Tuesday, December 09, 2008

Sebab, alasan, korban, pelaburan, dan seterusnya...

Hari Raya Qurban baru berlangsung semalam, 10 Zulhijjah 1429 Hijrah, 8 December 2008. Setiap kali raya Qurban, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail akan diperkisahkan semula. Pengorbanan suci ini, kita dah tahu, kita dah lama tahu, cuma kita jarang amil kisah untuk menyambung pengorbanan ini dan untuk memahami pengorbanan ini.


Bukan nak mengkisahkan lagi pengorbanan ini, tapi nak tengok apa pula pengorbanan yang kita buat, sebagai bekalan untuk hidup seterusnya. Bahasa orang sekarang bukan pengorbanan, tapi pelaburan. Tak kisah la apa pun bahasanya, asalkan maksudnya kita faham.


Ramai yang sanggup melabur duit, harta, masa, untuk kesenangan sementara didunia ini. Tak salah, melaburlah, dan jadilah orang kaya. Hanay orang kaya dan orang berada saja boleh bayar zakat, boleh pergi Haji, boleh buat sedekah yang banyak. Sahabat-sahabat Nabi dulupun ramai yang kaya raya. Nabi Sulaiman lebih lagi kayanya.. Jadi, kayalah, bnerhartalah, tak salah. Kalau tahu caranya, boleh "beli syurga" dengan kekayaan. Kalau tak tahu cara, tu yang "tempah neraka" dengan kekayaan.


Untuk seketika ni, cuba tengok pelaburan yang satu lagi. Sekadar nak mengingatkan diri sendiri yang sering terlupa. Berapa benyak dah dilaburkan untuk mencari "jalan kebenaran".
Berapa banyak masa yang dilaburkan untuk sujud pada Allah?
Berapa banyak masa tidur dilaburkan untuk bangun sembahyang malam?
Berapa banyak perkataan dilaburkan untuk menceritakan kebenaran?
Berapa banyak suara dilaburkan untuk mengajak kepada kebaikan?
Berapa langkah kaki dilaburkan untuk kemasjid menunaikanm solat jemaah?
Berapa kali tangan dilaburkan untuk berbuat kebajikan?
Berapa kali otak dilaburkan untuk memikirkan kebaikan?
Dan ada pelbagai kurniaan Allah pada diri sendiri, yang masih ada dan kuat. Berapa banyak yang telah dilaburkan semata-mata untuk mencari redha Allah?


Rasanya, Allah memberi terlalu banyak, tetapi terlalus edikit yang digunakan semula, dilaburkan semula semata-mata untuk mencari Redha ALlah. Ilmu yang Allah turunkan setiap masa, ilmu yang Allah pinjamkan yang tak terkira banyaknya, berapa banyak yang dilaburkan semula untuk jalan keredhaan Allah?


Soalan-soalan ini, terlalu banyak. Rasanya, terlalu sedikit yang diberikan dan dilaburkan semula untuk Allah, untuk jalan Allah, untuk keredhaan Allah. Kadang-kadang, hingga terlupa, apa tujuan Allah turunkan manusia kebumi ini?

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ
Dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku (adz-Dzariyat:56)
Ada banyak tugas manusia didunia ini, dan paling penting mengabdikan diri pada Allah. Tak de doalk dalik lagi. Kita ada sebab yang kuta, juga ada alasan yang kuat. Boleh berdebat untuk ini, dan boleh saja jalankan saja tugs kita.
Orang lain adalah cermin diri kita, kata Rasullullah S.A.W. Kita nampak pada yang lain, apa yang ada pada diri kita, itu kata orang sekarang. Sama saja. Kalau yang kita nampak kebaikan, bersyukurlah, kerana kebaikan itu ada dalam diri kita. Kalau yang kita nampak cuma keburukan, perbaikilah diri kita, kerana masih banyak keburukan yang kita bawa. Tak perlu cari salah orang lain, tak perlu perhalusi silap orang lain, tak perlu bimbang dengan cilok orang lain, tak perlu gundah dengan kurangan orang lain. Yang penting, apa yang kita bawa dalam diri kita.
Sampai bila nak ingat kisah lampau, jika yang kita ingat hanyalah keburukan orang lain dan kelemahan diri sendiri? Apa guna kenangkan kehebatan masa lalu kalau ia cuma untuk keegoan dan kebanggaan diri sendiri? Apa sangatlah hebatnya manusia ini?
Masa terus berlalu, tiada yang akal kekal didunia ini. Kita ada pilihan untuk terus beralasan dan tidak berbuat apa-apa. Dan kita juga punya pilihan untuk mencari sebab, untuk membina kehebatan didunia ini. Allah tidak menghalang hambanya membina kehebatan selagi kita tahu dimana kita dan untuk apa kehebatan itu. Allah tidak menghalang kita membina kekayaan dan kejayaan, selagi kita tahu untuk apa semua itu, dan selagi semua itu tidak menyimpang dari landasan yang sebenarnya.
Setiap detik kita dipersimpangan, dan kita perlu pilih jalan kita dan simpang kita seterusnya. Kita tak perlu pilih jalan dan sipang yang sama, walaupun kita fikir kita punya destinasi yang sama. Bumi ini terlalu luas jika kita ingin mengembara. Pilihlah jalan mana pun, simpang mana pun, yang penting, jelaskan dulu mana destinasi yang kita nak cari. Jangan takut tersesat, hanya orang yang berani sesat sahaja akan melihat segala keindahan yang Tuhan sediakan dibumi ini. Tapi, kena sentiasa jelas, sesat jalan bukan sesat destinasi. Jangan takut buat silap, sebab orang yang hidupnya penuh dengan kesilapan, lebih mulia dari orang yang hidupnya tidak berbuat apa-apa.
Hidup ini penh dengan pilihan. Dan sekarang kita punya pilihan, untuk sekadar melihat dan mendengar, atau untuk menjadi sebahagian yang dilihat dan didengari. Pilihlah...

No comments: