mungkin ini yang mampu aku nyatakan buat masa ini. panas terik setiap hari, rasanya boleh saja membuatkan aku selsema, atau demam. pening kepala usah ceritalah buat masa ni. tapi, ini lah kehidupan. putus asa bukan pilihan, mengalah juga bukan pilihan, mengeluh jauh sekali.........
manusia nampak apa dia ada dalam dirinya, kalau yang ada itu panas, maka panaslah nampaknya. kalau yang ada itu sejuk, maka sejuklah nampaknya. hebat manusia ni. mana mungkin aku membuat manusia nampak apa yang aku nampak dikala aku juga tak mampu untuk nampak apa yang mereka nampak, lantaran itu semua tidak ada dalam diri aku. jadi, biar saja lah.
mudah untuk cari jalan pintas, semudah membalikkan silau cermin pada orang lain. tapi, itukah jalannya? itu cuma untuk yang malas berfikir apa seterusnya, atau yang ingin menjadi betul. jauh lagi perjalanan ini. the last lecture hanya lah permulaan, untuk sesuatu yang lebih panjang.
ada sesuatu yang lebih besar dari apa yang orang tahu, sebab mereka tahu apa yang mereka tahu, dan besar sebab ini yang aku cari. jadi kecil pada yang lain, kerana bukan ini yang mereka inginkan. ahh... hidup ini begitulah. besar untuk kita, mungkin kecil pada yang lain. besar pada yang lain, mungkin kecil pada kita. jadinya, biar sajalah.
mungkin ini masa untuk kembali kejalan asal. mungkin masanya telah tiba. hidup yang penuh kesunyian, tanpa suara latar, tanpa hiasan sekeliling. kalau ini yang perlu ditempuhi semula, yea... apa salahnya. telah agak lama aku tak jadi aku yang sebenarnya aku. aku jadi mereka, yang sentiasa senyum, sejak bila aku pandai senyum? aku jadi mereka yang ambil berat, sejak bila aku ada masa untuk semua itu? aku mula mendengar, yea, aku ada dua telinga, tapi, sejak bila aku rajin mendengar? aku suka bercakap, sejak bila aku suka didengari? ahhhh... masa untuk balik ke aku yang aku.
mungkin ini lah masanya. mudah-mudahan tiada lagi kontroversi untuk mereka. tiada lagi hati yang terluka. tiada lagi mata yang menangis, jiwa terasa, dan, apa juga rasa dan kecewanya. ada ramai lagi diluar sana yang lebih hebat. apa sangatlah aku ini. sekadar bercakap begitu, sesiapa juga bolah lakukan. sekadar bercerita, cerita mereka lebih hebat. sekadar menutup mata dan lagu-lagu, sesiapa jua boleh lakukan. biarlah mereka dgn cara mereka, aku boleh saja kembali kepada aku. mungkin secara ini, semua nya lebih baik. aku jaga sajalah hidup aku, setiap hari pergi dan pulang, mungkin orang lain lebih gembira, sebab aku tidak ada lagi untuk program-program mereka yang perlu bayar-bayar dan bayar itu. tak erlu lagi fikir apa pula selepas ini, kemana selepas ini, dengan siapa selepas ini, apa kisahnya, apa peraturannya.....
ahhhh... mengalah bukan pilihan, tapi aku juga perlu merenung seketika suara hati sendiri.... biarlah mereka rasa merka lebih hebat, sebab memang pun manusia ini semua nya hebat...
----------------------------------------------------------------------------------------------
Saff One - Rayuan Nurani
Di antara kudrat Tuhan
Dia mencipta manusia
Sebagai khalifah mentadbir bumi ini
Juga sebagai hamba nan berbakti dan berbudi
Ingatlah Tuhan yang Maha Kuasa
Ombak yang menderu
Dedaun berterbangan
Terkadang mengkhayalkan diriku
Terlupa aku pada pencipta yang Esa
Yang sentiasa melihat diriku
Di mana... Di manaku berada
Di mana... Di manakah diriku
Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berliku
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
Ku tahu jalan bahagia
Penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan pada ku
Demi mendapat keredhaan dari Mu
Sanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berliku
Dengan rahmat Mu ya Tuhan
Selamatkanlah diriku
Dari seksaan api neraka Mu
Tuesday, January 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment