, kau dapat apa? BODOH!

Dah tu, calon yang disokong tu pulak, dah nak jadi gangster. Elok la tu. tengok berita kat bawah, dari tranungkite.net

"Seorang wartawan telah membuat laporan polis terhadap calon Barisan Nasional (BN), K Parthiban berhubung satu kejadian yang berlaku lebih setahun yang lalu. Dalam laporannya semalam, M Yohalinggam, 39, mendakwa, dalam kejadian tersebut, Parthiban pernah mengugut untuk ‘menghabiskan kariernya sebagai seorang wartawan"

Harakahdaily pulak lapor petugas BA dihalang dari merayu undi oleh petugas BN. Ni sebab BN halang, sebab tupolis cuma leraikan. Kalau yang halang tu petugas BA & petugas BN yang dihalang, dah tentu kena angkut naik trak. Ni apa punya kepala bapak punya demokrasi ni? Hang ikut sapa ni? Siapa ajar dan siapa bagi kuasa nak halang orang pegi rayu undi? Tu lah, dah la bodoh, tak nak belajar pulak tu. Dah tentu petugas yang halang orang rayu undi ni, entah mamat bangang tah, tak tau undang-undang. Mungkin perkataan pelembagaan pun dia tak tau.

Macam ni lah tahap kebodohan melampau penyokong fanatik parti yang selama ini diberi kuasa oleh Allah untuk memerintah, tapi gunakan kuasa tu untuk kepentingan sendiri, bukan untuk rakyat. Semoga Allah melaknat dan menghancurkan seluruh jentera dan kepimpinan parti samseng ini dan semoga Allah menegakkan yang benar dibumi Malaysia ini.

No comments: