Belum habis lagi kisah PRU 12. Terbaru 250 NGO nak buat perhimpunan menyatupadukan orang melayu. Buat pulak kat PWTC. Ni nak selamatkan melayu atau UMNO? Kenapa tak buat je kat Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru? Atau Stadium Jalan Raja Muda? Apakah sebelum PRU 12 ni melayu sentiasa terbela? Pegi la tengok sapa-sapa dalam kumpulan 250 ni. Go and check your facts!!
MB Selangor dihentam kerana teruskan projek ladang babi RM100 juta disepang. Hari ni ada 200 orang buat bantahan kat bengunan kerajaan selangor di shah alam. perihatin betul masyarakat sekarang ni. Elok la tu, supaya nanti terjaminla "kebersihan" kampung tu. Selama ni pun kandang tu dah ada, dah tercemar, kenapa tak piket kat depan wak khir toyo? Kenapa tunggu sampai sekarang? Dulu2 tak tercemar ke? Baru sebulan ni je ke tercemar? Ikut kata Kerajaan selangor, projek high tech ni tak akan libatkan pencemaran seperti projek yg ada sekarang ni. Apa sudah jadi ni? Sapa yg tak puas hati ni? Penduduk ke, UMNO?
Dalam dok heboh pasal babi, apa arak tu tak haram ke? tak tercemar ke? tak de bau busuk ke? Pegi la tanya penduduk Sungai Way, penduduk Shah Alam, yg dekat dengan dua kilang arak besar kat federal hi way tu. Yang ni tak buat piket ke? Tak nak bantah? Mana lebih besar dosa? Bela babi atau buat arak? Dah tak tau hukum ke? Ke hukum ikut al-kitab perlembagaan hingga lupa al-kitab Al-Quran? Kalau ikut perlembagaan, ada ke dalam perlembagaan halang bela babi kat Selangor ni? Nak jugak tengok nanti golongan NGO 250 ni pi jumpa MB selangor mintak di tutup kilang arak tu, supaya terjaga "kesucian" Agama Islam dan sensitiviti umat melayu. Yang satu tu lagi best, ada kat shah alam, bandaraya yg majoritinya org melayu, sejak dulu wakil rakyat melayu, apa yg melayu2 tu dulu dah buat? tidur macam boss dia jugak? ke baru sekarang ni tersedar pasal melayu dan islam di selangor?
Pemuda UMNO perak dah cabar MB perak bagi hadiah pada org melayu, lepas org cina kg baru dapat hadiah tanah. Elok la tu, aku pun nak balik perak jugak ni, kot2 la dapat tanah (tanah kubur tak payah la). Lebih 50 tahun perintah Perak apa yg UMNO dah bagi? Kenapa sekarang pulak macam cacing kepanasan? Tuhan dah bagi setengah abad untuk perintah, berapa ramai melayu perak dah jadi kaya raya? dah hidup senang? dah dapat tanah? dah dapat pembelaan? Berapa ramai yg masih miskin papa kedana? Kenapa Bagan Serai, Matang Jelutung tetiba je banjir bila hujan, dulu tak de pulak macam ni, ada ke projek kat situ yg menyumbang pada banjir ni? Pegi la tanya org2 kat sana, projek apa yg buat banjir ni. Sebelum projek tu ada, mana ada banjir macam ni. Get your fact right!!
Aku bukan la nak menyebelahi mana2 parti politik, tapi lemas dan menyampah tahap gaban dan cipan bila org2 yg konon-kononnya melayu ni, nak perjuangkan melayu, tapi bergaduh sesama melayu. Kata nak jaga kesucian Islam, kenapa tak sokong je parti islam? Kalau semua "pejuang bangsa" ni bersatu dibawah payung Islam, tak de la semua ni terjadi, bergaduh sama sendiri. Susah sangat ke? Memang susah pun, sebab yg nak perjuangkan Islam tu pun tak ikut islam, tak ikut hukum islam, tolak hudud. Siapa yg lawan hukum islam di negara ni selain DAP? Siapa yg dulu kata undang2 islam tak sesuai sebab masyarakat majmuk? siapa yg kata nanti ramai org tak de tangan sebab buat hukum hudud? Ni ke jenis spesis nak pertahankan islam dinegara ni? Go and check your fact!!
Paling penting, betul ke ikhlas nak perjuangkan nasib melayu & islam? Yang runtuhkan masjid & surau kat selangor sebelum episod PRU 12 ni siapa? Yg tolak hudud siapa? Yg bagi lesen judi & arak siapa? Yg buat rumah besar2 untuk "pemerintah" siapa? Yg dapat tanah lot dan buat "istana" kat kawasan org2 tak berapa senang tu siapa? Yg berniaga tanpa lesen kat kelang tu siapa? Yg ramai tak tutup aurat, isteri2 pemimpin tak tutup aurat tu siapa? Yg jual kereta exco pada bekas exco lepas exco bersara tu siapa? Yg belanja berjuta untuk baikpulih "istana" di putrajaya tu siapa? panjang list ni kalau nak tulis.
Sedar lah diri sikit. Kita hidup ni sekejap je. Nak berparti, gasak korang la, tapi jgn makan duit rakyat, jgn guna duit rakyat macam duit mak bapak korang. Tak kisah la berapa juta guna duit untuk buat rumah exco kat sec 7 shah alam tu, tapi tu duit rakyat. Tak boleh ke buat rumah yg tak semahal tu? Kenapa nak perabis duit rakyat untuk 10 org exco je? yg tu ke kau kata ikhlas untuk rakyat? HAMPEH!!!!!!!!!!!!!!
Wednesday, April 09, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
suka dengan penjelasan di atas :D
umno oh umno.... say no to umno! say yes to MALAYSIA
suka dengan penjelasan di atas :D
umno oh umno.... say no to umno! say yes to MALAYSIA
Post a Comment