Monday, April 30, 2007

And the winner is................

Habis dah pilihanraya kecil Ijok. Sekali lagi kemenangan yang diduga. Kalau BN kalah, mungkin keputusannya dikeluarkan oleh pihak media selepas 24 jam. Tapi kali ni, BN menang lagi. Bukan mustahilpun BN menang. Kalau satu "negara" turun kempen untuk BN, dari media swasta milik parti politik pemerintah, hinggalah media milik rakyatyang dikudakan untuk parti politik pemerintah, hinggalah kepada TPM dan menteri-menteri yang 10 hari ni lupa dia dipilih rakyat untuk berkhidmat untuk rakyat, hinggalah kepada anggota kerajaan yang dibayar gaji dengan duit rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat, semuanya berkempen untuk BN.
Yang sokong pembangkang, semuanya disekat, media keluarkan berita yang buruk-buruk dan berita-berita yang boleh buat orang tak sokong. Akhirnya, satu rekod baru keluar mengundi dan akhirnya BN menang lagi. Hanya Tuhan yang tahu kesahihannya.
Kalau menang cara betul, kesianlah orang Ijok yang pilih calon tu untuk menang. Nanti bolehlah JKKK jemput dia datang kenduri doa selamat. Kalau menang cara tak betul, tunggulah azab Tuhan. Kalaupun tak diakhirat, didunia ni pasti akan datang. Setiap sen duit rakyat yang digunakan untuk kepentingan parti dan individu, yang bukan untuk kepentingan rakyat keseluruhannya, sampai mati aku tak halalkan dan sampai mati aku tak redha, kecuali dengan taubat dan dedahkan semuanya pada rakyat.

Lepas ni pegilah jengok-jengok Ijok lagi. Segala projek yang tengah buat tu, bila nak siap agaknya. Mungkin tunggu pilihanraya umum pulak la kot. Atau mungkin tiba-tiba saja peruntukan tak cukup. Atau mungkin peruntukan dipindahkan ketempat lain. Dan ada pelbagai kemungkinan yang lain.

Yang pasti, kalau nak pembangunan segera, kelulusan segera, mintalah pilihanraya kecil diadakan selalu. Bukan nak minta orang mati, cuma inilah caranya dinegara ni. Bila ada pilihanraya kecil, cepatlah pembangunan datang. Cepatlah permohonan tanah diluluskan. Cepatlah dapat bantuan. Dan mudahlah nak tengok menteri-menteri dan wakil-wakil rakyat. Kalau tak, kenalah tunggu 5 tahun sekali untuk tengok wakil rakyat datang kampung, wakil rakyat singgah rumah, wakil rakyat yang mesra rakyat.

Tak kisahlah apa parti wakil rakyat tu, apa parti oramg politik tu, menang kalah dia tetap senang. Yang dok sokong, gntung poster, jadi "gangster", "pengawal keselamatan" dan semua penyokong fanatik orang-orang politik tu, dapat apa? Sebelum ni heboh penyokong dan peminat fanatik artis-artis, sekarang ni orang politik pun macam artis jugak agaknya. Bezanya, artis dapat duit dari show yang dia buat, orang politik dapat duit walaupun "no show" kecuali bila dekat pilihanraya.

Inilah akibatnya, bila diri sendiri tak ada agenda untuk hidup dan masa depan sendiri, maka jatuhlah mereka dalam agenda orang lain. Bila masa depan sendiri tak boleh nak atur, maka orang lain yang akan atur masa depan mereka. Kalau dah "bangang" tahap maksima dan tahap kritikal, maka elok la jadi balaci orang lain sampai mati. Faham ke? kalau tak faham, memang elok la jadi maca tu.......

No comments: