Thursday, April 17, 2008

Bila BN nak mula kerja untuk rakyat?

Setiap hari ada saja berita dari UMNO/MCA/MIC/BN pasal parti mereka. Pasal nak tukar presiden parti, pasal pemilihan parti, pasal soal dalaman parti. Menariknya, ramai yg buat kenyataan ni pemimpin2 besar parti, menteri, MB, ADUN, Ahli Parlimen. Mereka ni dipilih oleh rakyat untuk bekerja bagi kesejahteraan rakyat, tapi setiap hari mereka lebih sibuk dengan urusan parti mereka dari urusan rakyat.

Mereka ni lupa ke yg gaji dan elaun mereka dibayar oleh rakyat. Sejak bila pulak urusan parti lebih utama dari urusan rakyat? Sejak bila pulak UMNO/MCA/MIC/BN tu lebih penting dari rakyat? Sejak bila pulak bila mereka dipilih untuk pegang kuasa dalam kerajaan/DUN/Parlimen, mereka cuma perlu berkhidmat untuk parti dan bukannya rakyat?

5 negeri pimpinan Pakatan Rakyat dah mula bekerja untuk rakyat dari hari pertama mereka dapat kuasa. Dah banyak kompaun dihapuskan, geran dah nak bagi, ladang teknologi tinggi dah nak buat, tanah dah nak bagi pada yg sepatutnya, banyak dah projek dan benda yg bagi faedah pada rakyat dah diluluskan. Walaupun banyak lagi yg mereka nak kena buat, tapi sekurang-kurangnya Kerajaan Pakatan Rakyat setiap hari cerita pasal rakyat, cakap pasal kebajikan rakyat, buat keputusan untuk kebaikan rakyat. Tak de pulak mereka kata nak buat sesuatu untuk PAS/DAP/PKR, luluskan sesuatu untuk penyokong dan pemimpin mereka sahaja. Mereka kata Agenda Untuk Rakyat, mereka tak bising pasal masalah dalaman mereka.

Pakatan Rakyat tu parti politik, tentu dalam mereka ada macam-macam masalah, macam-macam cabaran. Mereka sesama merekapun tentu ada yg tak berapa sekepala, tapi tak de la mereka bising macam UMNO/MCA/MIC/BN. Mereka tau mana hal parti, mana hal peribadi, mana hal rakyat dan kerajaan.

Orang-orang BN ni kadang2 fikir negara ni macam milik dia org. Macam la semua manusia dalam negara ni ahli UMNO/MIC/MCA/BN. Setiap hari bercakap pasal parti mereka, bercakaran pasal parti mereka, bergaduh pasal parti mereka. apa kejadahnya mereka ni? Aku ni bayar cukai pada negara malaysia, aku ni rakyat malaysia, aku ni bukan orang politik, tak de kepentingan politik, aku bukan nak tengok cerita parti politik dalam media milik kerejaan, yg aku juga bayar cukai dan duit tu buat bayar gaji pekerja dan kakitanga kerajaan. Apa kejadah soal parti masuk dalam berita dalam media milik kerajaan? Bingai ke bengong?

Kalau macam ni la jadinya UMNO/MCA/MIC/BN ni, aku doa pada Tuhan semoga cepat la sikit kerajaan pusat dan kerajaan pimpinan BN terlingkup dalam negara ni. Biar semua kerusi BN terlingkup terus, biar cepat sikit Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan pusat dan semua negeri2 dalam negara ni. Aku bukan la sokong politik kepartian ni, tapi kalau macam ni la muka UMNO/MCA/MIC/BN, dalam dok hilang 5 negeri, hilang KL, hilang 2/3 majoriti parlimen, masih lagi tak sedar diri, elok la terlingkup cepat sikit.

Nak termuntah dah setiap hari aku dengar dia org dok cerita pasal masalah dalam kain parti dia org. Aku peduli apa, aku bukan nak tengok UMNO tu kukuh, aku nak tengok negara ni makmur, rakyat terbela, bukan segelintir dan sejemput je yg dapat bahagian, dapat jadi senang, kaya raya. Aku nak tengok semua org hidup harmoni, dapat peluang sama rata, sapa rajin, dia dapat lebih, sapa kerja kuat, dia yg dapat, bukan soal siapa aku kenal, tapi soal kemampuan setiap org, soal kerajaan tolong semua org tanpa kira parti politik, kaum, agama, bangsa, budaya, asalkan dia org Malaysia dan layan org bukan warganegara sewajarnya.

Bila la org2 UMNO/MCA/MIC/BN ni nak sedar yg negara ni namanya Malaysia, bukan Barisan Nasional. Rakyat negara ni semua bayar cukai, bayar pulak pada kerajaan malaysia, bukan pada BN dan cukai dikenakan pada semua rakyat, bukan pada penyokong BN saja. Peruntukan pembangunan kecil tu hanya untuk wakil rakyat BN saja? Apa, tu duit mak bapak BN dan mak bapak UMNO ke? Dah tu dapat duit RM 500,000 setahun, habis dalam masa 50 hari. Ni apa jadah ni? Kalau nak bagi hanya pada wakil rakyat BN, guna la duit BN, kenapa pulak nak guna duit rakyat?

Wang ehsan/peruntukan persekutuan pada Terengganu, ganti royalti minyak, mana pegi? Dengarnya dekat 1 billion. Tapi rakyat terengganu ramai lagi yg miskin, lebih teruk dari Kelanta. Negeri banyak duit, pemimpin kaya, rakyat papa kedana. Ni apa cerita ni? Chalet mewah kat pulau kat Terengganu tu mampu ke org situ duduk? Dengarnya cuma 4 org rakyat tempatan yg kerja kat situ. Ni nak tolong rakyat tempatan ke, nak tolong segelintir rakyat pilihan?

Banyak lagi ni nak tulis pasal UMNO/MCA/MIC/BN ni. Tunggu list baru sampai, pasal semua kebobrokan BN. Pasal pemimpin yg dipilih untuk pimpin rakyat & negara tapi lebih sibuk dgn politik parti sendiri, hingga lupa pasal rakyat. Ni belum cerita pasal menteri yg sibuk dgn urusan luar negara, tak masuk parlimen, entertainment clim sampai RM1.4 juta, salah guna kemudahan dan wang rakyat, guna jet yg kerajaan bayar untuk hadiri program parti. Semoga cepat la BN tumbang dalam negara ni. Kalau boleh biar hapus terus, tak mampu dah nak naik, biar kalah semua kerusi, dan jadi pembangkang dari luar Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Mungkin masa tu baru dia tau, siapa yg sebenarnya berkuasa, dia atau rakyat!!

Oppsssss lagi satu, kes babi di selangor. Apa cerita mamat yg dok piket depat pejabat SUK, tapi tersembul gambar dalam ladang babi di luar negara. Ni apa cerita ni? Nak tipu org kampung ke? Org kampung dah tau ni, apa hal ni? Apa lagi nak kelentong kat rakyat lepas ni?

No comments: