Thursday, July 02, 2009

alasan apa lagi?

Makin lama, makin menarik melihat manusia-manusia yang kononnya ingin sekali membina sesuatu untuk masyarakat, tapi akhirnya terus beralasan untuk melangkah lebih jauh. Pelbagai cerita dan slogan dibina, untuk menjustifikasi kenapa tidak boleh terus dengan perjalanan ini, kenapa apa yang dirancang dan kenapa matlamat sebelum ini, masih tidak terhasil. Terus dengan drama dan kata-kata indah, dipamerkan dimerata tempat dialam maya ini, hanya untuk memberitahu dunia "aku telah lakukan sesuatu, namun hasilnya belum nampak".

Menarik manusia-manusia ini. Apa sebenarnya yang mereka buat, hanyalah terus berada didalam zon selesa. Mereka masih enggan berubah dan enggan melakukan sesuatu yang berbeza, namun masih tetap inginkan hasil yang lain. Ingin hidup yang indah, namun fikiran terus berkecamuk dengan kisah-kisah lampau yang mengerikan, dan cerita masa depan yang tak kunjung tiba yang penuh tanda tanya, yang kelabu dan kelam.

Namun, manusia tetap dengan sikap mereka. Itulah indahnya hidup ini. Apa yang diucapkan belum tentu akan dilakukan, belum tentu yang dimulakan, akan diteruskan, belum tentu yangsedang berjalan, bakal menuju kedestinasi yang diharapkan diawalnya. Jalan ini penuh liku, juga penuh simpang, bila-bila saja jalan boleh diubah haluannya.

Mudahnya, jangan terlalu mengharap bila mendengar kata-kata manis, lihat saja pada hasilnya. Ada yang gemarnya cuma ikut-ikut, buat saja apa yang selamat, apa yang telah biasa buat, yang selesa, yang senang, yang tak perlu jumpa halangan besar dan yang dah jadi favorite space. Ini yang majority suka buat. Senangnya, lihat hasil mereka, bukan sangat kata-kata mereka. Mereka ini lebih selesa mengikut, dari membina pengikut.

Namun, jika inginkan sesuatu yang lebih besar, jadilah kelompok minoriti yang membina pengikut, yang mengimbil risiko, yang memulakan dan meneruskan serta menamatkan, bukan saja yang buat sikit-skit atau setengah-setengah. Menjadi pengikut lebih mudah dan boleh saja hidup dalam zon selesa. Namun, untuk menjadi pemimpin, bukan mudah, namun tidak juga mustahil. Inginkan yang besar, maka dunia ini uga perlu lebih dibesarkan.

Fikiran manusia ni hebat. Lantaran itu, carilah kehebatan disitu. Pasti jumpa, insyaAllah. Jika ingin yang besar, carilah yang jiwanya besar, yang impiannya besar, yang usahanya besar, bukan sekadar cakap besar, dan bukan sekadar alasannya besar, namun sebabnya juga mesti besar. Mereka ada dimana-mana, cuma ada yang nampak siapa mereka ada juga yang masih terkelabu dengan bayangan silam. Yang memilih untuk terus beralasan, terima saja mereka seadanya, namun jangan sesekali ditunggu mereka berubah. Manusia tidak berubah, namun boleh melakukan sesuatu yang berbeza.

Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan, namun terlalu panjang untuk terus menunggu. Carilah yang keluar dari zon selesa, berbuat sesuatu yang baru, dan tidak terlalu banyak beretorik :-)

No comments: