hidup ini indah, indah dengan pelbagai warna-warni kehidupan. Ini lah Maha Besarnya Allah yang menjadikan seluruh makhluk di bumi bertuah ini.
Ada yang ingin didengari, tapi mungkin hadir di ketika dunia ini terlalu bising, lalu suara itu berlalu begitu saja. jadinya? jadinya apa? biarkan saja ia berlalu. pastinya bila sampai ditempatnya, pasti suara itu didengari. yang terlepas, apa kan daya. mana mungkin kita tahu semua, dengar semua, lihat semua. Yang berkata-kata juga ada kalanya tak melihat waktu bila dia berkata-kata. dan mungkin akhirnya air mata jadi peneman. tak mengapalah. ada juga yang meneman, dari terus bersendirian.
menyatakan aku tahu dan aku ambil berat, memang muah, hingga ada kalanya menidakkan tahu orang lain dan ambil berat orang lain. adilkah begitu? ini bukan soal adil, ini soal hidup.
ingin saja hati terjaga, tapi apakah betul-betul dijaga? hati sendiri tak boleh terguris, tapi hati orang boleh saja ya? tak mengapalah, orang kan sensitif, ada kurangnya, aku tak punya itu semua. ini kurniaan besar Ilahi untuk orang seperti aku, mungkinnya. lantas itu, aku boleh terima apa sahaja salah dan silap yang boleh diletak atas kepala aku. orang lain sempurna semuanya. orang lain tahu semuanya. aku saja yang tak tahu. aku saja yang tak punya perasaan. aku saja yang tak punya apa-apa. aku saja yang sentiasa menyakiti orang lain. ha ha ha.... aku saja yang boleh ketawa setiap masa walau ketika orang lain menangis. ahhhhh... victim story apa aku pagi-pagi ini. diketika kerja belum selesai, diketika ilham tersentak hampir separuh malam, diketika waktu indah mengalun bait-bait seterusnya dirobek begitu saja....
tak mengapalah. aku faham. esok cerita saja esok. apa saja yang terkeluar, maka itulah untuk esok. minggu dpan juga minggu depan lah cerita. perancangan manusia apa lah sangat. perencanaan Ilahi itu yang Maha Agung. Aku terima semua ini, dugaan memang tak kan berhenti. manusia suka saja memanjangkan yang pendek, menambah yang tak perlu ditambah, tapi, tak mengapalah. mungkin mereka sedang dirundung sunyi, mungkin juga kesedihan, atau mungkin juga manusia fikir waktu aku bekerja mesti hanya dalam pejabat, dengan air-cond, suhu sejuk. mungkin manusia fikir, ilham ku tak mungkin tiba ketika waktu panas, ketika tukar tayar kereta, ketika mengira wang buat bayar service. pelbagai kemungkinan.
terimalah mereka seadanya. hormati mereka seadanya. sayangi mereka seadanya. tapi, apakah mereka fikir aku akan berubah menjadi sebaik mereka? ahhh... ejak bila pula aku ini manusia baik? aku kan manusia tanpa perasaan, tanpa emosi, dan mungkin juga sekarang ini tanpa kerja... maka mana mungkin aku boleh terganggu kerana aku tak ada kerja, ha ha ha ha haaaaaa
coretan songsang
bukit raja
3.04 am / 24 jan 2009
Saturday, January 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment