
Siapa lah tak marah, sakit hati, merajuk, kalau masa tengah sakit, tengah susah hati, tengah sedih, tiba-tiba ayat yang keluar dari orang lain, bukan ayat simpati, tapi ayat yang makin "menyakitkan hati". Hmmm... ingatkan nak dapattelinga yang boleh mendengar, bahu untuk bersandar, tangan untuk membelai, tapi lain yang diharap, lain pulak yang dapat.
Bayangkan, kalau tengah sakit, tengah susah, tiba-tiba ayat-ayat macam ni yang keluar :
- Kalau you sakit, orang lain pun sakit jugak.
- Kalau you susah, orang lain pun susah jugak.
- Kalau you kena tinggal, orang lain pun kena tinggal jugak.
- You nak orang dengar you? You dengar ke orang lain cakap?
- You nak orang faham you? You faham ke orang lain?
- You nak orang tanya you? You tanya ke orang lain?
- Benda yang jadi kat you tu, cuba you tengok dari sudut lain,
apa input you pada semua tu, apa yang you dah buat, hingga benda tu jadi macam tu.
- Orang serang you macam tu, cuba you tengok, apa yang you dah buat hingga jadi macam tu.
Dan ada beribu ayat-ayat tak simpati lagi yang akan keluar. Kalau benda tu kena kat batang hidung sendiri, apa nak cakap?
HA HA HA HA !!!!! Ni la ayat-ayat kegemaran aku. Tak kisah siapa yang cakap, tak kisah siapa yang bagi tau, tapi, itu lah antara ayat-ayat tak simpati aku pada mereka semua ni. Dan sebab itu jugak la, ramai yang hilang dari hidup aku. Aku sedih? Ya, sedih untuk mereka, bukan untuk aku. Aku terasa kehilangan? Yea, aku juga manusia, tapi kalau itu yang lebih baik, apa salahnya.
Orang kata aku ego, sombong, berpegang pada prinsip yang tak mendantangkan faedah. Tapi, mereka lupa nak bertanya, kenapa semua ini terjadi :-).
Setiap detik, setiap ketika, kita akan berhadapan dengan situasi yang kita punya cukup alasan, dan alasan yang cukup kuat untuk menjadi mangsa (victim). Aku ditinggalkan, aku ditipu, aku disakiti, aku sakit, aku dah nak mati, aku ini dan aku itu. Tak pe lah kalau nak berkongsi cerita, tapi sampai bila nak jadi mangsa? Manusia boleh jadi mangsa orang lain, mangsa keadaan dan mangsa diri sendiri. Oleh itu, manusia juga boleh salahkan orang lain, salahkan keadaan dan diri sendiri.
Soalnya, sampai bila? Dan apakah aku nak jadi sebahagian yang memungkinkan dan memudahkan mereka terus menjadi mangsa? Hmmm.. itu bukan apa yang aku cari dalam hidup. Aku mencari sesuatu yang lebih besar, bukan soal mangsa, atau soal orang tak bagi telinga dan bahu. Aku tak mahu canag pada dunia aopa yang aku buat. Terlalu kecil nak dibandingkan dengan pejuang-pejuang dan pemimpin-pemimpin tulin dulu dan yang masih ada diluar sana. Aku buat cara aku, menyumbang cara aku, walaupun terlau sedikit dan terlalu kecil.
Bila aku bertanya, aku cuma mahu mereka mula berfikir, ini hidup siapa? Dan hidup ini jika hidup aku, maka hidup aku ini tanggungjawap siapa? Aku cuma mahu mereka bertanggungjawap untuk hidup mereka sendiri. Aku masih punya telinga untuk mendengar, bahu yang masih kuat untuk mereka meletakkan kepala mereka, hati yang masih besar untuk mengisi mereka dan kisah mereka didalamnya, jiwa yang masih ada untuk ketawa, senyum dan menangis bersama mereka. Tapi, perlukah aku menerima segalanya tanpa memberi sedikitpun untuk masa depan mereka?
Yea, cara aku tak sama, sebab cara mereka juga tidak sama. Mereka ingin aku menerima cara mereka, dan mereka tak boleh terima cara aku? Tak mengapa, sebab yang penting bukan mereka terima atau tidak, tapi selepas ini, mampukanh mereka bertanggungjawap untuk hidup mereka sendiri.
Hidup ini terlalu singkat, jalan didepan masioh terlalu panjang, apakah masa singkat ini perlu disia-siakan dengan sekladar menjadi mangsa? Ahhh... jika itu pilihan mereka, ta mengapa, sebab itu hidup mereka. Aku hidup untuk hidup aku, mereka juga hidup untuk hidup mereka. Kita ni kan manusia yang sama tapi tak sama.
Biarkanlah mereka, satu hari nanti, mereka pasti faham. Mungkin diketika itu, aku tiada lagi bersama mereka. Mungkin diketika itu, aku berada disimpang yang lain. Dan aku pasti, hujungnya juga tidak sama, sebab mereka pilih jalan yang lain, pilih simpang yang lain. Jalan aku mungkin berbeza.
Mereka selesa dengan jalan yang perlu bayar toll, sebab lebuhraya itu cantik. Aku pilih jalan biasa, tanpa toll, kurang selesa, banyak lampu isyarat, banyak juga jalan sempit dan lorong kecil. Akhirnya, mereka sampai dihujung, bayar toll dan mereka sampai dulu kedestinasi mereka, yang pastinya lebih indah. Lebuhraya membawa mereka ke mall dan gedung besar yang indah, dan harganya juga mahal. Aku sampai dihujun, tanpa toll, dan gedungnya kecil, tapi murah. Jadi, mana mungkin kita akan bertemu dihujung?
Ramai yang berkata, kita pasti bertemu dihujung. Tapi, aku kuat menyatakan, kita tak mungkin bertemu, selagi simpang yang kita pilih tak sama, selagi jalan yang kita pilih tak sama. Kalau aku ke Barat dan mereka ke Timur, bagai mana mahu berjumpa di Utara? :-).
Untuk sekali ini, dan untuk yang akan datang, jika ada pesan untuk mereka semua, pastinya pesan aku tetap sama, bertanggungjawaplah untuk diri sendiri. Masa depan kita, pastikan ditangan kita. Hidup kita, ikutlah "blue print" sendiri. Pokoknya, sudah siapkah perancangan itu?

1 comment:
A million thanks for all the 'harsh' words :-) It hurts but later it heals. And it also remind me of 'what I want' & 'why I'm here'.
"The world makes way for the man who knows where he is going" - RALPH WALDO
Post a Comment