Monday, April 12, 2010

bila tiba waktu itu.........

Bila sampai masa tu, tiba-tiba hati terdetik, dan tersentuh. Boleh saja tersenyum sendiri, atau termenung sendiri. Boleh saja terasa sendiri, atau terfikir sendiri.

Hebat sekali, bila tiba-tiba rasa seperti itu terpaut dihati dan tersentuh diminda. Inilah namanya kehidupan, tidak ada formula untuk apa sahaja, tapi bukan tidak ada formula untuk apa jua.
Yang penting apa nili yang boleh diperolehi, bukan sekadar nilai yang boleh diberi, tapi juga yang boleh disumbangkan.

Biarlah mereka tak faham, sebab mereka ada hidup mereka, manusia dengan hidup masing-masing. Berasa pandai belum tentu pandai, berasa cukup, belum tentu cukup, tapi kalau memilih untuk telah ada dan telah cukup, maka tiada apa lagi yang boleh masuk.

Selamat malam & selamat berjaya :)

No comments: